Covid-19 Kegawatan lebih buruk daripada krisis 1998 - Datuk Seri Mustapa Mohamed

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,273
Points
201
672286.jpg


WABAK koronavirus (Covid-19) yang baru menular sejak kira-kira tiga bulan lalu sudah melumpuhkan banyak ekonomi negara di seluruh dunia.

Krisis kesihatan itu memaksa lebih 3.9 bilion penduduk bumi dikuarantin di rumah masing-masing sehinggakan kegiatan ekonomi seolah-olah terhenti.

Kesan daripada wabak Covid-19, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berpendapat Malaysia mungkin mengalami kemelesetan ekonomi yang lebih teruk daripada krisis kewangan 1998-1999.

Lebih teruk lagi beliau memberitahu, bagi setiap AS$1 penurunan harga minyak mentah dunia sekarang, pendapatan Malaysia daripada hasil petroleum akan berkurangan kira-kira RM300 juta.

Dalam wawancara bersama Sinar Ahad menerusi e-mel minggu ini, Mustapa turut berkongsi pandangannya mengenai perubahan gaya hidup rakyat Malaysia ke arah pendigitalan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan.



Beliau juga menceritakan tentang jalan keluar yang dirancang kerajaan bagi mengurangkan impak berganda krisis kesihatan dan kemeseletan ekonomi yang berlaku sekarang.


SINAR HARIAN: Ramai orang berterima kasih dengan kerajaan yang mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion. Pertama, ramai yang bertanya dari mana tiba-tiba kerajaan ada duit sebanyak itu dan keduanya, jika Covid-19 terus berlarutan sehingga beberapa bulan lagi, sampai bilakah kerajaan mampu memberi bantuan kepada rakyat?

MUSTAPA: Alhamdulillah, secara keseluruhannya kerajaan mendapat maklum balas yang positif daripada rakyat mengenai Pakej Prihatin, namun pada masa yang sama terdapat rungutan daripada beberapa pihak khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Kerajaan memberikan perhatian serius terhadap beberapa cadangan daripada PKS untuk diperincikan.

Prihatin melibatkan peruntukan sebanyak RM250 bilion. Dana RM25 bilion adalah daripada peruntukan kerajaan manakala RM50 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sebahagian besarnya adalah pengeluaran i-Lestari. Selebihnya kebanyakannya adalah daripada bank-bank.

Keseluruhan pakej rangsangan tersebut adalah untuk tempoh enam bulan. Bagaimanapun, kerajaan akan menilai semula keadaan ekonomi dari masa ke masa sepanjang krisis kesihatan ini berlaku. Kerajaan cuba sedaya upaya berusaha untuk memastikan tidak ada siapa pun yang akan tercicir dan ada makanan di atas meja rakyat.

Covid-19 telah mengubah gaya hidup dan ekonomi kita terutamanya dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila orang tidak keluar membeli-belah, bercuti dan sebagainya. Selepas PKP ini, bagaimana kita boleh pulih dan berapa lama jangkaan Datuk Seri ekonomi kita akan pulih?

Gaya hidup rakyat Malaysia sudahpun berubah akibat Covid-19. Penggunaan aplikasi semakin meluas. Apabila berlaku krisis ini, dunia digital semakin penting. Kita tidak boleh bergerak ke sana ke sini dengan bebas bagi memutuskan rangkaian penyebaran Covid-19. Namun kita dapat belajar satu perkara yang penting iaitu pendigitalan. Mesyuarat diadakan secara sidang video; bekerja dan belajar dari rumah serta menempah barangan melalui online.

Malaysia mempunyai kadar penembusan internet yang agak luas iaitu 86 peratus tetapi kadar penggunaan e-wallet masih rendah. Dahulu, sebelum pelaksanaan skim e-tunai, hanya sekitar lapan peratus tetapi kini mungkin meningkat sedikit. Negara seperti China lebih banyak menggunakan e-wallet daripada wang fizikal.

Dalam masa yang sama, kekurangan data menyukarkan kita merancang sesuatu keputusan, menangani krisis atau menyalurkan bantuan. Di sini pentingnya Big Data, tambahan pula dalam negara menuju Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Justeru, kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia harus meningkatkan keupayaan menggunakan teknologi maklumat.

