BTC USD 36,646.5 Gold USD 1,798.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kegawatan lebih buruk daripada krisis 1998 - Datuk Seri Mustapa Mohamed

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,198
Reaction score
1,975
Points
201

Peningkatan kes COVID-19 jejas sektor farmaseutikal​


KUALA LUMPUR: Peningkatan semula kes COVID-19 di seluruh dunia memberi kesan ke atas permintaan farmaseutikal dan pembedahan klinikal global, kata AmInvestment Bank.

Dalam catatan penyelidikannya, kumpulan perbankan pelaburan itu berkata, senario semasa mempengaruhi peserta farmasi tempatan termasuk Apex Healthcare Bhd.

Ia menambah, keuntungan bersih syarikat itu untuk suku pertama tahun kewangan 2021 berakhir 31 Mac 2021 sebanyak RM11.9 juta adalah di bawah jangkaan.

"Ini disebabkan oleh permintaan farmasi dan penjualan eksport tempatan yang kurang menggalakkan.

"Selain itu, permintaan yang lebih rendah untuk peralatan prostetik dan pembedahan turut mempengaruhi STRAITS, cabang pembuatan kontrak kumpulan," katanya.

Oleh itu, AmInvestment Bank menurunkan unjuran anggaran pendapatan perolehan untuk syarikat sebanyak 17 peratus bagi tahun kewangan 2021.

"Bergerak ke hadapan, prospek pemulihan pada separuh kedua tahun 2021 lembap, kerana jumlah kes COVID-19 yang tinggi mengurangkan permintaan farmasi dan pembedahan klinikal global.

"Namun begitu, kami masih yakin dengan unjuran kukuh bagi pendapatan untuk tahun kewangan 2022 berdasarkan kepada pemulihan yang lebih stabil dalam jumlah pesakit memandangkan kesan proses vaksinasi mula menunjukkan hasil," katanya.

-BERNAMA

untung sikit je pon bising.. makcik kiah tak ada pelanngan sape yg nak amik tau
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,119
Reaction score
5,131
Points
721

PKP menyeluruh jejas golongan rentan, B40​


KUALA LUMPUR: Golongan rentan dan berpendapatan rendah akan menjadi paling terkesan seandainya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh dilaksanakan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Justeru, beliau menegaskan, dengan pertimbangan sewajarnya, kerajaan bersetuju membuka sektor ekonomi dengan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) dan mengurangkan mobiliti sosial.


"Kita melihat betapa besarnya impak PKP 1.0 kepada rakyat dan ekonomi. Apabila PKP menyeluruh dilaksanakan, golongan rentan dan berpendapatan rendah yang paling terkesan.


"Setiap rakyat berhak dilindungi dari semua aspek seperti kesihatan, kebajikan dan juga jaminan punca rezeki masing-masing," katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau.

Tengku Zafrul berkata, tindakan yang diambil kerajaan itu adalah yang terbaik dalam mengimbangi keselamatan nyawa rakyat dan kelangsungan ekonomi.


Namun, beliau menasihatkan supaya semua pihak bertanggungjawab mematuhi SOP demi keselamatan nyawa semua, serta kelangsungan ekonomi tanah air.


Berdasarkan kaji selidik kesan PKP 1.0 pada isi rumah dan perniagaan, menunjukkan 53 peratus terjejas teruk oleh PKP.


Pelaksanaan PKP secara menyeluruh akan menggugat mata pencarian kira-kira 2.8 juta rakyat bekerja sendiri atau mengambil upah harian dengan sebanyak satu pertiga isi rumah tidak mampu mengekalkan perbelanjaan untuk lebih sebulan; 82 peratus pekerja swasta hanya mempunyai simpanan kurang dua bulan dan kumpulan B40 yang bekerja sendiri tidak mempunyai insurans perlindungan pekerjaan.


Kesan kepada perniagaan pula memperlihatkan 68 peratus perniagaan melaporkan tiada jualan semasa PKP 1.0; 42.5 peratus perniagaan memerlukan lebih enam bulan untuk pulih dan dua pertiga perniagaan mempunyai atau akan mempunyai tunggakan hutang dalam tempoh enam bulan.


