Covid-19 Kegawatan lebih buruk daripada krisis 1998 - Datuk Seri Mustapa Mohamed

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,273
Points
201
KDNK suku ketiga dijangka lebih baik

PUTRAJAYA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga tahun 2020 dijangka akan mencatat pertumbuhan yang lebih baik daripada suku sebelumnya, menurut laporan Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) Siri 6/2020.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata berdasarkan prestasi ekonomi pada bulan Julai dan Ogos 2020, suku ketiga dijangka akan lebih baik berbanding suku kedua walaupun peningkatan semula bilangan kes COVID-19 berlaku pada akhir September 2020.

Namun katanya, Malaysia kini sedang mengalami gelombang ketiga penularan COVID-19, dengan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan cabaran ekonomi yang bakal dihadapi.

"Negeri ini menyumbang 46.6 peratus kepada ekonomi pada tahun 2019, oleh itu, sebarang perubahan dalam aktiviti ekonomi terbabit akan memberi kesan terhadap prestasi ekonomi negara secara keseluruhan.

"Walaupun begitu, PKPB bersasar dilihat sebagai pendekatan terbaik bagi mengurangkan kesan pandemik dan mendapatkan semula momentum pemulihan ekonomi" katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Laporan KDNK suku ketiga 2020 akan dikeluarkan pada 13 November ini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata, pandemik COVID-19 telah mempengaruhi operasi perniagaan yang secara langsung memberi kesan kepada keseluruhan situasi tenaga buruh di Malaysia.

Ini katanya, ditunjukkan oleh kadar pengangguran yang tinggi sepanjang separuh tahun pertama 2020, dengan catatan tertinggi direkodkan pada Mei 2020 sebanyak 5.3 peratus.

"Selanjutnya, apabila semakin banyak sektor ekonomi kembali beroperasi, kadar pengangguran jatuh kepada 4.7 peratus pada bulan Julai dan kadar ini kekal pada bulan Ogos 2020.

"Bagi memahami sepenuhnya situasi pasaran buruh negara, adalah penting untuk mengkaji lanjut isu guna tenaga. Dalam hal ini, DOSM sedang membuat pengukuran indikator guna tenaga tidak penuh untuk memberi gambaran tambahan mengenai pasaran buruh.

"Salah satu indikator berkenaan adalah guna tenaga tidak penuh berkaitan masa yang merujuk kepada situasi mereka yang bekerja kurang dari 30 jam seminggu tetapi bersedia dan sanggup menerima kerja dengan jam yang lebih," katanya.

Tambah beliau, pada suku pertama 2020 menyaksikan jumlah guna tenaga tidak penuh berkaitan masa meningkat dua kali ganda kepada 383,300 orang berbanding tahun lalu.

Jumlah itu katanya, terus meningkat pada suku kedua tahun 2020 kepada 412.1 ribu orang.

"Peningkatan ini disebabkan oleh perniagaan telah mengurangkan waktu beroperasi dan pelaksanaan penggiliran hari bekerja untuk memastikan pematuhan terhadap prosedur operasi standard dalam tempoh fasa Perintah Kawalan Pergerakan.

"Bilangan jam bekerja yang kurang menyebabkan penerimaan upah yang lebih rendah bagi guna tenaga tidak penuh berkaitan masa, terutamanya yang bekerja dalam pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah.

"Di samping itu, indikator guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran dapat menangani isu ketidaksepadanan pekerjaan ini," katanya.

Dalam sorotan itu, berdasarkan perspektif ekonomi, jualan Pembuatan Malaysia pada Ogos 2020 berjumlah RM118.5 bilion berbanding RM119.2 bilion pada bulan Julai tahun ini.

Prestasi perdagangan barangan bagi kedua-dua eksport dan import masing-masing merosot 14.5 peratus dan 2.2 peratus berbanding bulan Julai 2020.

Walau bagaimanapun, eksport barangan Malaysia pada bulan September 2020 mencatatkan pertumbuhan tahunan yang memberangsangkan sebanyak 13.6 peratus.

Pada masa sama, import terus menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan penurunan yang lebih kecil 3.6 peratus disumbangkan oleh prestasi yang lebih baik bagi Barangan modal dan Barangan penggunaan.

