BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kejatuhan ringgit positif kepada sektor pelancongan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
KUALA LUMPUR 16 Dis. – Pelancong-pelancong asing dijangka mengambil kesempatan daripada nilai mata wang ringgit yang rendah berbanding Dolar Amerika Syarikat untuk melancong ke negara ini.

Hal itu akan membawa kesan positif kepada sektor pelancongan negara melalui peningkatan, seterusnya kepada syarikat-syarikat penerbangan tempatan melalui peningkatan kedatangan pelancong.

Penganalisis RHB Research Institute, Ahmad Maghfur Usman berkata, hal itu turut disumbangkan oleh pemulihan sentimen pengguna terhadap industri penerbangan yang terjejas ekoran tragedi yang menimpa dua pesawat Malaysia Airlines iaitu MH370 dan MH17.

Menurut beliau dalam nota kajiannya, jumlah pertumbuhan penumpang hanya bertumbuh 4.4 peratus tahun ini berbanding 18.3 peratus pada 2013. Malah, pertumbuhan untuk tahun depan hanya peratusan satu digit sahaja.

Nilai ringgit kini berada dalam keadaan trend merosot dan sehingga semalam nilainya ialah RM3.5 untuk setiap AS$1 berbanding awal tahun ini sekitar RM3.2 hingga RM3.3. Pada masa sama, ringgit juga kini telah merosot berbanding Dolar Singapura kepada RM2.66 untuk setiap S$1.

Dalam pada itu menurut Ahmad Maghfur, kejatuhan harga minyak ketika ini juga membolehkan industri penerbangan menikmati kos operasi yang rendah, memandangkan komponen bahan api merupakan pecahan kos terbesar kepada pengendali-pengendali perkhidmatan penerbangan.

Keadaan itu jelas beliau membolehkan syarikat-syarikat penerbangan mencatatkan perolehan yang baik, terutamanya syarikat penerbangan berskala besar yang boleh melakukan pembelian komoditi itu secara kontrak masa depan.

“Namun kejatuhan ringgit turut menjejaskan mereka memandangkan kos membaikpulih pesawat kebiasaannya menggunakan mata wang Dolar AS serta pinjaman yang dilakukan menggunakan mata wang Dolar AS,” katanya dalam nota kajian itu lagi.


- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/eko...ktor-pelancongan-1.37230#sthash.I7OAYpcn.dpuf
 
Diorang datang melancong ok.
Melencong tu yang tak ok...
 
positif hanya kepada sektor pelancongan:eek::eek:..
ingat ramai sangat ke pelancong nak lawat Malaysia:)):))

apesal tak cerita sektor lain2 yg pasti terjejas
..mana2 sektor yg melibatkan Malaysia terpaksa mengimport pasti terjejas..turun naik perbezaan nilai ringgit pasti melibatkan perubahan nilai yg besar bila mengimport..
 
orng kita yg nk mlancong klr plak tk ok
 
bagus rupanya bila ringgit makin jatuh,
pas ni mintak biar rm10 = 1 USD,

boleh tgk ramai rakyat omputih mai tinggal terus kat meisia,
untung kita dikurniakan menteri yg bijaksana dan sini..
 
hahaha

mat salleh makin untung

rakyat sendiri makin merana

barang2 yg import dari USA lagi mahal lepas ni
 
syokla tukar sing dollar
 
itu yg dia kesahkan......alahai KERAjaan cap ayam
 
Back
Top
Log in Register