Kesan PKP menyeluruh akan lebih dirasai golongan berpendapatan rendah dan pekerja sektor informal dengan enam daripada 10 isi rumah tidak dapat membeli makanan yang mencukupi untuk keluarga, meningkat hampir dua kali sejak pandemik.


Sebanyak 44 peratus ibu bapa risau kemampuan memastikan makanan yang mencukupi dan memberi pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,119
Reaction score
5,131
Points
721

Kadar inflasi dijangka terkawal mulai Jun​


KUALA LUMPUR: Kadar inflasi di negara ini dijangka berada di bawah paras 4.0 peratus bermula Jun ini selepas mencatatkan peningkatan tertinggi sejak 2018 bulan lalu.


Peningkatan risiko berkaitan pandemik dan pasaran pekerjaan yang lemah akan terus menyeimbangkan tekanan inflasi dipacu bekalan, sekali gus mengimbangi inflasi keseluruhan yang mencatatkan peningkatan 4.7 peratus pada April.


Ahli Ekonomi Kanan UOB Malaysia, Julia Goh, berkata pihaknya menyasarkan inflasi 3.0 peratus bagi keseluruhan tahun ini dan ia dilihat boleh dicapai.


Beliau berkata, pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara dan potensi langkah membendung pandemik yang ketat akan mendorong lanjutan inisiatif sokongan kerajaan seperti pengecualian cukai jualan bagi kenderaan penumpang dan diskaun bil elektrik.

"Jika menjadi kenyataan, ia akan membantu mengurangkan kenaikan inflasi," katanya dalam satu nota.


Goh berkata, kadar faedah benar negatif buat pertama kali sejak Disember 2017 pada bulan lalu, sekali gus menyempitkan skop untuk pengurangan kadar selanjutnya.


Jelasnya, keadaan itu sejajar dengan lebihan kapasiti dalam ekonomi mendorong pihaknya menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi keseluruhan tahun.


"Jangkaan kadar dasar kami juga bersandarkan pada jangkaan BNM yang tidak berubah terhadap pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh sebanyak 6.0 ke 7.5 peratus untuk 2021 walaupun PKP 3.0 di seluruh negara dan kenaikan harga sementara.


"BNM dilihat menyokong bantuan kewangan dan bukan kewangan bersasar bagi membantu sektor terjejas untuk mendepani pandemik yang berterusan," katanya.


Keputusan dasar monetari seterusnya oleh bank pusat adalah pada 8 Julai.


Sementara itu, MIDF Research berkata, selain kesan asas yang rendah, secara umumnya tekanan inflasi meningkat tahun ini berikutan fiskal mengembang selain dasar monetari, harga komoditi yang tinggi dan kembalinya permintaan susulan pemulihan ekonomi.


Firma penyelidikan itu menambah, kejayaan pelaksanaan vaksinasi akan meningkatkan sentimen dan menggalakkan perbelanjaan.


"Pengguna mungkin mula berbelanja dalam item pilihan berikutan prospek pendapatan yang lebih baik. Justeru, kami jangka inflasi secara purata akan berada paras 2.3 peratus tahun ini berbanding -1.1 peratus pada 2020.


"Bagi tempoh empat bulan tahun ini, purata kadar inflasi pada 1.6 peratus," katanya.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,119
Reaction score
5,131
Points
721

PKS harap pakej bantuan selanjutnya​


KUALA LUMPUR: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SAMENTA) menantikan pengumuman lebih lanjut daripada kerajaan untuk pakej sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).


Ini memandangkan kebanyakan daripada peniaga yang terbabit sudah mula terdesak selepas memiliki simpanan untuk sebulan saja lagi.


Pengerusi Dasar dan Perhubungan Kerajaan SAMENTA, Datuk William Ng memberitahu ada PKS hanya mempunyai simpanan untuk bertahan sebulan lagi bagi membayar gaji, sewa dan utiliti.


"Kami menyeru semua ahli dan PKS lain untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat ini, serta membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah.



"Jika ini tidak dapat dilaksanakan, cuba pastikan protokol jarak keselamatan dan fizikal diadakan: katanya dalam satu kenyataan sebagai respons kepada keputusan kerajaan bagi penguatkuasaan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat.


SAMENTA sekali lagi menggesa kerajaan untuk menggerakkan kerajaan negeri dan sektor swasta dalam program imunisasi nasional.


