KEIRIN kejohanan Dunia 2020. Azizulhasni dapat gangsa

CG Sponsors




Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,105
Reaction score
20,952
Points
1,661
Jijoe kembali jalani latihan hadapi Kejohanan Dunia 2020



KUALA LUMPUR, 30 Dis -- Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang kembali menjalani latihan di Velodrom Joe Ciavola, Melbourne, Australia hari ini setelah beransur pulih daripada kecederaan bahu kanan dialaminya ketika beraksi pada pusingan kelima Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia UCI di Velodrom Anna Meares, Brisbane, Australia 14 Dis lepas.

Juara keirin dunia 2017 itu menerusi hantaran terbaru dalam laman Instagramnya, @azizulhasniawang mengakui, latihan berkenaan sekadar latihan ringan bagi memastikan dirinya kekal cergas untuk menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Berlin, Jerman dari 26 Feb sehingga 1 Mac ini yang menawarkan mata ranking ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Kejohanan dunia di Berlin tinggal lebih kurang tujuh minggu sahaja lagi. Sudah tentu saya sedikit gusar dengan keadaan bahu yang belum pulih dan tidak dapat meneruskan latihan seperti biasa, tapi adalah lebih baik bagi saya menumpukan perhatian kepada proses pemulihan dahulu dan meneruskan latihan dengan kadar yang berketetapan.

“Syukur Alhamdulillah , keadaan minggu ini adalah lebih baik daripada minggu sebelumnya dan diharap keadaan akan sentiasa bertambah baik dari semasa ke semasa. Saya percaya, sesuatu yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Allah itu Maha Berkuasa ke atas setiap makhlukNya dan Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani,” kata Mohd Azizulhasni.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu sebelum ini meraih pingat emas dalam acara keirin pada pusingan keempat Piala Dunia di Cambridge, New Zealand pada 7 Dis lepas, namun terpaksa membatalkan hasrat menyertai acara pecut pada pusingan kelima Piala Dunia susulan kecederaan bahu kanan yang dialaminya dalam acara keirin.

Mohd Azizulhasni kini menduduki tangga kedua dalam acara keirin dan tempat ke-16 dalam acara pecut ranking dunia UCI.

Berdasarkan format kelayakan, tujuh pelumba terbaik ranking dunia UCI, layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2020.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,184
Reaction score
11,205
Points
2,376

Ranking terkini Men Elite Keirin:

@AzizulAWANG 🇲🇾 - 2,560 mata
Yudai Nitta 🇯🇵 - 2,551 mata
Vigier Sebastien 🇫🇷 - 2,347.5 mata

#ThePocketRocketMan, No.1 in the world right now! 🔝 Kali ketiga Jijoe berada di kedudukan ini menurut laporan media. 🙌 #KamiTeamMalaysia

Ini sememangnya satu moral booster untuk harapan pingat Emas 🥇 #Tokyo2020 negara menghadapi kejohanan dunia track cycling @TrackWorlds2020 di #GER 🇩🇪 bermula pada 26 Februari nanti.

All the best, Jijoe! 💪🏻 #Berlin2020 #KamiTeamMalaysia
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,105
Reaction score
20,952
Points
1,661
Jijoe No 1 keirin dunia



PELUMBA basikal elit negara, Azizulhasni Awang mendapat tonik berharga menjelang temasya Olimpik Tokyo apabila kini menghuni ranking pertama dunia dalam acara keirin dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI), hari ini.


Juara dunia 2017 itu mengumpul 2,560 mata mengatasi pemenang pingat perak Kejohanan Dunia di Poland tahun lalu, Yudai Naitta dari Jepun yang mengumpul 2551 mata.

Manakala Sebastien Vigier dari Perancis ketiga, 2,347.5 mata.

Ia adalah kejayaan ketiga buat pelumba berusia 32 tahun itu menghuni ranking pertama dunia yang kali pertama diraihnya pada 2010 dan 2016.

Pastinya kejayaan itu memberi suntikan moral buat Azizul yang dalam usahanya menjadi pelumba pertama merangkul emas di temasya Olimpik Tokyo 2020.

“Kejayaan ini memberi suntikan semangat buat saya untuk terus mengekalkan momentum kayuhan menjelang Olimpik nanti.

“Saya gembira kerana mendapat pengiktirafan ini dan ia adalah hasil kerja keras saya dalam latihan dan pertandingan.

“Saya akan cuba sedaya mungkin untuk mengekalkan kedudukan ini dan sentiasa akan berusaha memberi yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi atlet negara Mohd Shah Firdaus Sahrom menghuni ranking ke-32 dengan 1,237 mata.

