Info Kehebatan Sistem Anti-Banjir Di Jepun

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Dimana-mana kota besar seluruh dunia, banjir kilat boleh terjadi sekiranya hujan lebat turun secara tiba-tiba dan pada masa sama sistem pengaliran air sedia ada tidak dapat menampung pertambahan air hujan yang meningkat dengan begitu drastik. Dalam beberapa dekad yang lalu, Jepan telah mengkaji pembinaan sistem anti-banjir akibat banjir yang sering melanda yang berpunca daripada hujan ribut dan peningkatan air sungai. Namun, pembinaan sistem pertahanan banjir ini adalah rumit kerana perubahan iklim dan pola hujan yang sentiasa berubah.

Screenshot-3725.jpg


Masalah Banjir Di Jepun

Permasalah Tokyo dengan banjir sudah berlaku sejak sekian lamanya. Bandar ini terletak di dataran yang dilintasi oleh lima sistem sungai yang deras dan puluhan sungai kecil yang secara semula jadi membesar setiap musim. Pembangunan yang intensif, perindustrian yang pesat dan pengekstrakan air bawah tanah yang tidak efisien menyebabkan beberapa wilayah semakin tenggelam dan memburukkan lagi keadaan. Di Jepun, curahan hujan yang berukuran lebih dari dua inci sejam telah meningkat sebanyak 30 peratuss sejak tiga dekad yang lalu, menurut Agensi Meteorologi Jepun. Kekerapan hujan melebihi tiga inci sejam telah melonjak 70 peratus. Agensi ini mengaitkan kenaikan hujan lebat ini dengan pemanasan global, menandakan era baru di negara ini yang sudah termasuk dalam kategori antara negara yang paling kerap hujan di dunia. Paras lautan yang semakin meningkat juga menjadikan wilayah metropolitan Tokyo, tempat tinggal 38 juta orang mempunyai risiko terhadap banjir kilat. Hujan yang melampau lebat bersama dengan potensi gempa bumi dan tsunami yang membinasakan menjadikan Tokyo dan bandar pelabuhan Yokohama sebagai kawasan metropolitan paling berisiko di dunia menurut kajian 2014 mengenai risiko bencana alam oleh firma insurans Swiss Re.

Adakah terdapat solusi bagi masalah ini?


Metropolitan Area Outer Underground Discharge Channel (MAOUDC)

Di Jepun, atau lebih tepat lagi di bandar Saitama yang terletak di bahagian utara Tokyo, telah dibina sebuah sistem anti-banjiir atau nama rasminya, Metropolitan Area Outer Underground Discharge Channel (MAOUDC) bagi mengatasi masalah banjir kilat di kawasan tersebut yang berlaku saban tahun. Ia terletak di antara Showa di Tokyo dan Kasukabe di wilayah Saitama, di pinggir kota Tokyo. Pembinaan projek ini bermula pada tahun 1992 dan berjaya disiapkan pada awal tahun 2006. Ini bermakna, ia mengambil masa kira-kira 14 tahun untuk siap sepenuhnya. Sistem MAOUDC ini terdiri daripada lima silo penahanan konkrit dengan ketinggian 65m dan diameter 32m, dihubungkan oleh terowong sepanjang 6.4km, 50m di bawah permukaan serta tangki air besar dengan ketinggian 25.4 m dengan panjang 177m, lebar 78m dan dengan 59 tiang besar dihubungkan dengan pam 7810MW (13,000hp) yang dapat mengepam hingga 200 tan air ke Sungai Edo dalam setiap sesaat. Sistem MAOUDC yang menelan kos $2.2 bilion ini adalah salah satu kejayaan kejuruteraan yang paling mengagumkan di Jepun. Selesai pada tahun 2006 setelah 14 tahun pembinaannya, sistem ini adalah sistem anti-banjir terbesar di dunia dan hasil usaha peningkatan berterusan kerajaan tempatan.


Peningkatan Risiko Akibat Perubahan Iklim

Dibina pada tahun 2006 dengan kos billion ¥230 bilion ($2,2 bilion), kebiasaannya sistem MAOUDC ini beroperasi dengan kaapasiti penuh sekitar tujuh kali setahun. Air berlebihan akibat hujan mengalir masuk secara automatik dan pengendali sistem akan mengepamnya keluar dari tangki utama setelah ianya menghampiri kapasiti penuh. Namun, sehingga September tahun 2020 sahaja sistem pengurusan anti-banjir ini sudah beroperasi dengan kapasisi penuh lebih daripada 7 kali. Ini bermakna, terdapat peningkatan taburan hujan daripada tahun-tahun sebelumnya. Kajian rasmi kerajaan mendapati sistem ini sudah menjimatkan ¥148 bilion kos dalam kos pembersihan bencana setakat ini. Maka, walaupun kos pembinaannya menelan belanja yang sangat besar, ianya boleh dianggap pelaburan yang berbaloi kerana dapat mengurangkan lebih banyak kerugian terutamanya daripada aspek kerugian harta benda. Berdasarkan catatan rekod taburan hujan bertahun-tahun lamanya, pihak berkuasa perancang bandar merancang sistem anti-banjir ini berupaya untuk menampung taburan hujan hingga 50 milimeter per jam, terutama di daerah-daerah pesat penduduk. Tetapi apa yang dianggap taburan hujan normal puluhan tahun yang lalu tidak lagi sama pada masa sekarang.

Sistem anti-banjir Jepun ini dianggap bertaraf dunia dan projek ini dibuat memandangkan negara itu mendapat pelajaran pahit dari beberapa bencana besar setelah Perang Dunia Kedua. Tetapi beberapa pakar dalam pengurusan bencana banjir mengatakan bahawa infrastruktur ini sahaja mungkin tidak tidak cukup pada masa hadapan, terutama dengan perubahan iklim yang semakin sukar dijangka. Pihak berkuasa Jepun telah meningkatkan upaya dalam beberapa tahun terakhir untuk mengingatkan warga mereka untuk sentiasa bersiap sedia untuk berpindah keluar rumah lebih awal sekiranya diminta rbuat demikian terutamanya ketika musim hujan. Dan di bandar Osaka yang terletak di bahagian Jepun barat, sistem anti-banjir yang serupa dengan sistem takungan takungan MAOUDC ini sedang dibina dengan kos ¥366 bilion ($3.5 bilion). Pembinaannya dijadualkan selesai pada tahun 2044.


Rujukan;
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,128
Reaction score
2,601
Points
206
tokyo_map_1.jpg


np_file_43851.jpeg


menarik juga MAOUDC tu.
setiap sungai ada shaft untuk tadah limpahan air dari 5 sungai di Tokyo.

engineering marvel.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register