"Kemudahan yang ada pada kerajaan negeri dan sektor swasta boleh digunakan bagi mempercepatkan pendaftaran dan inokulasi berikutnya, sebaik sahaja bekalan vaksin tempatan dipenuhi semula," katanya.


SAMENTA yang ditubuhkan pada 1986 adalah persatuan untuk PKS yang tertua di negara ini.


Misinya adalah untuk memperjuangkan pengembangan PKS melalui pendekatan empat segi iaitu perundingan dasar, akses


pasaran, pemerkasaan perniagaan dan pengembangan kemampuan.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,119
Reaction score
5,131
Points
721

Tiada PKP penuh, Bursa Malaysia ditutup tinggi​

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan dengan indeks utama ditutup melebihi paras 1,570 pada Isnin berikutan peniaga menarik nafas lega selepas mengetahui bahawa tiada sekatan pergerakan penuh akan dilaksanakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).


Ketua Jualan Ekuiti Rakuten Trade, Vincent Lau, berkata bursa tempatan turut bergerak sejajar dengan aliran meningkat yang dilihat dalam kebanyakan pasaran serantau.


Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.65 mata, atau 0.62 peratus, kepada 1,571.82 daripada 1,562.17 semasa ditutup pada Jumaat lalu.


Indeks dibuka tinggi 1.61 mata kepada 1,563.78 dan berada antara 1,563.57 dan 1,576.96 sepanjang hari.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 902 berbanding 282, manakala 332 kaunter tidak berubah, 686 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.


Jumlah dagangan merosot kepada 6.75 bilion unit bernilai RM3.47 bilion daripada 7.53 bilion unit bernilai RM4.07 bilion pada Jumaat lalu.


Mengulas mengenai prestasi hari ini, Lau berkata, peningkatan semula itu adalah dalam jangkaan berikutan bursa tempatan, terutamanya FBM KLCI, merosot kira-kira 30 mata sejak awal Mei.


"Kami melihat peniaga mula menambah saham yang telah terlebih jual sebelum ini," katanya kepada Bernama.


Berkongsi pandangan yang sama dengan Lau, Ketua Penyelidikan MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, berkata dengan tiada sekatan pergerakan penuh seperti yang dijangka sebelum ini, PKP 3.0 dengan prosedur operasi standard yang ketat dijangka dapat mengurangkan impak terhadap pendapatan korporat.


"Oleh itu, reaksi pasaran yang baik dipantau hari ini," katanya, sambil menambah aktiviti belian saham pada harga rendah turut dilihat selepas jualan besar-besaran pada minggu lalu.


Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura naik 0.18 peratus kepada 3,123.61, Nikkei Jepun meningkat 0.17 peratus kepada 28,364.61 manakala Indeks Komposit Shanghai menambah 0.31 peratus kepada 3,497.28.


Dalam kalangan 30 konstituen FBM KLCI, Maybank naik 10 sen kepada RM8.34, Press Metal Aluminium menambah 12 sen kepada RM5.12, Axiata dan Maxis, masing-masing meningkat sembilan sen kepada RM3.49 dan RM4.63 manakala Sime Darby Plantation naik lapan sen kepada RM4.51.


Daripada saham aktif, Privasia Technology menambah 8.5 sen kepada 26 sen, Ucrest naik lapan sen kepada 43.5 sen, Saudee meningkat 4.5 sen kepada 25 sen, Eka Noodles naik tiga sen kepada lima sen, manakala Focus Dynamics susut setengah sen kepada enam sen.


Senarai kaunter paling untung diterajui oleh MPI yang naik RM1.80 kepada RM37.16 manakala kaunter paling rugi ialah F&N, merosot 40 sen kepada RM25.82.


Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 117.02 mata kepada 11,453.05 dan Indeks FBMT 100 naik 100.18 mata kepada 11,142.40.


Indeks FBM Emas Syariah meningkat 133.70 mata kepada 12,741.73, FBM ACE naik 209.74 mata kepada 7,834.61 dan FBM 70 menokok 256.43 mata kepada 14,793.09.


Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 108.21 mata kepada 14,876.21, Indeks Perladangan menambah 32.01 mata kepada 6,931.53 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 3.59 mata kepada 190.89.


Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 3.57 bilion saham bernilai RM2.58 bilion daripada 4.24 bilion saham bernilai RM3.08 bilion pada Jumaat lalu.