Nilai jualan Perdagangan Borong & Runcit terus mencatatkan pertumbuhan positif 2.5 peratus pada bulan Ogos 2020 berbanding bulan sebelumnya, terutamanya didorong oleh pertumbuhan perdagangan borong.

Sektor ini pulih secara beransur-ansur tahun ke tahun dengan merekodkan pertumbuhan negatif yang lebih kecil dan dijangka akan terus meningkat pada bulan September 2020.

Berdasarkan Indeks Pelopor (IP) yang terkini, Malaysia dijangka akan terus mengalami fasa pemulihan dengan mencatatkan 108.5 mata pada bulan Ogos 2020 dengan kadar pertumbuhan tahunan 7.6 peratus.
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,273
Points
201
800,000 hilang kerja sejak COVID-19 melanda

KUALA LUMPUR: Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan sejak negara dilanda pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, kerajaan sedar ramai rakyat yang sedang menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penularan COVID-19.

"Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup. Lebih 800,000 orang telah kehilangan pekerjaan. Saya mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian.

"Dalam mengurus gelombang ketiga COVID-19, kerajaan sedaya-upaya untuk mengelakkan kesan terlalu buruk ke atas ekonomi negara yang boleh memberikan kesan negatif kepada kehidupan ekonomi rakyat," katanya ketika menyampaikan perutusan khas situasi semasa COVID-19 hari ini.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,273
Points
201
PKPB beri tempias unjuran pertumbuhan 2021

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di dua negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ketika ini dijangka memberi tempias terhadap kadar unjuran pertumbuhan ekonomi 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kadar pertumbuhan semasa ekonomi adalah negatif 5.3 peratus, susulan pelbagai kesan daripada pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, katanya, situasi ekonomi yang merudum itu diunjur kembali berkembang pada kadar tujuh hingga lapan peratus menjelang tahun depan, selari usaha pemulihan pasca pandemik COVID-19.

"Unjuran itu adalah daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menjangkakan Malaysia antara negara paling pantas dapat pulih daripada COVID-19.

"Sekiranya kadar pertumbuhan itu berupaya dicapai, ia dapat mengurangkan pelbagai masalah dihadapi golongan miskin kerana bakal mencetuskan kesan limpah terhadap ekonomi domestik.

"Tetapi, susulan PKPB di Sabah, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mengikut statistik menyumbang hampir 50 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sukar untuk kita buat ramalan kadar perkembangan ekonomi pada 2021.

"Kerajaan sentiasa memantau dengan rapi perkembangan semasa, namun langkah PKPB ini mungkin akan menjejaskan unjuran perkembangan ekonomi pada kadar tujuh hingga lapan peratus," katanya dalam wawancara bersama ASTRO Awani, malam ini.

Menyentuh inti pati Belanjawan 2021, Mustapa berkata, kerajaan merintis usaha dengan menyediakan pelbagai pakej dan insentif menjangkau RM305 bilion sebelum ini bagi membantu rakyat.

Sekiranya diteliti saiz peruntukan yang disediakan menerusi empat pakej fiskal dan rangsangan sejak April lalu, beliau berkata perangkaan berkenaan adalah lebih besar daripada belanja mengurus untuk kerajaan.

"Ia boleh dikatakan belanjawan mini, namun apa yang pasti kerajaan kena terus berbelanja kerana defisit itu tidak lagi relevan sekarang dalam situasi negara berdepan pandemik kesihatan.

"Ada juga pandangan mengatakan kita perlu beri peruntukan lebih kepada belanja struktur, namun semuanya akan diteliti supaya belanjawan ini dapat mencakupi kepentingan segenap rakyat.

"Kita perlu pastikan tiada rakyat yang tersisih daripada menerima bantuan kerana masing-masing terjejas angkara COVID-19," katanya.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,273
Points
201
Pengusaha pelancongan Tasik Kenyir rugi lebih RM1juta
tasik_kenyir211_1604283819.jpg


KUALA TERENGGANU: Pengusaha pelancongan di Tasik Kenyir, Kuala Berang, di sini, kerugian melebihi RM1 juta, apabila tempahan rumah bot dan bot laju dibatalkan berikutan gelombang ketiga penularan COVID-19 sejak awal bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Makumat, Ariffin Deraman, berkata kerajaan negeri akan merangka inisiatif dan menyusun strategi dalam usaha membantu industri pelancongan yang terjejas.

