BTC USD 57,300.4 Gold USD 1,786.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keje Part Time

Ahwazi Mustafa

Legendary Member
Messages
11,541
Paid Membership
Joined
Feb 18, 2008
Messages
11,541
Reaction score
17
Points
130
Kisah ni terjadi disatu hari yang sungguh menyayat hati bagi seorang insan yang telah dibuang keje. Dia sungguh sedih kerana dia adalah anak sulung daripada 19 orang adik beradik, jadi segala perbelanjaan dirumah maupun perbelajaan sekolah adik-adiknyer terpaksa di biayai. Jadi, nak dipendekkan cerita........, pada suatu hari, beliau terlalu tension kerana sudah beribu-ribu temuduga dan jenis kerja telah beliau hadiri, malangnyer satu pun tak berjaya. Lalu beliau ambik keputusan untuk realeas tension. Petang tu pun beliau keluar berjalan-jalan fikir cam ner nak selesaikan problem carik kerja ni. Jalan punyer jalan sampai ler kat Zoo Negara. Masa sampai kat pintu gerbang, beliau terpikir lak "buat aper aku masuk kat dalam Zoo nih? tak per la. Sekali sekala, maner la tau dapat idea" beliau pun meneruskan perjalanannyer itu masuk ker Zoo itu. Semasa beliau berjalan-jalan sambil melihat haiwan-haiwan dan binatang liar disana, beliau terserempak dengan kawan lama lalu kawannyer itu menyapa,

" hai....Ucop, lama tak nampak?"
"ader ...busy, tapi skang ni aku tak busy dah..."
"naper?"
"aku dah kene buang keje, problem betul la...."
"la...apsal kau tak bagitau aku awal-awal, ari tu ader keje full time kat sini, tapi dah tak der dah. Dah full... tapi, kau jangan risau, kat sini ader keje part time,kau nak?"
"eh! betul ker? mestilah aku nak!, aper keje tu?"
"senang jer, zoo ni sebenarnyer kekurangan haiwan, aper kata kalau kau jadi BERUK ala.... pakai sarung, mahal tau bayarannyer.."

setelah beliau berfikir panjang, beliau pun membuat keputusan setuju menerima keje tersebut, kerana memandangkan kemelesetan ekonomi yang berada diparas kritikal ini.

"bila boleh start?"
"kalau kau nak esok pun bleh!!".
"buat apa esok, hari ini pun bleh...."
"kalau macam tu, okeyla.. aku bagi tau bos aku dan kau bolehla bersiap sekarang, nah uniform"

Dengan bangganya beliau terus memakai uniform yang berupa bulu beruk itu dan terus masuk kedalam sangkar yang disediakan. Setiap pengunjung yang melalui sangkar itu merasa pelik dan hairan kerana jarang sekali terjumpa beruk seperti didalam sangkar itu kerana beruk itu boleh berkata-kata. Lalu ramailah orang mengerumuni sangkar beruk itu sambil bertepuk tangan dan bergambar. Beruk itu merasa riak dan bangga yang di tahap maksimum lalu beliau terus melompat-lompat dan dgn tidak disengajakan, beliau telah termasuk kedalam kandang harimau yang berada bersebelahan dgn sangkarnyer. Beliau berasa panik sambil meminta tolong.

"TOLONG!... TOLONG!... TOLONG!", beliau menjerit sekuat hati,tapi semua orang tak ambik peduli, maklumlah beruk boleh bercakap. Beliau bertambah tak tentu arah apabila harimau itu kali ini betul betul berada dihadapannyer. Dalam hatinyer berkata
"matilah aku hari ni....."sambil mengucap-ngucap ingat nak mati, tiba-tiba harimau tuh gelak terbahak bahak dan berkata apsal kau menjerit hah?? Aku pun harimau part time cam kau gak!!

Moral : Keje rajin-rajin aaaa... :eek::eek::eek:
 
Sponsored Post

abu85

CG Top Poster Club
Messages
30,147
Paid Membership
Joined
May 31, 2008
Messages
30,147
Reaction score
453
Points
131
hmm boleh la lawak... semua binatang part time kot
 

Ahwazi Mustafa

Legendary Member
Messages
11,541
Paid Membership
Joined
Feb 18, 2008
Messages
11,541
Reaction score
17
Points
130
dia nak tipu org, last2 dia yg kena tipu... :))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register