Jumlah dagangan waran merosot kepada 223.20 juta unit bernilai RM24.48 juta daripada 336.54 juta unit bernilai RM30.90 juta sebelum ini.


Jumlah dagangan di Pasaran Ace tidak berubah pada 2.95 bilion saham bernilai RM870.47 juta daripada 2.95 bilion saham bernilai RM955.16 juta sebelum ini.


Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 1.0 bilion saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.05 bilion), pembinaan (138.90 juta), teknologi (596.45 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (63.17 juta), hartanah (221.93 juta), perladangan (28.61 juta), REIT (6.96 juta), dana tertutup (16,000), tenaga (218.33 juta), penjagaan kesihatan (64.63 juta), telekomunikasi dan media (96.38 juta), pengangkutan dan logistik (59.89 juta) dan utiliti (12.61 juta).


-- Bernama
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,119
Reaction score
5,131
Points
721

Sumbangan eksport kepada KDNK bergantung kemajuan vaksinasi​


KUALA LUMPUR: Peranan penting yang boleh dimainkan eksport dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021 akan bergantung kepada kemajuan program vaksinasi di negara ini, kata ahli ekonomi.


Ahli Ekonomi Fakulti Perniagaan Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng, berkata penggunaan dan pelaburan boleh diperkukuh dengan kelonggaran aktiviti sosial dan ekonomi, yang hanya dapat dicapai menerusi peningkatan proses vaksinasi untuk mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun dan membendung kes jangkitan harian pada paras yang boleh dikawal.


"Tanpa aktiviti penggunaan dan pelaburan kembali normal, sukar bagi perdagangan bersih untuk menyumbang kepada pemulihan berbentuk V," katanya dalam satu temu bual dengan The Edge Market baru-baru ini.


Bagaimanapun, beliau berkata, ekonomi kekal berada dalam landasan untuk mencapai pertumbuhan KDNK 5.5 peratus hingga 6.5 peratus atas sokongan peningkatan prestasi eksport, tanpa mengambil kira keadaan tidak dijangka daripada pandemik COVID-19 kekal tinggi sepanjang tahun.


Sementara itu, Ahli Ekonomi OCBC Bank, Wellian Wiranto, berkata bank itu mengunjurkan momentum pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah bagi suku pertama 2021, walaupun tahap penguncupan ekonomi lebih rendah daripada 3.4 peratus yang dicatatkan pada suku keempat 2020.


"KDNK menguncup -0.5 peratus pada suku pertama dan bukan sebaliknya 1.9 peratus, juga turut mengatasi jangkaan pasaran pada -0.9 peratus," katanya.


Malaysia merekodkan penurunan KDNK sebanyak 0.5 peratus pada suku pertama 2021, petanda pemulihan daripada penguncupan 3.4 peratus pada suku sebelumnya dengan semua sektor ekonomi mencatatkan peningkatan.


Dengan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dilaksanakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Menteri Kewangan Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini berkata, ia boleh menurunkan pertumbuhan KDNK sebanyak 1.0 peratus kepada kira-kira 5.0 hingga 6.5 peratus bagi 2021, lebih rendah berbanding sasaran 6.0 hingga 7.5 peratus yang diunjurkan oleh Bank Negara Malaysia sebelum ini.


Beliau juga berkata, kadar vaksinasi telah mencapai 76,000 suntikan setiap hari dan dijangkakan terus meningkat bermula Julai sejajar dengan jadual bekalan vaksin berbanding kira-kira 30,000 hingga 40,000 sebelum ini.


Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, impak berkaitan COVID-19 ke atas permintaan luar akan terus tidak seimbang.


"Kekurangan cip mikro bermakna industri berkaitan teknologi seperti semikonduktor akan sibuk memenuhi pesanan pelanggan," katanya sambil menambah kekurangan itu juga bermakna gangguan dalam aktiviti ekonomi disebabkan bahan mentah yang tidak mencukupi untuk menyiapkan proses.


Pada masa yang sama, beliau berkata, sekatan pergerakan yang dikenakan di banyak negara di dunia juga akan menjejaskan rantaian bekalan yang boleh merencatkan proses pemulihan.