"Saya difahamkan, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ada menyalurkan bantuan kewangan bagi meringankan bebanan terpaksa ditanggung pengusaha pelancongan termasuk kepada pengusaha rumah bot, bot laju dan peniaga yang terjejas.

"Kerajaan negeri mengakui bantuan bagi meringankan beban mereka belum disalurkan, tetapi promosi pelbagai produk yang terdapat di tasik buatan manusia itu tetap dilakukan secara berterusan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Alor Limbat berkata demikian sebagai mengulas keresahan 75 pengusaha pelancongan di tasik buatan manusia itu berdepan kerugian lebih RM1 juta susulan pembatalan tempahan rumah bot dan bot laju di saat akhir, sepanjang bulan ini.

Ariffin berkata, isu kemerosotan kedatangan pelancong ke negeri ini bukan hanya membabitkan pengusaha pelancong di Tasik Kenyir, tetapi turut menjejaskan sektor pelancongan lain termasuk sektor perhotelan.

Katanya, antara Julai hingga September lalu, Tasik Kenyir dikunjungi 33,192 orang pelancong.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,273
Points
201
Seramai 90,470 orang hilang pekerjaan tahun ini

KUALA LUMPUR: Seramai 90,470 orang hilang pekerjaan bagi tahun ini berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 28 Oktober lalu.

PERKESO menjelaskan, dalam tempoh sama, seramai 33,341 orang berinsurans di bawah SIP kembali bekerja menerusi program penempatan pekerjaan semula PERKESO dan Portal MYFutureJobs.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan penempatan pekerjaan semula termasuk di bawah program insentif pengambilan pekerja Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diuruskan PERKESO ialah 102,025 kes bekerja semula.

"PERKESO ingin menasihati pekerja yang terbabit dalam pemberhentian kerja seperti Skim Pemisahan Sukarela (VSS) atau sebagainya, supaya melayari laman web PERKESO, www.perkeso.gov.my bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung faedah SIP atau PENJANA dan juga tatacara membuat permohonan," katanya.

Dalam pada itu, PERKESO memaklumkan sedia membantu kakitangan syarikat penerbangan yang terjejas ekoran diberhentikan dan penutupan operasi syarikat, menerusi faedah dibawah SIP serta PENJANA.

Agensi itu memaklumkan, SIP PERKESO menyediakan perlindungan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan dengan penggantian pendapatan menerusi elaun mencari pekerjaan untuk tempoh satu hingga enam bulan.

"Untuk meningkatkan kebolehpasaran pekerja yang kehilangan pekerjaan, PERKESO menyediakan latihan vokasional dan kemahiran bagi mengukuhkan kepakaran dan pengetahuan mereka.

"Kursus latihan dan kemahiran dibiayai PERKESO sehingga RM4,000 manakala peserta akan menerima elaun latihan sebanyak RM10 hingga RM20 sehari untuk tempoh maksimum enam bulan" kata kenyataan itu.

PERKESO juga katanya, akan menyalurkan bantuan melalui inisiatif PENJANA iaitu Program Insentif Pengambilan Pekerja menerusi platform MYFutureJobs, yang menyediakan latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran.

Katanya, majikan yang menggajikan pekerja melalui program ini, boleh menghantar pekerja mereka menjalani kursus latihan secara percuma untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan tugas baru.

"Seperti kebiasaannya, PERKESO mengambil tindakan proaktif dalam menyalurkan bantuan kepada pekerja walaupun mereka belum mengemukakan permohonan faedah kepada PERKESO.

"Baru-baru ini, PERKESO melaksanakan satu program temuduga terbuka secara maya pada 22 dan 23 Oktober walaupun pekerja belum mengemukakan lagi borang permohonan untuk faedah SIP," katanya
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,273
Points
201
Ahli MATTA Negeri Sembilan kerugian RM2 juta

SEREMBAN: Kira-kira 95 peratus peserta industri pelancongan yang bernaung di bawah Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawangan Negeri Sembilan menanggung kerugian lebih RM2 juta berikutan pembatalan tempahan dan perkhidmatan akibat pandemik COVID-19.