Inilah pentingnya pendigitalan kerana keadaan sekarang amat dinamik. Kita tidak dapat menjangkakan secara khusus bila krisis kesihatan ini akan berakhir. Sebagai contoh, dahulu dijangkakan PKP akan tamat selama dua minggu tetapi sekarang dilanjutkan lagi dua minggu. Keadaan selepas ini kita tidak tahu lagi.

Kita memperkenalkan beberapa inisiatif untuk tempoh enam bulan. Ini tidak bermakna ekonomi akan pulih dalam tempoh tersebut. Sukar untuk kita membuat jangkaan.

Tabung Kewangan Antarabangsa dan pakar-pakar ekonomi tempatan sudah menyatakan terdapat tanda-tanda kemelesetan ekonomi yang akan melanda dunia termasuk Malaysia angkara wabak Covid-19. Bagaimana Datuk Seri melihat kesan Covid-19 ini, adakah kita bakal berdepan kegawatan ekonomi seteruk seperti tahun 1998?

Semasa krisis kewangan tahun 1997 dan 1998, pertumbuhan negara adalah -7.4 peratus. Pada tahun 2009, krisis kewangan berulang lagi dan pertumbuhan KDNK -1.5. Pertumbuhan ekonomi pada tahun ini sudah pasti lebih rendah berbanding sasaran awal sebanyak 4.3 peratus sehingga 4.8 peratus.

Bank Negara mengumumkan ekonomi negara akan berkembang antara -2 peratus sehingga 0.5 peratus. Justeru, dalam berhadapan dengan ketidaktentuan pada masa sekarang, kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memperkukuhkan daya tahan dan perlu memikirkan sumber pertumbuhan baharu supaya ekonomi kita terus kukuh dan mampan.

Keadaan sekarang amat berbeza berbanding dengan dua krisis sebelum ini. Pada masa ini, seluruh dunia berhadapan dengan krisis kesihatan dan semua pihak terjejas. Namun, dalam jangka sederhana dan panjang, asas ekonomi negara masih kukuh dengan sumber pertumbuhan yang pelbagai.

Dalam bisnes, aliran tunai sangat penting. Covid-19 menyebabkan sektor perniagaan daripada sektor korporat, PKS sehinggalah peniaga kecil terjejas. Apa yang mampu kerajaan lakukan untuk membantu sektor ini, pertama, bagi mengelakkan syarikat gulung tikar dan keduanya, tiada pembuangan pekerja?

Betul kita berhadapan dengan masalah mengelakkan syarikat gulung tikar dan seterusnya mengekang pembuangan pekerja. Kerajaan mendengar keluh-kesah daripada PKS. Libat urus dengan pihak terbabit diadakan secara berterusan. Insya-ALLAH dalam masa dua tiga hari lagi kerajaan akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi baharu khusus untuk PKS. Kerajaan dalam masa yang sama juga menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet yang bertujuan memastikan keseimbangan antara nyawa dan pekerjaan serta enjin ekonomi (economic engine) negara kita terus berjalan.

Melalui Prihatin, kerajaan telah menyediakan insentif-insentif untuk membantu PKS terus beroperasi. Contohnya, kerajaan menyediakan subsidi upah sebanyak RM600 sebulan selama tiga bulan untuk pekerja berpendapatan bawah RM4,000 dan majikan mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus sejak Januari 2020. Majikan perlu menjamin tiada pembuangan pekerja bagi tempoh tiga bulan selepas program ini.

PKS sama seperti seluruh rakyat Malaysia mendapat moratorium pinjaman selama enam bulan. KWSP juga menyediakan kemudahan rundingan majikan untuk mereka menangguhkan bayaran, menstruktur dan menjadual semula sumbangan majikan. Ini membantu mereka melancarkan aliran tunai.

Di bawah matlamat kedua Prihatin iaitu sokongan perniagaan, kerajaan telah menyediakan tambahan sebanyak RM3 bilion untuk Tabung Kemudahan Khas (SRF) bagi membantu PKS dengan penurunan kadar kepada 3.5 peratus.

Terdapat tambahan RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro dengan kadar faedah dua peratus tanpa cagaran serta pembiayaan sehingga RM300,000 untuk PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada empat tahun di bawah skim Bizmula-I dan Bizwanita-I.