Sementara itu, Ahli Ekonomi Kanan UOB Malaysia, Julia Goh, berkata impak daripada PKP terbaharu dijangka lebih besar daripada PKP sebelumnya berikutan jumlah jangkitan kes yang tinggi dan kemungkinan sekatan dilanjutkan dan diperketatkan lagi serta tekanan inflasi tinggi terhadap perniagaan dan isi rumah.


Bagaimanapun, katanya, pertumbuhan eksport pada April dijangka berkembang 59 peratus tahun ke tahun susulan permintaan dunia yang bertambah baik dan aliran perdagangan tinggi daripada kepelbagaian perdagangan. -- Bernama
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,119
Reaction score
5,131
Points
721

Pendekatan bersasar lebih berkesan tangani impak COVID​


KUALA LUMPUR: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) percaya pendekatan bersasar lebih berkesan dilaksanakan pada tahap situasi pandemik COVID-19 ketika ini ketika kerajaan berdepan tugas sukar untuk mengimbangi antara kesihatan awam dengan kebimbangan ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tricia Yeoh, berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang tidak dapat dielakkan sudah tentunya akan membawa kesan ke atas ekonomi yang bergelut ketika ini.

"Mereka yang terbabit dalam sektor runcit, pelancongan serta makanan dan minuman akan terus menderita seperti yang mereka alami sejak setahun lalu," katanya kepada Bernama.

Justeru, Yeoh berkata, sekatan pergerakan sepenuhnya bukanlah suatu yang boleh dilaksanakan.

Beliau berpendapat, pendekatan bersasar akan lebih berkesan sekiranya ia dipacu oleh data dan apabila dilaksanakan secara seragam di seluruh sektor.

"Walaupun impak PKP 3.0 dijangka tidaklah seteruk PKP 1.0 memandangkan rakyat sudah memahami tentang virus COVID-19 dan lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi, namun Malaysia masih kekurangan data untuk menentukan penyelesaian yang sewajarnya dan lebih bersasar.

"Sistem 'Hotspots Identification for Dynamic Engagement' (HIDE) adalah satu inisiatif yang baik tetapi penyelesaian yang berkaitan dengannya tidak dilaksanakan dengan baik," katanya.

Selain itu, kerajaan perlu meningkatkan kapasiti ujian secara besar-besaran.

"Ia perlu dilancarkan di setiap negeri dan Kerajaan Persekutuan boleh menyediakan sumber kepada Kerajaan Negeri untuk berbuat demikian di samping menyelaraskan juga dengan mereka berkaitan kutipan data.

"Akhir sekali, usaha padu perlu dilakukan untuk menyebarkan maklumat mengenai kepentingan mengambil vaksin COVID-19," kata Yeoh.

Ketika ini, hanya 30 peratus rakyat Malaysia yang mendaftar program vaksinasi kebangsaan.

"Walaupun proses itu dilambatkan berikutan pemerolehan vaksin yang agak perlahan, saya percaya pendaftaran perlu meningkat dengan segera.

"Sebaik saja majoriti penduduk mendapat vaksin, ini akan memastikan sekatan pergerakan tidak lagi diperlukan bagi tempoh jangka panjang, yang seterusnya memastikan impak ekonomi dapat dikurangkan.

"Keadaan boleh kembali normal dan inilah apa yang ekonomi Malaysia amat perlukan," katanya.

PKP 3.0 lebih ketat bermula hari ini dalam usaha kerajaan untuk membendung penularan COVID-19.

-BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,119
Reaction score
5,131
Points
721

Pelaburan langsung asing meningkat pada suku pertama​


KUALA LUMPUR: Negara mencatat aliran masuk pelaburan langsung lsing (FDI) yang lebih tinggi pada suku pertama 2021 iaitu sebanyak RM9.1 bilion berbanding RM6.8 bilion pada suku sama tahun sebelumnya.


Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata ia disebabkan oleh aliran masuk ekuiti dan pelaburan yang boleh dilabur semula yang lebih tinggi serta aliran masuk yang lebih rendah terhadap instrumen hutang.


Katanya, pada masa sama, pelaburan langsung asing di luar negeri (DIA) oleh syarikat Malaysia turut mencatatkan peningkatan didorong oleh pembukaan semula ekonomi global.