Pengerusi MATTA Negeri Sembilan, Lee Fook Moi, berkata kerugian itu membabitkan pembatalan perkhidmatan bagi tempoh antara September hingga Disember 2020.

Katanya, pembatalan perkhidmatan itu kebanyakan membabitkan aktiviti pengangkutan, penginapan rumah inap, hotel dan resort serta pengembaraan di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.

"Berbanding pada Mac hingga Julai, tiada tempahan diterima kerana sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, bagaimanapun sejak Ogos iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP), ahli MATTA mula menerima tempahan bagi pelbagai perkhidmatan.

"Bagaimanapun penularan wabak COVID-19 yang melanda di Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) hingga mewujudkan gelombang ketiga di negara ini, menyebabkan kesemua

tempahan bagi perkhidmatan pelancongan dan pengembaraan dibatalkan.

"Seramai 100 pengusaha yang juga ahli MATTA merasai keperitan apabila aktiviti perniagaan hakiki mereka tersekat kesan daripada pandemik," katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai nasib dan masa depan usahawan yang bernaung di bawah MATTA di negeri ini susulan penularan wabak COVID-19 yang memberi kesan langsung kepada sektor pelancongan.

Mengulas lanjut, Fook Moi berkata, pembatalan tempahan dan perkhidmatan yang mendadak menyebabkan syarikat pelancongan dalam kalangan ahli MATTA negeri ini menanggung kerugian besar.

Beliau berkata, sebelum ini pengusaha sektor pelancongan menjadi antara penyumbang terbesar dalam menjana ekonomi negara.

Berikutan itu katanya, terdapat kalangan sebahagian ahli persatuan itu terpaksa beralih arah menceburkan diri dalam bidang perniagaan lain seperti makanan bagi menjana semula ekonomi.

"Kami (MATTA) tidak dapat membantu dari segi kewangan, walaupun ada kalangan usahawan terbabit yang mungkin terpaksa gulung tikar ekoran tidak mampu menampung kos operasi selepas menanggung kerugian besar," katanya.

Fook Moi berkata, bantuan yang berupaya diberikan hanyalah dalam bentuk kursus dan kemahiran tertentu sebagai sokongan moral kepada mereka.

"Namun, MATTA Negeri Sembialan amat menghargai sokongan dan bantuan daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), yang sentiasa prihatin dengan impak diterima ahli persatuan ini," katanya.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,273
Points
201
Sektor pembuatan merosot pada Oktober

KUALA LUMPUR: Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi Pembuatan Malaysia IHS Markit susut bagi bulan keempat berturut-turut pada Oktober berikutan peningkatan kes COVID-19 dan kawalan pergerakan baharu untuk mengekang penularan jangkitan telah menjejaskan pemulihan sektor berkenaan.

IHS Markit berkata, petunjuk angka tunggal komposit bagi prestasi pembuatan itu susut kepada 48.5 daripada 49.0 pada September.

"Keluaran dan pesanan baharu berkurangan secara ketara berbanding yang direkodkan pada bulan sebelum ini manakala keyakinan perniagaan juga lemah," menurut firma penyedia maklumat itu dalam kenyataan hari ini.

Ia berkata, bacaan terkini menunjukkan prestasi sektor itu mencatatkan penurunan sederhana walaupun jauh lebih baik daripada yang direkodkan semasa pandemik itu memuncak.

Walaupun kaitan di antara PMI dengan data rasmi sebelum ini menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terus meningkat pada permulaan suku keempat 2020 namun keluaran pembuatan pula didapati tidak berubah dalam keadaan berlaku lonjakan kes COVID-19, menurutnya.

Lanjutan dan penguatkuasaan semula perintah kawalan pergerakan untuk membendung penularan jangkitan, dilaporkan sebagai faktor utama yang menjejaskan permintaan pasaran dan menentukan semula skala pengeluaran, kata IHS Markit.

Selain itu, firma penyedia maklumat terbabit turut menekankan bahawa aliran masuk pesanan baharu yang lemah mendorong syarikat mengurangkan kerja-kerja yang tertunggak.

