BTC USD 22,689.3 Gold USD 1,922.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kekasih bekas suami pijak perut wanita hamil

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Kejam apabila seorang ibu tunggal yang mengandung lima bulan dipijak perut oleh teman wanita bekas suami dan bekas adik iparnya dalam pergaduhan di depan sebuah kedai serbaneka di Ampang, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa mahu bertemu bekas suami bagi menandatangani perjanjian mengenai pengagihan harta serta nafkah berhampiran kawasan terbabit.

Bagaimanapun, ketika mahu membeli kad prabayar di kedai serbaneka berhampiran, dia terserempak teman wanita dan bekas adik iparnya.

Mereka bertengkar sebelum bertukar menjadi pergaduhan kerana masing-masing dikatakan tidak berpuas hati dan mangsa kemudian ditolak teman wanita bekas suaminya itu.

Pergaduhan bermula apabila mangsa bertanyakan kepada wanita itu sama ada dia puas hati selepas berjaya memisahkannya dengan bekas suami.

“Namun, wanita itu tidak mengendahkan kata-kata itu menyebabkan mangsa berang dan mengambil botol minuman yang dipegang wanita berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa ditolak serta disepak wanita terbabit.

“Bekas adik iparnya yang turut berada di situ turut menendang mangsa hingga terjatuh dan meraung meminta tolong.

“Dua wanita terbabit mengugut akan membunuh mangsa kerana mereka masih tidak berpuas hati dengannya,” katanya.

Menurut sumber terbabit, mangsa turut diacuk pisau oleh bekas adik iparnya yang mengugut akan membunuhnya kerana dia mendakwa mangsa selama berkahwin banyak menyusahkan abangnya.

“Mangsa yang khuatir keselamatannya membuat laporan polis dan dia turut mendapatkan rawatan di hospital kerana mengalami pendarahan akibat ditolak dan disepak dua wanita terbabit,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang berusia 24 tahun berpisah dengan bekas suami sejak tiga bulan lalu dan dia kini mengandung anak kedua hasil perkahwinannya dengan lelaki terbabit.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register