"DIA merekodkan RM7.8 bilion pada suku pertama 2021 daripada RM5.2 bilion pada suku tahun sebelumnya disebabkan oleh pelaburan terhadap ekuiti di luar negara dan pendapatan yang boleh dilabur semula yang lebih tinggi pada suku tahun ini.



"Sementara itu, perdagangan Malaysia terus meningkat, dengan jumlah perdagangan mencatatkan kenaikan dua digit sebanyak 14.8 peratus tahun ke tahun.


"Sejajar dengan ini, imbangan perdagangan Malaysia kekal merekodkan lebihan sebanyak RM58.6 bilion," katanya dalam kenyataan Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) Siri 5/2021 hari ini.


Mengulas lanjut Mohd Uzir berkata, imbangan Akaun Semasa Malaysia (CAB) terus mencatatkan lebihan dengan merekodkan RM12.3 bilion pada suku pertama 2021 berbanding RM18.6 bilion pada suku tahun sebelumnya, didorong oleh momentum positif eksport bersih barangan.


"Pada tempoh sama, Indeks Pengeluaran Perindustrian


(IPP) meningkat 3.9 peratus, disokong oleh pertumbuhan ketara indeks Pembuatan.


"Di samping itu, prestasi sektor Perkhidmatan yang adalah penyumbang utama kepada ekonomi negara masih terkesan di mana jumlah hasil dan indeks volum menyusut, namun pada kadar yang lebih perlahan berbanding pada suku tahun yang lalu," katanya.


Berdasarkan pasaran buruh, beliau berkata, di sebalik langkah-langkah yang telah ditetapkan dalam menangani pandemik COVID-19 di negara ini, ketidaktentuan momentum pemulihan dalam pasaran buruh dapat diperhatikan dengan bilangan penduduk bekerja menurun sedikit 0.04 peratus tahun ke tahun kepada 15.24 juta orang.


Kadar pengangguran pula katanya, kekal tinggi melebihi empat peratus dengan merekodkan 4.8 peratus pada suku pertama 2021.


"Dari sudut permintaan buruh, bilangan jawatan dalam sektor ekonomi berkurang sedikit dipengaruhi penurunan dalam jawatan diisi sementara kekosongan mencatatkan peningkatan kecil.


"Secara keseluruhannya, pasaran buruh masih berada dalam situasi yang mencabar dan belum kembali seperti keadaan sebelum COVID-19 melanda," katanya.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,119
Reaction score
5,131
Points
721

Ekonomi APEC dijangka berkembang 6.3 peratus 2021​


KUALA LUMPUR: Ekonomi di rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka berkembang 6.3 peratus tahun ini disokong oleh peningkatan aktiviti domestik dan global di tengah-tengah persekitaran mencabar penularan COVID-19, demikian kata Pengarah Unit Sokongan Dasar APEC, Dr Denis Hew.


Beliau berkata, jangkaan pertumbuhan ekonomi rantau itu mampu dicapai berdasarkan pemulihan yang dicatatkan pada suku pertama tahun ini terutama dalam perdagangan dan perbelanjaan swasta.


Katanya, pemulihan yang dicatatkan di dua ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat (AS) dan China juga penting dalam menyumbang kepada pemulihan global.


"Jangkaan pertumbuhan 6.3 peratus bagi rantau APEC tahun ini itu mampu dicapai. Pada suku pertama dilihat pemulihan dalam pertumbuhan dan perdagangan.

"Malah, Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) juga menjangkakan jumlah perdagangan global dijangka berkembang 10 peratus tahun ini," katanya pada sidang media secara maya mengenai Analisis Trend Rantau APEC (ARTA) hari ini.


Sementara itu, Hew berkata, negara anggota APEC perlu bekerjasama secara rapat dalam memastikan penduduk di rantau itu mendapat vaksin secepat mungkin dalam memastikan pemulihan ekonomi rantau itu berterusan.


Beliau berkata, vaksinasi adalah langkah penting untuk memastikan pemulihan ekonomi berjalan lancar selepas terkesan oleh impak negatif penularan pandemik tahun lalu.


Katanya, bantuan bersasar dalam membantu perniagaan dan isi rumah yang terkesan pandemik dilihat berkesan untuk tangani kesan COVID-19 terhadap pemulihan ekonomi.