Ini mendorong pengurangan ketara dalam perniagaan yang tertunggak sejak Disember 2018, katanya.

IHS Markit berkata, kekurangan tekanan kepada kapasiti mengakibatkan pekerjaan terus susut, walaupun kadar pengurangan pekerjaan terus lemah daripada catatan tinjauan pada Ogos.

Ia berkata, syarikat-syarikat juga mengatakan keengganan untuk meningkatkan pembelian dan mengekalkan inventori dalam persekitaran permintaan lemah justeru, bekalan barangan pembelian dan siap masing-masing susut pada Oktober.

Susulan permintaan terhadap input merosot, pengilang terus melaporkan kelewatan rantaian bekalan, dengan tempoh penghantaran oleh pembekal bertambah panjang sekali lagi pada awal suku keempat dalam keadaan sekatan akibat COVID-19 di Malaysia dan luar negara, katanya.

"Kekurangan bahan menyebabkan peningkatan kos input, walaupun kadar inflasi susut dan lebih tinggi berbanbing beberapa purata.

"Kadar inflasi harga keluaran juga merosot dan ia hanya kecil, memandangkan langkah melepaskan kos input lebih tinggi kepada pelanggan terganggu dengan penawaran potongan untuk cuba memperoleh pesanan baharu. Caj telah meningkat dengan sederhana bagi lima bulan terakhir," katanya.

Ia berkata, walaupun pengilang kekal yakin bahawa keluaran akan meningkat pada tahun akan datang, namun keyakinan semakin lemah selepas sembilan bulan pada September dalam keadaan kenaikan jumlah kes COVID-19 dan lanjutan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan.

Ketua Pakar Ekonomi Perniagaan IHS Markit, Chris Williamson, berkata pemulihan daripada penurunan ekonomi pada suku kedua menunjukkan petanda kehilangan momentum ketika negara bergerak ke arah suku keempat.

"Peningkatan kadar jangkitan COVID-19 dan kebimbangan berkaitan tindakan perintah kawalan pergerakan sekali lagi, di peringkat tempatan dan pasaran eksport, menjejaskan jumlah pesanan dan keyakinan perniagaan.

"Keyakinan terhadap tahun hadapan yang lemah pada Oktober dan kemerosotan jualan eksport mengakibatkan situasi pesanan suram," katanya.

Beliau berkata tekanan inflasi kekal baik walaupun bekalan terus berkurangan, dengan syarikat telah sedia giat untuk meningkatkan jualan.

"Kawalan kos kekal menjadi tumpuan, meskipun ia kembali mendorong kehiangan pekerjaan yang sederhana pada Ogos," katanya.

-BERNAMA
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,872
Reaction score
11,095
Points
1,906
Defisit fiskal bukan lagi kayu ukur untuk berbelanja, kata menteri

November 2, 2020 11:51 AM

FMT-YB-DATO-SRI-MUSTAPA-MOHAMED-MP-PH-PPBM-JELI-010719-1.jpg

Keperluan untuk berbelanja menyebabkan kerajaan memutuskan untuk tidak terlalu lihat kepada defisit fiskal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed.

PETALING JAYA: Defisit fiskal tidak lagi menjadi kayu ukur buat kerajaan persekutuan untuk berbelanja pada ketika negara terkesan dengan penularan wabak Covid-19, yang dilihat menjejaskan sumber pendapatan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata, tidak dinafikan sebelum wabak melanda, defisit fiskal salah satu faktor yang dilihat sebagai penentu kepada keupayaan kerajaan dalam membuat sebarang perbelanjaan.

“Kita perlu ikhtiar yang baru, berdasarkan ekonomi dunia dan berdasarkan hasil kita yang turun dengan mendadak. Satu masa, hasil kita kurang dan perlu untuk kita berbelanja, sebab itu kerajaan buat keputusan untuk memastikan jangan terlalu lihat kepada defisit fiskal.

