- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 290,659
- Reaction score
- 12,182
- Points
- 2,376
Kepada penunggang motorsikal sekalian, berhati hatilah ketika memandu. Statistik menunjukkan kejadian kemalangan maut di Malaysia merupakan antara yang tertinggi di rantau ini.
Bayangkan jika seorang penunggang motorsikal memandu dalam kelajuan 60-80km/ sejam. Tanpa pintu, tanpa cermin, tanpa airbag, tanpa sebarang perlindungan lain kecuali topi keledar, sekiranya berlaku sebarang kemalangan impaknya memang cukup tinggi.
Statistik menunjukkan, 60% kemalangan maut melibatkan penunggang motorsikal. Lebih menyedihkan majoritinya adalah lelaki yang berusia muda.
Jalan dikawasan luar bandar yang lurus adalah lokasi utama kemalangan maut melibatkan penunggang motorsikal. 25% berlaku secara sendiri, sama ada terjatuh atau terbabas.
.
Kepada pemandu kenderaan lain, berhati hati apabila lihat ada penunggang motorsikal berhampiran anda.
Untuk penunggang motorsikal, sentiasa berhati hati. Jangan laju laju dan mencelah celah.
Owh ya, jalan raya tolonglah turap dan lubang lubang jalan mohon dibaiki.
PHM