"Hanya satu cara membendung COVID-19 ialah mendapatkan seramai boleh penduduk divaksin. Justeru, usaha memudahkan akses dan agihan vaksin perlu diberi perhatian oleh negara anggota APEC di samping memantapkan usaha membendung penularan pandemik yang lain," katanya.


Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sekrertariat APEC, Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria, berkata pelbagai usaha sudah dilaksanakan negara anggota APEC dalam menangani impak pandemik terhadap ekonomi dan perdagangan di samping menjamin kesejahteraan rakyat.


Beliau berkata, pemimpin negara anggota akan memberi tumpuan terhadap maklum balas dalam menangani COVID-19 termasuk memastikan pergerakan lancar barangan penting serta bekalan barangan berkaitan kesihatan di rantau itu.


"Kami juga mempunyai garis panduan terhadap amalan baik bagi pihak kastam untuk memudahkan pengedaran vaksin dan produk berkaitan dengannya," katanya.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,119
Reaction score
5,131
Points
721

Pertumbuhan ekonomi suku kedua dijangka lebih baik​


KUALA LUMPUR: Ekonomi negara dijangka bertumbuh lebih kukuh pada suku kedua 2021 terutamanya disebabkan kesan asas yang lebih rendah apabila ekonomi merosot 17.1 peratus pada suku kedua 2020.


Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata bagaimanapun, pemulihan ekonomi juga bergantung kepada tahap jangkitan COVID-19 dapat dikawal dan impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diperketatkan terhadap sektor ekonomi dan sosial.


Katanya, lanjutan bagi perkara ini, Indeks Pelopor (IP) pada Mac 2021 mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada 17.3 peratus, terutamanya disebabkan oleh kesan asas yang rendah pada Mac 2020 susulan 'lockdown' yang dilaksanakan di seluruh negara serta disokong oleh prestasi komponen IP yang lebih baik.


"Mengambil kira prestasi IP dan situasi semasa wabak COVID-19, dilihat bahawa prospek ekonomi dalam jangka pendek adalah menggalakkan namun dalam persekitaran yang mencabar.

"Oleh itu, komitmen semua individu adalah sangat penting dalam mengawal situasi pandemik semasa bagi mengembalikan momentum ekonomi dalam beberapa bulan akan datang," katanya dalam kenyataan Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) Siri 5/2021 hari ini.


Mengulas lanjut Mohd Uzir berkata, kebanyakan negara di dunia menunjukkan prestasi ekonomi lebih baik pada suku pertama 2021 berbanding tahun sebelumnya walaupun krisis kesihatan masih berlarutan.


Katanya, ekonomi Amerika Syarikat (AS) pulih kepada pertumbuhan positif 0.4 peratus setelah mencatatkan pertumbuhan negatif selama tiga suku tahun berturut-turut manakala ekonomi Kesatuan Eropah (EU) bertambah baik dengan penguncupan yang lebih perlahan 1.7 peratus.


"Di rantau Asia Timur, China, Taiwan dan Korea Selatan menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang positif, iaitu lebih baik berbanding suku tahun sebelumnya.


"Bagi negara-negara ASEAN, ekonomi Singapura meningkat 1.3 peratus manakala Indonesia dan Filipina mencatatkan penurunan yang lebih kecil masing-masing 0.7 peratus dan 4.2 peratus," katanya.


Tambahnya, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia menyusut secara marginal 0.5 peratus pada suku pertama 2021, lebih baik daripada penguncupan 3.4 peratus yang dicatatkan pada suku tahun sebelumnya.


Peningkatan itu katanya, disokong oleh pengembangan dalam sektor Pembuatan dan pemulihan sektor Pertanian.


"Di samping itu, semua sektor ekonomi mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding dua suku tahun terakhir. Ekonomi Malaysia pada suku tahun ini pulih secara beransur-ansur berikutan lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi semasa PKP 2.0 berbanding pelaksanaan lebih ketat semasa PKP 1.0 yang dikenakan pada bulan Mac 2020.


"Pelbagai pakej rangsangan yang diperkenalkan juga mendorong pemulihan ekonomi dan mengurangkan kesan potensi kerugian ekonomi negara ini.


"Tambahan pula, persekitaran ekonomi yang menggalakkan pada suku pertama 2021 adalah disumbangkan oleh prestasi petunjuk ekonomi utama yang lebih baik terutamanya pada Mac 2021," katanya.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register