Tumpuan kini diberikan kepada sistem penyampaian dan pelaksanaan bagi memastikan semua yang diumumkan oleh kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat dan kumpulan sasar.

Inti pati Prihatin adalah untuk tempoh enam bulan sahaja. Bagaimana jika kesan Covid-19 berlanjutan daripada tempoh itu, adakah kerajaan mempunyai rizab perbendaharaan yang mencukupi bagi menghadapi kesan jangka panjang Covid-19?

Sudah pasti keadaan kewangan sekarang amat mencabar. Tekanan kewangan amat dirasai oleh sektor isi rumah, perniagaan khususnya PKS dan kerajaan. Namun, kerajaan berusaha untuk menangani cabaran ini.

Kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) untuk melihat isu-isu ekonomi dari masa ke masa. EAC yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri diurusetiakan bersama oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan bagi merancang pelan ekonomi jangka panjang melangkaui pandemik Covid-19. Sumber kewangan akan digembleng melalui beberapa syarikat berkaitan kerajaan dan dana-dana lain.

Kerajaan mungkin membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan antara lain melalui pinjaman domestik sekiranya diperlukan. Seperti yang diputuskan oleh Menteri Kewangan, kerajaan tidak akan menggunakan rizab antarabangsa diurus Bank Negara Malaysia kerana penting untuk memastikan kelancaran aktiviti perdagangan antarabangsa.

Tiga industri paling terjejas teruk ialah industri penerbangan, pelancongan serta perhotelan. Apakah kerajaan ada rancangan khusus untuk menyelamatkan ketiga-tiga industri penting ini?

Yang paling terjejas teruk ialah industri penerbangan. Sebenarnya sektor-sektor ini mengalami pertumbuhan yang lembap sebelum pandemik Covid-19 lagi. Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air amat terkesan dengan keadaan ekonomi dunia ditambah dengan krisis kesihatan ini. Malah, semua syarikat penerbangan di dunia juga mengalami masalah yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Kerajaan melihat perkara ini dan akan merangka pelan khusus untuk industri penerbangan bagi memastikan mereka dapat terus beroperasi. Kerajaan telah menyediakan pelbagai pelan untuk membantu sektor yang terjejas ini. Sebagai contoh, Danajamin. Sebanyak RM50 bilion disediakan untuk menjamin pinjaman syarikat sehingga 80 peratus jaminan, dengan pinjaman melebihi RM20 juta untuk satu-satu syarikat.

Selain itu, pembayaran cukai pendapatan ditangguhkan selama tiga bulan manakala sumbangan kepada HRDF dikecualikan selama enam bulan. Penangguhan sumbangan KWSP oleh majikan akan dipertimbangkan mengikut kes. Selain Prihatin, kerajaan juga akan turut mengambil kira kesan Covid-19 kepada ketiga-tiga industri ini bagi membangunkan semula industri dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan pakej rangsangan ekonomi tambahan sebaik sahaja tempoh PKP tamat bagi membolehkan rakyat menjalani kehidupan seperti biasa?

Kerajaan sentiasa meneliti semua maklum balas daripada pelbagai pihak iaitu rakyat, sektor swasta dan PKS. Kementerian Kewangan, Urusetia EAC dan kementerian serta agensi lain akan terus mengadakan libat urus dengan pemegang taruh dalam merangka strategi bukan sahaja ketika pandemik Covid-19 tetapi juga pasca-Covid-19.

Bank Dunia meramalkan hanya dua negara di Asia Tenggara yang mengalami pertumbuhan negatif, iaitu Malaysia dan Thailand. Adakah Datuk Seri melihat Malaysia akan menepati ramalan Bank Dunia itu? Apakah kekuatan yang ada pada Malaysia untuk memastikan kita tidak terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi yang berpanjangan?

Bank Negara telah mengumumkan anggaran pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2020 adalah antara -2 sehingga 0.5 peratus. Keadaan amat sukar. Kesan ini dirasakan di seluruh dunia. Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva telah meramalkan dunia akan mengalami kemelesetan lebih teruk daripada tahun 2008-2009. Malah, bagi negara kita, saya berpendapat ia mungkin lebih teruk daripada krisis kewangan 1998-1999.

