BTC USD 43,541.5 Gold USD 2,027.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kejadian Yang Pernah Menggemparkan Malaysia

fazarudin

Legendary Member
gem
Messages
10,994
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,994
Reaction score
259
Points
136
Jom kite bincang2 tragedi yang pernah menggemparkan malaysia suatu ketika dulu...ini beberap info yang aku cari di internet..

Tragedi Ringlet Cameron Highland - 1969

Tragedi Ringlet dicatat sebagai sejarah hitam negara kerana kali pertama berlaku tanah runtuh hingga ragut ramai nyawa.


Tragedi Highland Tower - 1993

11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan diselamatkan. Nakajima Shizue, 50, rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam.


12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britian dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu.


13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.


15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang. Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan.


16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.


17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.


18 Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.


19 Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.


20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.


21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. Jenazah anak lelaki tunggal bekas Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid dan isteri, Rozita Datuk Abu Bakar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru.


22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.


Mona Fendi - 1993

Kes Mona Fendi atau nama sebenarnya Maznah Ismail menggemparkan Malaysia apabila ditangkap kerana membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang pada 13 Julai 1993.

Mona bersama suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang ditolak dan mereka dihukum gantung sampai mati pada 2 November 2001.


Tragedi banjir lumpur di Pos Dipang 1995


Berlaku pada 29 Ogos 1996, kira-kira jam 6 petang.

Mengorbankan 39 mangsa dan lima hilang.

Semua mangsa, kecuali enam orang dari keluarga Cina yang tinggal di Bah Hon Hin kira-kira enam kilometer dari Perkampungan Orang Asli Pos Dipang ialah penduduk Orang Asli.

Perkampungan itu mempunyai kira-kira 60 rumah yang dibina dengan bantuan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan mempunyai kira-kira 1,500 penduduk.

Penempatan itu dibuka pada 1978 apabila dusun buah-buahan yang mereka usahakan di situ mengeluarkan hasil. Sebelum ini penduduk tinggal di Batu 19 Jalan Cameron Highlands, tidak jauh dari situ.
 
Last edited by a moderator:
Sponsored Post

Yang taman medan tu..

Tragedi Kampung Medan - 2001

Peristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang berlaku di Kampung Medan dari 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama 5 hari. Peristiwa ini berlaku di beberapa kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan , Kampung Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan.

Pergaduhan turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana Jaya, Sungai Way, Bandar Sunway dan Puchong.
 
21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. Jenazah anak lelaki tunggal bekas Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid dan isteri, Rozita Datuk Abu Bakar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru.

nama yg hebat
tp dah pergi so aku xnak komen
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register