 

mdnor34

CG Top Poster Club
Joined
Nov 12, 2008
Messages
47,386
Reaction score
137
Points
133
Final keirin World Championship tadi azizul pingat gangsa...
pingat emas Holland : harrie lavreysen...
Pingat perak jepun: wakimoto...
Azizul guna basikal Terbaru & termahal dia: WRX. tapi x mampu kejar Holland & jepun tadI...asalnya azizul dah depan tapi dia accelerate x secepat Holland & jepun tu... posisi dah cukup bagus kalau dia Boleh accerelate cepat...

Azizul kena baiki prestasi utk emas olimpik..
Max speed dia sama mcm Holland tu tapi azizul lemah accerelate saje...
 
Last edited:

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,105
Reaction score
20,952
Points
1,661
Gangsa di Berlin

KUALA LUMPUR: Kali terakhir Azizulhasni Awang meraih pingat dalam acara pecut Kejohanan Dunia adalah pada 2009 di Pruszkow, Poland.

Justeru, gangsa yang diraihnya pada edisi di Berlin, Jerman semalam membuktikan skuad berbasikal trek kini berada di landasan tepat menjelang Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini.

Azizulhasni menamatkan kemarau di pentas podium dalam acara pecut di Berlin dengan meraih gangsa selepas pelumba dari Dungun, Terengganu itu menamatkan saingan di tempat kedua di Pruzkow, 11 tahun lalu.

"Satu lagi gangsa untuk Malaysia. Pingat ini agak istimewa apatah lagi sudah 11 tahun sejak kami cuba mencari jalan untuk kembali berada di pentas podium dalam acara pecut," kata Ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley dalam entrinya di Facebook.

"Terima kasih kepada keluruhan pasukan dan peranan yang dimainkan dalam usaha ke arah ini, sudah tentu semua ini tidak akan tercapai tanpa individu ini, Azizulhasni Awang, The Pocket Rocketman Malaysia."

Gangsa yang diraih Azizulhasni ini adalah yang kedua peribadinya di Berlin dengan minggu lalu meraih pingat sama dalam acara keirin.

Harrie Lavreysen dari Belanda meraih pingat emas sekali gus mengekalkan jersi pelangi diraihnya manakala rakan senegaranya, Jeffrey Hoogland melengkapkan pentas podium bagi acara pecut individu lelaki itu.

Azizulhasni turut memulakan acara berkenaan dengan langkah positif apabila memecahkan rekod Asia dan kebangsaan, melakukan catatan 9.548 saat (s) untuk mendapatkan tempat kelima daripada 34 pelumba dalam pusingan kelayakan.

Pelumba berusia 32 tahun itu memadam rekod Asia 9.609s dilakukan pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan yang diciptanya, 9.760s.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,105
Reaction score
20,952
Points
1,661
Keirin Final 2020 Berlin Track UCI

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,105
Reaction score
20,952
Points
1,661
Azizulhasni tempah satu lagi tiket ke Tokyo

KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang melayakkan diri dalam satu lagi acara lumba basikal di Sukan Olimpik Tokyo 2020 Julai ini selepas memperbaiki kedudukannya dalam ranking dunia Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI).

Menurut ranking dunia terkini UCI itu yang dikeluarkan laman sesawang mereka www.uci.org, Azizul meningkat lima tempat ke kedudukan kelima terbaik dunia dalam acara pecut individu selepas mengumpul 2,415 mata.

‘The Poket Rocketman’ berusia 32 tahun itu, sebelum ini layak ke Tokyo menerusi acara kegemarannya ‘keirin’ selepas menduduki ranking kedua dunia di belakang juara dunia, Harrie Lavreysen dari Belanda apabila berjaya mengumpulkan 2,710 mata.

Ini penampilan Mohd Azizulhasni kali keempat di Sukan Olimpik selepas layak pada Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016 di mana dia memenangi pingat gangsa acara keirin.

Bagaimanapun, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom gagal melayakkan diri ke Tokyo selepas menduduki ranking ke-15 dalam acara pecut dan ke-40 bagi acara keirin selepas mengumpul masing-masing 1,687.5 mata dan 1,102 mata.

Kejohanan Lumba Basikal Trek UCI 2020 di Berlin, Jerman, merupakan kejohanan kelayakan Olimpik terakhir.

Berdasarkan kepada format UCI, tujuh pelumba terbaik acara keirin dan pecut dalam ranking dunia UCI akan layak ke Sukan Olimpik.

Sehingga kini 10 atlet Malaysia telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Mereka adalah Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik), Khairulnizam Mohd Khairulnizam Mohd Afendy (laser standard), Nur Shazrin Mohd Latif (laser radial), Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali (international 470), dan Khairul Anuar Mohamad (memanah).

Empat lagi merupakan atlet terjun iaitu Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee (3m papan anjal), Pandelela Rinong Pamg (10m platform) dan berpasangan dengan Leong Mun Yee dalam acara 10m seirama. - BERNAMA

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,105
Reaction score
20,952
Points
1,661
teha umum bersara. dah kawin blum die ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register