“Ini sering kali yang kita dengar mengenai ruang fiskal, sudah pasti ini satu perkara yang bukannya kita harus ketepikan tetapi ia tidaklah se-relevan perkara ini berbanding sebelumnya. Ini perkara yang difikirkan kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Defisit fiskal merujuk kepada tindakan kerajaan berbelanja lebih daripada hasil yang diterimanya. Secara asasnya penting untuk Putrajaya mengurangkan defisit fiskal, jika tidak dilakukan ia akan menjejaskan kekuatan mata mata wang, serta memberi kesan kepada keyakinan pelabur dan menjejaskan import dan eksport.

Mustapa menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu (PH-PKR), Saifuddin Nasution Ismail, yang memintanya menjelaskan apakah ikhtiar luar biasa akan dibawa Putrajaya hingga mewajibkan ia disokong semua pihak, ketika negara hadapi krisis seperti masalah pengangguran.

Terdahulu, Mustapa akui beberapa sektor seperti penerbangan dan pelancongan, sebelum ini menyumbang 16% kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), mengalami penguncupan yang amat teruk.
Bahkan menurut Mustapa, mengambil kira kedudukan ekonomi terkini, pertumbuhan ekonomi pada 2020 dianggar menguncup antara 5.5% hingga 3.5% pada tahun ini dan dijangka berkembang pada 2021 dalam lingkungan antara 5.5% hingga 8%.

“Pelancongan ini berkait rapat dengan sempadan dan kini ia ditutup umpamanya Johor dan Singapura. Kita sedia maklum, bagaimana besarnya penggantungan Johor kepada Singapura dan ia jejaskan ekonomi Johor. Menteri Besar Johor sudah bentangkan kertas kerja pada Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

“Memang sektor penerbangan dan pelancongan terkesan dan saya yakin Jumaat depan isu ini akan diutarakan dan cadangan yang dikemukakan oleh wakil-wakil rakyat pembangkang sedang meneliti. Benar kita hadapi masalah, bukan kita sahaja tetapi satu dunia,” katanya.

Mustapa turut yakin pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini bersifat sementara dan dijangka pulih pada tahun 2021. Baginya, beberapa petunjuk ekonomi pada Ogos dan Sept 2020 menunjukkan prestasi ekonomi lebih baik berbanding dengan prestasi separuh pertama 2020.

“Nilai jualan perdagangan borong dan runcit meningkat sebanyak 2.5% pada Ogos, jualan kereta penumpang meningkat 8% pada bulan Sept dan pasaran buruh kekal mencatatkan kadar pengangguran pada 4.7% bagi bulan Julai dan Ogos 2020,” katanya.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,273
Points
201
Hutang kerajaan Persekutuan naik kepada RM792 bilion

KUALA LUMPUR - Hutang kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM792 bilion pada tahun lalu berbanding RM741 bilion pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berkata, perkara itu didedahkan Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dalam taklimat berhubung Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, angka itu sekali gus menjadikan nisbah hutang kepada Keluaran Negara Kasar (KDNK) berada pada paras 52.5 peratus berbanding 51.2 peratus pada 2018.

Beliau berkata, jumlah liabiliti persekutuan adalah sebanyak RM1,080 bilion bersamaan 71.5 peratus nisbah liabiliti kepada KDNK.

"Sebanyak 59.9 peratus atau RM82 bilion daripada jumlah Terimaan Pinjaman Baharu berjumlah RM138 bilion telah digunakan untuk Bayaran Prinsipal Pinjaman Dalam Negeri.

"Hanya 29.7 peratus atau RM41.15 bilion digunakan untuk tujuan perbelanjaan pembangunan. Situasi sebegini haruslah diperbaiki," katanya pada sidang akhbar di Dewan Rakyat hari ini.

Hadir sama, Naib Pengerusi PAC, Datuk Azizah Mohd Dun, ahli PAC iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Nurul Izzah Anwar.

Sementara itu, Nik Azman meluahkan kebimbangan beliau kerana hampir 60 peratus pinjaman baharu digunakan untuk membayar hutang sedia ada.

"Hanya sebahagian kecil iaitu 29.7 peratus sahaja disalurkan kepada pembangunan.

"Jadi dalam perbincangan tadi kita cadangkan agar perbelanjaan pembangunan hendaklah digunakan secara lebih produktif supaya projek yang dibiayai mempunyai kesan berganda yang tinggi, menjana kegiatan ekonomi dan memberi lebih nilai pada wang," katanya.

