BTC USD 42,729.1 Gold USD 1,765.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kegawatan lebih buruk daripada krisis 1998 - Datuk Seri Mustapa Mohamed

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,098
Reaction score
5,510
Points
721

Banyak pengedar kenderaan dijangka gulung tikar​


KUALA LUMPUR: Banyak pengedar kenderaan dijangka terpaksa menutup perniagaan jika terus tidak dibenarkan untuk beroperasi dalam tempoh terdekat.


Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata pihaknya menerima banyak aduan terutama daripada pengedar kecil mengatakan mereka sudah tidak mampu untuk bertahan lagi dari segi aliran tunai ketika ini.


Katanya, jika situasi ini terus berlanjutan untuk tempoh sebulan lagi dan pengedar masih tidak dibenarkan beroperasi, banyak pengedar yang akan menutup perniagaan dan memberhentikan pekerja mereka.


"Begitu juga dengan pengedar besar, mereka juga turut terjejas dan mungkin hanya boleh bertahan sehingga Oktober ini sahaja jika kerajaan masih menutup operasi sektor automotif.

"Ini turut termasuk mereka yang terbabit dalam jualan motorsikal dan komponen serta alat ganti kereta.


"Kami telah beberapa kali merayu kepada kerajaan, menyuarakan kepentingan untuk membenarkan operasi pemasangan dan jualan diteruskan dengan prosedur yang lebih ketat, jika bukan 100 peratus kapasiti pun, tetapi 60 peratus pun sudah memadai," katanya pada taklimat media maya membentangkan prestasi sektor automotif negara bagi 1H21.


Sementara itu ditanya mengenai masalah kekurangan cip yang sedang dihadapi ketika ini, Aishah berkata, banyak jenama terkesan dengan masalah ini dan ada yang mengalaminya dengan lebih teruk.


Katanya, jika dalam tempoh tiga, empat bulan masalah kekurangan cip ini masih berlaku, ia boleh menjejaskan jualan kenderaan dalam negara untuk tahun ini.


"Kita berharap situasi ini akan bertambah lebih baik pada suku ketiga ini. Masalah ini sememangnya berlaku di Malaysia dan juga global," katanya.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,098
Reaction score
5,510
Points
721

Pelabur yakin kemampuan Malaysia tangani krisis​


"Pengukuhan pasaran saham dan mata wang tempatan ketika ini sebahagiannya disumbangkan oleh sentimen positif pelabur yang masih yakin dengan trek rekod cemerlang Malaysia mengatasi krisis," kata ahli ekonomi.

Pasaran saham tempatan meneruskan rentak cemerlangnya apabila penanda aras utama Bursa Malaysia kembali berada di atas 1,600 mata pada Isnin selepas kemelut politik dalam negara berakhir dengan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Ringgit pula meningkat sejak minggu lalu dengan sentimen positif pelabur antara lain turut dipengaruhi oleh perkembangan politik domestik yang lebih meyakinkan.

Penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata Malaysia masih menjadi tarikan utama pelabur asing dan tempatan kerana sudah terbukti berupaya bangkit daripada kemelesetan, malah mencapai tahap lebih tinggi berbanding sebelum krisis.

"Inilah yang menjadi sandaran keyakinan kepada rakyat dan pelabur untuk bersifat positif terhadap pasaran setiap kali Malaysia melalui krisis," katanya kepada BH.

Beliau menjelaskan, sentimen pelabur terjejas sebelum ini berikutan ketidakstabilan politik yang memuncak sehinggalah peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan negara pada masa itu dalam krisis berganda iaitu kesihatan, ekonomi serta politik.

Justeru, katanya, pembentukan kepemimpinan baharu melegakan ramai pihak selepas melalui tempoh ketidaktentuan yang berterusan selama beberapa bulan.

"Harapan besar juga diberikan kepada kerajaan baharu untuk memulihkan Malaysia dan bangun semula secepat mungkin dalam tempoh 100 hari seperti yang disasarkan oleh Perdana Menteri dalam ucapan pengumumannya membentuk barisan Kabinet baharu," katanya.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pasaran modal seperti pasaran saham dan pasaran bon amat mementingkan kestabilan politik kerana ia penting dari sudut penggubalan dan pelaksanaan dasar, terutama berkaitan ekonomi.