Namun, saya yakin dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh tokoh-tokoh dalam kerajaan dan swasta serta ahli akademik Malaysia, kita mampu untuk menangani cabaran ini. Kita tidak dapat jangkakan dengan tepat tetapi harapan kita keadaan akan beransur-ansur pulih pada hujung tahun ini atau awal tahun depan. Sudah pasti Bajet 2021 akan dirangka berdasarkan keadaan pada masa kini. Untuk jangka panjang, kerajaan sedang merangka RMK-12 dalam tempoh 2021-2025.

RMK-12 sudah tentu akan memberikan penekanan kepada kesan masalah yang dihadapi sekarang ke atas ekonomi negara. Apa pun matlamat kita untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama menjelang 2030 akan terus menjadi panduan bagi membentuk dasar-dasar dalam mengharungi cabaran-cabaran mendatang.

Sekarang ini kita tidak nafikan semua sektor terkesan tetapi dengan Malaysia bergantung kepada minyak sebagai sumber pendapatan sehingga 30 peratus, apakah komen Datuk Seri mengenai kejatuhan teruk harga minyak dunia sehingga mencecah AS$23 setong sekarang?

Bagi sebuah negara yang bergantung agak besar kepada hasil petroleum untuk menjana hasil kerajaan, sudah tentu Malaysia akan turut terkesan dengan perkara ini. Dalam hal ini, kerajaan menjangkakan bagi setiap kejatuhan harga minyak mentah dunia sebanyak AS$1 setong, pendapatan negara daripada hasil petroleum akan berkurangan kira-kira RM300 juta.

Kejatuhan harga minyak dunia di bawah AS$25 setong (daripada AS$62 setong yang dianggarkan semasa pembentangan Belanjawan 2020) memberi impak yang bukan kecil kepada pendapatan negara disebabkan dividen Petronas yang merosot dan cukai pendapatan petroleum (petroleum income tax) semakin berkurangan.

Berapa lama kerajaan menjangkakan tempoh pemulihan semula harga minyak mentah dunia dan adakah Belanjawan 2020 yang dibuat berasaskan harga minyak dunia AS$62 setong masih mampu direalisasikan kerajaan sepanjang tahun ini?

Kejatuhan harga minyak yang mendadak kali ini adalah disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu bekalan minyak mentah yang terlalu banyak di pasaran (oversupply), dan permintaan yang rendah (low demand). Dari segi bekalan, kegagalan mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada awal Mac 2020 dalam mencapai resolusi untuk meneruskan kerjasama pengurangan pengeluaran minyak mentah, terutama antara Arab Saudi dan Rusia, telah menyebabkan berlakunya lambakan bekalan minyak mentah di pasaran. Amerika Syarikat juga pengeluar minyak terbesar.

Dalam masa sama, pertumbuhan permintaan minyak mentah dunia turut berada pada kadar yang amat lemah hari ini akibat kemerosotan ekonomi dunia yang merudum disebabkan oleh penularan Covid-19.

Pelbagai sektor yang menggunakan minyak seperti pengangkutan, penerbangan dan perindustrian telah banyak terkesan oleh penularan wabak Covid-19 sekali gus menyebabkan pasaran minyak dunia menjadi tidak seimbang. Keadaan ini adalah baik untuk pengguna menikmati harga lebih rendah tetapi bagi kerajaan, ia menjejaskan hasil serta eksport.

Kedua-dua faktor ini telah memberi impak yang mendalam kepada harga minyak dunia. Oleh itu, pihak kerajaan menjangkakan tempoh untuk harga minyak dunia pulih semula akan mengambil masa lebih lama berbanding dengan sebelum ini. Harga purata minyak mentah dunia dianggarkan akan berada pada paras AS$35-AS$45 setong bagi tahun 2020 dan 2021.