Tambahnya, jika keadaan itu berterusan, berdasarkan unjuran negara dijangka terpaksa membayar hutang sebanyak RM10 bilion pada 2034 berbanding purata RM2.4 bilion ketika ini.

Menurut beliau, sejumlah RM3.9 bilion peruntukan pembangunan dan peruntukan mengurus pada tahun lalu telah disalurkan kepada 11 syarikat bagi membayar balik pinjaman yang dijamin kerajaan.

"Selain itu, peruntukan pembangunan berjumlah RM1.38 bilion disalurkan kepada dua daripada 11 syarikat yang tidak melaksanakan projek pembangunan.

"Bagi syarikat yang tiada projek pembangunan, ia tidak beri kesan berganda (kepada ekonomi), maknanya ia tidak menjana kegiatan ekonomi.

"Yang itu kita khuatir kerana walaupun ia tidak melanggar undang-undang tetapi tidak selaras dengan Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966," katanya.

Berikutan itu, katanya, pihaknya mencadangkan agar kerajaan memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan yang boleh dituntut.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...kerajaan-Persekutuan-naik-kepada-RM792-bilion
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,804
Reaction score
2,071
Points
201
Hutang kerajaan Persekutuan naik kepada RM792 bilion

KUALA LUMPUR - Hutang kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM792 bilion pada tahun lalu berbanding RM741 bilion pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berkata, perkara itu didedahkan Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dalam taklimat berhubung Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, angka itu sekali gus menjadikan nisbah hutang kepada Keluaran Negara Kasar (KDNK) berada pada paras 52.5 peratus berbanding 51.2 peratus pada 2018.

Beliau berkata, jumlah liabiliti persekutuan adalah sebanyak RM1,080 bilion bersamaan 71.5 peratus nisbah liabiliti kepada KDNK.

"Sebanyak 59.9 peratus atau RM82 bilion daripada jumlah Terimaan Pinjaman Baharu berjumlah RM138 bilion telah digunakan untuk Bayaran Prinsipal Pinjaman Dalam Negeri.

"Hanya 29.7 peratus atau RM41.15 bilion digunakan untuk tujuan perbelanjaan pembangunan. Situasi sebegini haruslah diperbaiki," katanya pada sidang akhbar di Dewan Rakyat hari ini.

Hadir sama, Naib Pengerusi PAC, Datuk Azizah Mohd Dun, ahli PAC iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Nurul Izzah Anwar.

Sementara itu, Nik Azman meluahkan kebimbangan beliau kerana hampir 60 peratus pinjaman baharu digunakan untuk membayar hutang sedia ada.

"Hanya sebahagian kecil iaitu 29.7 peratus sahaja disalurkan kepada pembangunan.

"Jadi dalam perbincangan tadi kita cadangkan agar perbelanjaan pembangunan hendaklah digunakan secara lebih produktif supaya projek yang dibiayai mempunyai kesan berganda yang tinggi, menjana kegiatan ekonomi dan memberi lebih nilai pada wang," katanya.

Tambahnya, jika keadaan itu berterusan, berdasarkan unjuran negara dijangka terpaksa membayar hutang sebanyak RM10 bilion pada 2034 berbanding purata RM2.4 bilion ketika ini.

Menurut beliau, sejumlah RM3.9 bilion peruntukan pembangunan dan peruntukan mengurus pada tahun lalu telah disalurkan kepada 11 syarikat bagi membayar balik pinjaman yang dijamin kerajaan.

"Selain itu, peruntukan pembangunan berjumlah RM1.38 bilion disalurkan kepada dua daripada 11 syarikat yang tidak melaksanakan projek pembangunan.

"Bagi syarikat yang tiada projek pembangunan, ia tidak beri kesan berganda (kepada ekonomi), maknanya ia tidak menjana kegiatan ekonomi.

"Yang itu kita khuatir kerana walaupun ia tidak melanggar undang-undang tetapi tidak selaras dengan Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966," katanya.

Berikutan itu, katanya, pihaknya mencadangkan agar kerajaan memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan yang boleh dituntut.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...kerajaan-Persekutuan-naik-kepada-RM792-bilion
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
gali lubang tutup lubang.....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register