BTC USD 54,322.4 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keguguran Rambut dan Jenis-jenisnya.

carnationmyra

CG Top Poster Club
Messages
22,152
Joined
May 9, 2008
Messages
22,152
Reaction score
165
Points
123
Keguguran rambut terutama Androgenetik alopesia berlaku disebabkan oleh faktor keturunan. Ia paling kerap berlaku pada peringkat remaja iaitu dari lingkungan 20an atau 30an dan menjadi bertambah kerap menjelang pada usia 40an. Kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini akan kelihatan ketara pada bahagian tengah kepala, namun tidaklah sampai ke tahap botak.

Jenis-jenis keguguran rambut:

Androgenetik Alopesia

Paling kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita. Ia juga dikenali sebagai salah sati bentuk kebotakan pada lelaki (male pattern baldness). Penyebab keguguran rambut jenis ini adalah melalui kombinasi tiga faktor iaitu:

* testeron (hormon lelaki)
* usia – selepas seseorang berusia lebih 20 tahun
* keturunan – biasanya berlaku lebih kerap di kalangan lelaki berbanding wanita

Alopesia Areata

Merupakan masalah keguguran rambut pada satu kawasan sahaja. Puncanya tidak pula diketahui secara terperinci. Bagaimanapun, prognosisnya agak baik tanpa rawatan. Sesetengah kes adakalanya akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

Telogen Effluvium
Berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan tanpa memerlukan sebarang rawatan.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register