PROFIL

Datuk Seri Mustapa Mohamed

Jawatan sekarang:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

Asal: Bachok, Kelantan

Umur: 70 tahun (1950)

Nama panggilan: Tok Pa

Pendidikan: Sarjana Pembangunan Ekonomi, Universiti Boston, Amerika Syarikat (1982); Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Melbourne, Australia (1973)

Politik: Ahli Parlimen Jeli (2004 hingga kini)

Pengalaman:

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2013-2018)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2008-2009)

Menteri Pengajian Tinggi (2006-2008)

Menteri Kewangan Kedua (1998-1999)

Menteri Pembangunan Usahawan (1995-1998)

 
Last edited:
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,273
Points
201
Prihatin melibatkan peruntukan sebanyak RM250 bilion. Dana RM25 bilion adalah daripada peruntukan kerajaan manakala RM50 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sebahagian besarnya adalah pengeluaran i-Lestari. Selebihnya kebanyakannya adalah daripada bank-bank.
RM 250 B - RM 50B - RM25B = RM 175 B (Bank-bank) ... Siapa kata bank-bank kapitalis ni tak tolong kita semua :D
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,872
Reaction score
11,095
Points
1,906
Ada orang bertanya saya, adakah Dr. merasakan bahawa kesan daripada berlakunya covid19 ni akan membawa kepada kemelesetan ekonomi lebih daripada krisis ekonomi global (global economic crisis) tahun 2008?

Pada pandangan saya, kemelesetan ini akan lebih daripada tahun 2008, bahkan berkemungkinan ianya akan lebih daripda great depression tahun 1930. Pada tahun-tahun tersebut, krisis yang berlaku adalah krisis kewangan. Tiada seberang isu kesihatan (health crisis). Pada tahun-tahun yang disebutkan di atas, apabila correction berlaku kepada ekonomi, maka ekonomi bangkit kembali. Namun apa yang berlaku kini, krisis bukan sahaja kewangan, bahkan lebih utama lagi ialah krisis kesihatan (health crisis). Even negara besar seperti US, UK dll, sehingga sekarang, masih tidak mampu respon dengan baik dalam menghadapi situasi kesihatan ini. Jadi, sebelum kita boleh fikir bagaimana correction boleh dilakukan ke atas ekonomi, krisis kesihatan ini mesti ditangani terlebih dahulu. Masalahnya, untuk mengatasi krisi kesihatan ini, efeknya adalah direct kepada ekonomi (efek kepada "supply and demand", "supply chain-domestic and international", "import and export", etc).

Lebih memeritkan lagi ialah, untuk mengatasi krisis kesihatan ini, ia mesti bersifat global, bukan lagi lokal. Ini adalah kerana, jika kita berjaya menyelesaikan krisis ini di dalam sesuatu negara, apabila boarder negara tersebut dibuka semula, kes ini mungkin akan diimport daripada negara lain, dan cyclenya akan berulang. Jadi, keadaannya agak rumit. Sanggupkah saudara travel kembali ke luar negara secara aman, sebaik sahaja PKP ini dihentikan? Saya rasa kalau terpaksa travelpun, saudara akan amat berhati-hati.

Oleh kerana itulah saya merasakan jika krisis kesihatan ini berlarutan, ia mungkin akan membawa kepada krisis ekonomi yang mungkin akan lebih besar daripada great depression 1930. Saya berdoa kepada Allah SWT agar ianya tidak berlaku. Hanya Allah SWT sahajalah Pelindung kita semua.

Bersedialah untuk satu norma baru ekonomi dunia selepas ini. Terdapat ekonomis yang memberi istilah "next normal" atau "new normal" Banyak negara mungkin akan reboot kembali wawasan ekonomi mereka. Saya akan menulis lagi untuk andaian-andaian saya terhadap norma-norma baru ekonomi ini kemudian nanti. Juga berkenaan dengan food security, insya Allah.

Aznan Hasan
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,273
Points
201
Kerajaan bersedia kemungkinan selepas Covid-19

KUALA LUMPUR- Kerajaan, yang menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19) yang tidak pernah berlaku sebelum ini, bersedia untuk sebarang kemungkinan untuk memastikannya mendahului jangkaan selepas Covid-19.

Dalam temu bual khas dengan stesen radio RTM, TraXX FM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) telah memulakan usaha mengenai pelan pemulihan selepas Covid-19 dan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan untuk menghasilkan pelan draf yang akan dikeluarkan dalam tempoh beberapa minggu.