"Sekiranya, kestabilan politik dapat dibentuk dan dipastikan, sudah tentu ia memberi keyakinan kepada pelabur bahawa negara mempunyai hala tuju yang jelas, khususnya dalam konteks mengekang penularan wabak COVID-19, program pemvaksinan serta proses untuk membuka ekonomi.

"Seharusnya kestabilan akan menterjemahkan peningkatan harga saham disebabkan dasar yang jelas bakal memberi keuntungan yang tinggi kepada peniaga termasuk syarikat yang disenaraikan.

"Perkara ini sudah tentu akan meningkatkan penilaian saham yang disenaraikan," katanya.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,098
Reaction score
5,510
Points
721

Aktiviti perniagaan merosot enam bulan pertama 2021​


KUALA LUMPUR: Aktiviti perniagaan merosot pada separuh pertama tahun ini di tengah-tengah pelaksanaan sekatan pergerakan akibat COVID-19 yang memberi tekanan berterusan kepada sektor pembuatan.

Menurut Kaji Selidik Persekitaran Perniagaan FMM-MIER (FMM BCI) Edisi Ke-19, sektor pembuatan melaporkan bahawa aktiviti perniagaan merosot mendadak bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Kajian dwi tahunan dengan kerjasama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mendapati indeks aktiviti perniagaan umum berada pada 65 mata, merosot mendadak di bawah nilai ambang tahap keyakinan iaitu 100 mata dan kurang 36 mata daripada separuh kedua 2020.

"Sejumlah 54 peratus responden melaporkan penurunan aktiviti perniagaan pada separuh pertama 2021 berbanding hanya 37 peratus pada enam bulan kedua 2020.

"Jualan tempatan menunjukkan prestasi lebih buruk berbanding eksport pada separuh pertama 2021," katanya.

Kaji Selidik FMM BCI meliputi 687 responden di seluruh negara dilaksanakan dari 16 Julai hingga 16 Ogos 2021.

Menurut kaji selidik itu, penjualan lebih rendah mempengaruhi pengeluaran dan penggunaan kapasiti dengan indeks semasa berada di bawah tahap keyakinan dengan margin meluas berbanding separuh kedua 2020.

Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai, berkata bagi tempoh separuh kedua tahun ini, persekitaran perniagaan dijangka kekal kurang memberangsangkan berikutan timbul ketidakpastian terhadap ekonomi dan prospek perniagaan pada masa depan.

"Aktiviti perniagaan bagi separuh kedua 2021 dijangka kekal perlahan sebagaimana enam bulan pertama tahun ini.

"Indeks untuk aktiviti perniagaan dijangka turun kepada 60 daripada 87 mata sebelumnya, dengan 55 peratus responden menjangka perniagaan mereka akan perlahan sepanjang tahun ini.

"Hanya 15 peratus responden positif bahawa perniagaan mereka akan meningkat tidak lama lagi," katanya.

Thian Lai berkata, jualan yang lemah turut menjejaskan prospek pengeluaran dan penggunaan kapasiti dengan kedua-dua indeks bagi indikator terbabit, masing-masing susut kepada 62 dan 60 mata.

"Sektor pekerjaan dijangka mendatar dalam tempoh beberapa bulan akan datang, seperti yang ditunjukkan oleh indeks dengan jangkaan pekerjaan berada 87 mata, merosot di bawah nilai ambang tahap keyakinan kali ini.

"Ini menunjukkan pekerjaan dalam sektor pembuatan sukar lebih sukar diperoleh dalam beberapa bulan mendatang.

