KEIRIN : Azizulhasni no.7 di Keirin Kejohanan Dunia

Recommended Brokers


TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
259,782
Reaction score
8,743
Points
2,226
'Kayuhan Azizulhasni memang gila'


KUALA LUMPUR: “Betul memang saya gila”.

Itu adalah luahan hati jaguh trek berbasikal negara, Azizulhasni Awang selepas merangkul gelaran ke-10 buat dirinya pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia ke-40 di Veldorom Jincheon National Training Center di Korea Selatan yang berakhir semalam dengan membawa pulang satu pingat emas acara pecut dan satu perak keirin.

Saingan pusingan akhir acara pecut yang menyaksikan The Pocket Rocketman itu menewaskan pelumba Jepun, Yuta Wakimoto masih tidak boleh dilupakan dengan perlumbaan pusingan pertama menyaksikan beliau tewas tipis kepada Wakimoto sebelum bangkit untuk merekodkan catatan 9.824 saat pada pusingan kedua untuk membolehkannya ke pusingan penentuan dan seterusnya mempertahankan pingat emas sebagai Raja Pecut Asia.

"Selepas kalah tipis pada pusingan pertama, saya kehabisan tenaga dan kepenatan. Disebabkan badan yang penuh dengan asid laktik hasil daripada kerahan pecutan tadi, saya terus ke tandas dan muntah.

“Saya cuba mengawal pernafasan dan buat segala cara untuk pulih seperti biasa.

“Terus terlintas di benak fikiran, pertarungan kali ini adalah untuk merebut takhta juara Asia peribadi saya buat kali ke-10.

“Satu pencapaian yang belum pernah dicapai orang lain lagi dan paling penting itu adalah impian dan misi peribadi saya.

"Saya bercakap dengan diri sendiri, memberitahu otak supaya jangan mengalah dan jangan biarkan musuh anda merampas impian tersebut," katanya dalam catatan Facebook milik pelumba itu yang menulis tajuk The Man Who Refused To Be Beaten (Lelaki itu yang enggan tunduk) hari ini.

Memasuki pusingan kedua, pelumba berasal dari Dungun, Terengganu dan berumur 31 tahun itu berkata lawannya, Wakimoto menggunakan 'pace' (rentak kayuhan) yang tinggi daripada awal perlumbaan bagi menghalangnya untuk memenangi pusingan itu.

"Disebabkan ‘pace’ yang tinggi saya perlu tunggu ke selekoh terakhir untuk memotong kerana banyak faktor yang terlibat. Bila memecut bersebelahan, faktor rintangan angin pula akan memperlahan kayuhan kita.

"Jadi selepas mengerahkan segala kudrat yang ada, saya memenangi perlumbaan tersebut dan kami akan ke pusingan penentuan. Oh lupa nak beritahu, catatan masa perlumbaan sengit itu adalah 9.824 saat. Kalau anda bukan pelumba, reaksi nya adalah ‘hurmm okay’.

"Tetapi reaksi bagi seorang pelumba adalah seperti cerita ‘The Mask’ kalau anda masih ingat... kedua biji mata terkeluar, mulut terbukak luas, ‘jaw dropping’ dan lidah terkeluar habis. Sangat laju.

"Dalam dunia pecut memecut ni, kalau catatan masa dia di bawah 10 saat memang orang katakan itu kerja orang gila. Orang normal tak boleh buat. Dan, ya betul memang saya gila pun. Tapi saya gila waktu berlumba je," katanya.


 
  • Like
Reactions: TT
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,593
Reaction score
20,696
Points
1,661
meremang tgk video
 

mdnor34

CG Top Poster Club
Joined
Nov 12, 2008
Messages
47,412
Reaction score
127
Points
133
Olimpik 2020 lagi susah sbb Holland ada 2 pelumba baru kuat2... pelumba legend Britain Jason Kenny pun Baru start racing lepas rio 2016. Ikut prestasi di ACC ni azizul x mampu menang Pingat olimpik..
dia Kena dapat prestasi mcm world champ 2017 Baru boleh cabar pingat..

Timing 200m sprint 9.82s dgn pace laju drp Awal tu ramai pelumba eropah Boleh Buat lagi baik...
Mcm hoogland pelumba Holland , dia start pace laju di final lap pun Boleh Buat 9.6s.
Masa flying time trial dia Buat 9.4s.. tu Kira pace laju drp awal.... Jauh beza Dgn 9.8s timing azizul.
Rekod dunia tahun ni 9.1s

Makin lama Makin laju sbb teknologi basikal skrang lagi baik sikit drp rio 2016
 

mdnor34

CG Top Poster Club
Joined
Nov 12, 2008
Messages
47,412
Reaction score
127
Points
133
meremang sebab apa bro? aku tgok biasa biasa je.
A ah.. org yg selalu tgk race basikal trek xde meremang... tengok European championship minggu lepas lagi laju drp azizul...
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,024
Reaction score
1,506
Points
596
terbaik Azizulhasni awang sama sama kita botak head

i support u bro
 
Sponsored Post
Top
Log in Register