“Keadaan selepas Covid-19 akan menjadi dunia baharu dan Malaysia baharu, apabila terdapat lebih banyak persidangan video, orang bekerja dari rumah dan lebih ramai yang akan berhati-hati mengenai kesihatan mereka.

“Sikap pengguna akan berubah apabila terdapat lebih banyak pendigitalan dan e-dagang,” katanya, sambil menambah Malaysia akan terus melaksanakannya dengan baik tetapi ia perlu membuat beberapa perubahan asas.

Walaupun berdepan dengan keadaan di luar jangkaan, Mustapa berkata, kerajaan telah mempelajari banyak perkara dan mengenal pasti kelemahan yang boleh ditambah baik seperti pangkalan data mengenai perusahaan mikro seperti penjaja jalanan, yang menjadikannya sukar kepada kerajaan untuk membantu mereka dalam situasi ini.

Selain itu, katanya pandemik tersebut turut mendedahkan beberapa kelemahan dari segi pendigitalan walaupun negara mencatatkan kadar penembusan jalur lebar yang tinggi.

“Kami mula menyaksikan beberapa kelemahan di sini dan di sana. Misalnya, dari segi e-dagang dan pendigitalan, kita jauh ketinggalan. Kita perlu lebih agresif,” katanya.

Mustapa berkata, ia telah menjadi satu bulan yang sukar kepada kerajaan baharu, menangani antara mengurangkan impak ekonomi daripada Covid-19, mengekalkan kesihatan awam dan kemerosotan harga minyak dunia.

Dalam akaun Twitter rasmi pasukan komunikasinya semalam, katanya menteri itu bekerja hingga lewat malam di Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk menghadiri Mesyuarat peringkat Menteri Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC (Luar Biasa) Kesembilan melalui telepersidangan.

“Bekalan yang meningkat dan permintaan yang merosot dalam beberapa minggu ini telah mengejutkan pasaran minyak dunia. Berharap kepada penyelesaian yang baik," kata beliau.

Mustapa berkata, mesyuarat telepersidangan itu, yang bermula pada 11 malam semalam akhirnya berakhir pada 8.30 pagi ini, mungkin mesyuarat paling lama yang beliau pernah hadiri. -Bernama
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,273
Points
201
-kd--central-bank-malaysia.jpg


Malaysia economy contracts 17.1% in 2nd quarter, worst slump since 1998 financial crisis



KUALA LUMPUR: Hard hit by the COVID-19 pandemic, Malaysia's gross domestic product fell by 17.1 per cent in the second quarter of 2020.

According to the Department of Statistics, this was the Malaysian economy’s worst performance since the height of the Asian financial crisis in 1998.

Central bank governor Nor Shamsiah Yunus said in a press conference on Friday (Aug 14) that the sectors worst hit by the pandemic were tourism, manufacturing and investment.

She said it was “always expected” for growth in the second quarter to be weak.

“Although the economy has been badly affected, the gradual reopening from May 4 provided some relief and some signs of recovery,” she said.

When asked why the Malaysian economy, which is the third-largest in Southeast Asia, has been hit harder than others in the region, the governor explained that it was primarily due to the Movement Control Order (MCO).

“The COVID-19 pandemic had a devastating impact on the economy and this can be influenced by three key factors. In Malaysia, if you recall, a nationwide MCO was imposed and research shows that Malaysia was the strictest in the region (in implementing control measures) at least until the first week of June. In comparison, South Korea, for example, eased its restrictions mid-April."

She added that as people had complied strictly with the movement restrictions, this took a toll on the economy.

The governor said that another factor was a sharp decline in tourism arrivals. She said the situation was the worst in April.

“Since the (COVID-19) cases declined, economic activities began expanding in May and further improving in June.

“I am cautiously optimistic that the worst is behind us,” she said.

Following this record contraction of the economy, the governor added that the central bank was projecting a full year contraction of between 3.5 per cent and 5.5 per cent. However, growth is expected to rebound to between 5.5 per cent and 8.8 per cent in 2021.

Earlier this month, Minister of Finance Tengku Zafrul Aziz said he expected the GDP figure to be affected by the implementation of the MCO.

"Having said that, we are not alone as the COVID-19 is a global pandemic; more than 150 countries in the world will face an economic contraction in 2020," he was reported as saying.