"Satu perempat daripada responden berhasrat mengurangkan tenaga kerja, sementara 12 peratus merancang meningkatkan jumlah pekerja dan baki 63 peratus akan mengekalkan tenaga kerja," katanya
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,098
Reaction score
5,510
Points
721
TINJAUAN_JALAN_TAR___JALAN_MASJID_INDIA_1631001328.jpg


200,000 perniagaan berdepan risiko 'gulung tikar'​


KUALA LUMPUR: Kaji selidik terkini oleh Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia menunjukkan kira-kira 200,000 perniagaan berpotensi untuk ditutup sepenuhnya jika sekatan pergerakan yang masih dilaksanakan di sebahagian negeri berterusan sehingga akhir tahun ini.

Jika angka itu menjadi kenyataan, kira-kira sejuta pekerja berkemungkinan kehilangan pekerjaan, mengambil kira setiap PKS terbabit secara purata mempunyai lima kakitangan.

Naib Presiden Persatuan PKS Malaysia, Chin Chee Seong, berkata pandemik COVID-19 yang mula melanda negara sejak awal tahun lalu memberi impak berterusan kepada PKS sehingga hari ini.

Malah, beliau menegaskan situasi semakin meruncing kerana PKS secara dasarnya sedang berada dalam situasi terburuk berikutan pelbagai sekatan yang menghalang perniagaan dijalankan seperti sebelum ini.

Justeru, katanya majoriti tidak mampu lagi bertahan seandainya sektor ekonomi tidak dibuka sepenuhnya oleh kerajaan dalam tempoh terdekat.

"Kerajaan wajar memberi kelonggaran yang bertepatan dengan kehendak PKS bagi kelangsungan perniagaan, sekali gus juga pertumbuhan ekonomi negara.

"Prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan perlu diperhalusi secara bersama. Sebagai contoh, pekerja yang sudah mendapat satu dos vaksin dibenarkan untuk kembali bekerja.

"Ini kerana, jika mereka tidak dibenarkan dan perlu menunggu sehingga mendapatkan dos lengkap vaksin, ia akan menjejaskan operasi PKS khususnya yang terbabit dalam sektor makanan dan minuman (F&B)," katanya kepada BH.

Chee Seong berkata, kaji selidik yang dibuat Persatuan PKS Malaysia pada bulan lalu yang membabitkan 1,100 PKS menunjukkan, 54 peratus responden terpaksa menghentikan operasi perniagaan mereka ketika ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 25 peratus mengambil langkah penutupan sehingga tempoh sekatan pergerakan berakhir; 23 peratus pula menutup operasi sehingga mendapat SOP baharu yang sesuai dan enam peratus bakal menutup operasi secara berkekalan.

Katanya, langkah itu terpaksa diambil disebabkan oleh pelbagai faktor seperti peningkatan kos bagi mematuhi SOP (22 peratus), sukar beroperasi dengan kapasiti pekerja hanya 60 peratus (13 peratus) dan tidak mendapat kelulusan beroperasi walaupun berada dalam kategori perkhidmatan penting sebanyak 18 peratus.

"Seramai 47 peratus pula menutup operasi disebabkan pelbagai perkara lain seperti penurunan pendapatan, ketiadaan jualan, perniagaan berada dalam kategori perkhidmatan tidak penting dan penurunan aliran tunai yang drastik," katanya.

Chee Seong menambah, dari segi prestasi perniagaan 32 peratus responden menyatakan perniagaan mereka merosot sebanyak lebih 75 peratus pada bulan Mei, Jun dan Julai tahun ini berbanding bulan sama tahun lalu.

"25 peratus responden pula merekodkan penurunan prestasi perniagaan sepenuhnya dan 22 peratus pula merekodkan kejatuhan operasi sebanyak 50 peratus," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kebanyakan PKS, atau 58 peratus responden juga akan mengambil langkah memberhentikan pekerja jika keadaan masih berterusan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 26 peratus akan bertindak mengurangkan 30 peratus pekerja; 18 peratus akan mengambil langkah pengurangkan lebih separuh pekerja manakala 14 peratus kurang daripada 50 peratus.

"45 peratus perniagaan akan mengambil langkah penutupan sementara atau kekal jika perniagaan mereka masih tidak dapat beroperasi atau menunjukkan peningkatan prestasi dalam tempoh tiga bulan terakhir ini," katanya.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register