Covid-19 Kegawatan lebih buruk daripada krisis 1998 - Datuk Seri Mustapa Mohamed

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,273
Points
201
Kadar inflasi susut 1.5 peratus pada Oktober

KUALA LUMPUR: KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna (IHP), yang mengukur kadar inflasi menguncup 1.5 peratus kepada 120.2 pada Oktober 2020 berbanding 122.0 yang dicatatkan pada Oktober 2019, demikian kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Namun begitu, ia meningkat 0.1 peratus berbanding September 2020 berikutan peningkatan dalam Makanan & Minuman Bukan Alkohol (0.1 peratus), Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (0.1 peratus) dan Kesihatan (0.1 peratus).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata penurunan IHP keseluruhan pada Oktober 2020 itu dipengaruhi oleh penurunan indeks Pengangkutan (-10.2 peratus), Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (-3.0 peratus) dan Pakaian & Kasut (-0.4 peratus) yang menyumbang 41.6 peratus daripada keseluruhan wajaran.

Beliau berkata, daripada 552 item yang diliputi di dalam IHP, 337 item menunjukkan peningkatan pada Oktober 2020 berbanding Oktober 2019.

"Sebaliknya, 150 item mencatatkan penurunan manakala 65 item tidak berubah. Berdasarkan prestasi 552 item mengikut kategori barangan dan perkhidmatan, Barang Tidak Tahan Lama (296 item) adalah kategori paling banyak mengalami kenaikan harga iaitu 208 item, 73 item menurun dan 15 item tidak berubah berbanding kategori Perkhidmatan, Barang Semi Tahan Lama dan Barang Tahan

Lama," katanya dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, perangkaan terkini itu menunjukkan Makanan & Minuman Bukan Alkohol meningkat 1.5 peratus kepada 135.3 berbanding 133.3 pada bulan sama tahun sebelumnya, dengan kumpulan itu menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP.

Selain itu, Pelbagai Barangan & Perkhidmatan turut menunjukkan peningkatan 2.8 peratus dan diikuti Pendidikan (0.7 peratus) dan Minuman Alkohol & Tembakau (0.5 peratus).

IHP tanpa bahan api kekal berada pada kadar positif iaitu 0.1 peratus pada Oktober 2020 berbanding Oktober 2019.

Sementara itu, IHP bagi tempoh Januari hingga Oktober 2020 menurun 1.0 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, dipengaruhi oleh Pengangkutan (-10.0 peratus), Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (-1.5 peratus)

dan Pakaian & Kasut (-0.8 peratus).
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register