As for the third quarter, Mr Tengku Zafrul said the result will depend on how the country handles the pandemic.

"If we can sustain the growth, 3Q20 should be better than 2Q20, though 4Q20 will also depend on how the global economy has improved because, as you know, we are a very open economy and we are very much part of the global supply chain," he said.

Malaysia had its first case of COVID-19 on Jan 24 when three Chinese nationals tested positive for the virus.

The first wave which happened between Jan 24 to Feb 15 had a total of 22 cases, 12 of which had a travel history to other affected countries.

However, following a mass religious gathering between Feb 27 to Mar 1, the number of cases began rising rapidly, leading to a second wave.

As a result, Prime Minister Muhyiddin Yassin in a televised address announced the MCO which essentially required the ceasing of all activities except for those deemed as essential services. The first phase of the MCO was between Mar 18 and Mar 31.


The prime minister later announced four more phases of the MCO, which was relaxed to a conditional MCO on May 4, under which certain business sectors were allowed to restart operations.

As the COVID-19 situation improved further, Mr Muhyiddin announced in early June that the country would enter a recovery MCO phase, where all businesses were allowed to resume operations under strict measures.

The recovery MCO is slated to end on Aug 31.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,273
Points
201
79,737 hilang pekerjaan tahun ini

KUALA LUMPUR: Berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 10 September lalu, seramai 79,737 orang hilang pekerjaan bagi tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata sewaktu pandemik COVID-19 melanda negara, kadar pengangguran meningkat kepada 3.9 peratus Mac lalu dari 3.3 peratus pada bulan sebelumnya.

Beliau berkata, kadar ini terus menunjukkan trend peningkatan pada April dan Mei lalu iaitu masing-masing pada 5.0 peratus serta 5.3 peratus.

"Bagaimanapun, kadar pengangguran pada Jun 2020 menurun kepada 4.9 peratus.

"Ini kerana, kebanyakan sektor ekonomi negara dibuka semula ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), sekali gus menggambarkan pemulihan awal pasaran pekerjaan negara.

"Trend yang sama dapat dilihat menerusi tuntutan kehilangan pekerjaan kepada SIP PERKESO, di mana tuntutan kehilangan pekerjaan menurun sebanyak 44 peratus pada Ogos tahun ini, kepada 9,261 orang berbanding 16,600 orang pada Julai 2020," katanya ketika berucap merasmikan Karnival PenjanaKerjaya di Hulu Selangor, hari ini.

Katanya, di Selangor sahaja seramai 2,254 orang hilang pekerjaan pada Ogos lalu, berbanding 4,163 orang pada Julai.

Bagi memastikan nasib dan hak rakyat dilindungi serta kadar pengangguran dapat dikurangkan, beliau berkata kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif pemulihan ekonomi negara yang disasarkan kepada pelbagai lapisan masyarakat serta sektor ekonomi.

"Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) yang diumumkan Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 juga amat tepat pada waktunya, bagi merangsang kewujudan pekerjaan dan permintaan pekerja oleh majikan

"Kerajaan menerusi peruntukan sebanyak RM1.5 bilion, yakin dan percaya ia mampu merancakkan pasaran kerja tempatan.

"Ia akan dilaksanakan menerusi insentif kewangan kepada majikan yang mengambil perantis, dan menggajikan pekerja tempatan, golongan mudah terjejas, iaitu orang kelainan upaya (OKU) atau peserta program 'Return to Work' PERKESO dengan bantuan antara RM600 dan RM1,000, untuk tempoh maksimum enam bulan," katanya.

Mengenai Program Insentif Pengambilan Pekerjaan atau Penjana Kerjaya, Saravanan berkata sejak ia bermula pada 15 Jun sehingga 10 September lalu, seramai 11,750 majikan mendaftar.

Dari jumlah itu, 7,196 majikan membuat pengambilan pekerja yang membabitkan 32,618 orang diambil bekerja.

"Saya dimaklumkan, di Selangor, 3,433 majikan sudah mendaftar di bawah program Penjana Kerjaya dan daripada jumlah itu, 2,030 majikan sudah menggajikan pekerja, manakala 8,045 orang berjaya mendapat pekerjaan di bawah program ini," katanya.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,273
Points
201
KDNK Malaysia diunjur berkembang 7.8 peratus 2021

KUALA LUMPUR: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang sebanyak 7.8 peratus tahun depan.

Bagaimanapun, IMF membuat semakan semula unjuran KDNK Malaysia bagi 2020 kepada penguncupan 6.0 peratus berbanding unjuran sebelum ini penguncupan 3.8 peratus.

Dalam Kemas Kini Tinjauan Ekonomi Dunia Oktober 2020 yang dikeluarkan IMF, ia berkata, ekonomi maju Asia dijangka berdepan kemerosotan yang agak sederhana berbanding Eropah.

Ia berikutan pandemik yang lebih terbendung yang juga mencerminkan penurunan KDNK yang lebih kecil pada separuh pertama 2020.

Mengenai pertukaran asing, IMF menunjukkan bahawa mata wang pengeksport komoditi dalam kalangan ekonomi maju mengukuh kerana harga komoditi kukuh.

"Kebanyakan mata wang pasaran baharu muncul pulih antara April dan Jun, selepas tekanan teruk ketika krisis pasaran pada Mac.

"Sejak itu, renminbi telah mengukuh dan mata wang ekonomi pasaran baharu muncul di Asia lain pada umumnya kekal stabil dari segi terma efektif benar," katanya.

IMF mengunjurkan ekonomi global menguncup sebanyak 4.4 peratus pada 2020, semakan kenaikan sebanyak 0.8 peratus berbanding unjuran semasa Jun lalu berikutan aktiviti yang semakin bertambah baik, terutama dalam ekonomi maju.

Katanya, semakan itu mencerminkan pertumbuhan suku kedua KDNK yang lebih positif daripada jangkaan, kebanyakannya dalam ekonomi maju, yang menyaksikan aktiviti pulih lebih awal daripada jangkaan selepas sekatan mula dikendurkan pada Mei dan Jun termasuk petunjuk pemulihan yang lebih kukuh pada suku ketiga.

Ia berkata, pertumbuhan global diunjurkan 5.2 peratus pada 2021, lebih rendah berbanding kemas kini Tinjauan Ekonomi Dunia Jun 2020, menggambarkan kemerosotan yang lebih sederhana yang diunjurkan bagi 2020 dan konsisten dengan jangkaan penjarakan sosial yang berterusan.

Selepas pemulihan pada 2021, IMF berkata, pertumbuhan global diramalkan perlahan secara beransur-ansur iaitu kepada kira-kira 3.5 peratus dalam jangka sederhana.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,273
Points
201
MIER semak semula unjuran KDNK negara kepada -5.5 peratus

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyemak semula unjurannya bagi keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar pada 2020 dengan menurunkannya kepada -5.5 peratus susulan faktor-faktor yang memberi kesan kepada ekonomi negara.

Kumpulan pemikir itu berkata, unjuran berkenaan adalah berdasarkan kepada penurunan besar kadar pertumbuhan ekonomi dalam suku kedua pada -17.1 peratus, lonjakan semula kes COVID-19 dan pelaksanaan kembali perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) serta tiadanya langkah-langkah mitigasi tambahan kerajaan pada suku sebelumnya, terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pertumbuhan KDNK bagi suku ketiga dan keempat 2020 dijangka mencatatkan pertumbuhan positif antara 2.0 peratus dan 2.5 peratus, bergantung besar kepada keberkesanan pakej rangsangan PRIHATIN dan PENJANA, kata MIER dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, kadar pengangguran dijangka kekal stabil daripada impak pakej rangsangan PRIHATIN dan PENJANA, sekiranya moratorium pinjaman dikekalkan sehingga akhir tahun untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk yang besar dari segi pekerjaan pada antara 3.7 peratus dan 4.5 peratus.

"Walaupun pertumbuhan KDNK menyusut dengan ketara pada suku kedua 2020 sebanyak -17.1 peratus, kadar pengangguran menunjukkan trend penurunan," kata institut itu.

Bagi 2021, MIER mengekalkan unjurannya bagi kadar pertumbuhan KDNK sebenar pada 5.2-6.7 peratus dengan mengambil kira unjuran daripada "Crouching Tiger Initiative" dan pelancaran Rancangan Malaysia Ke-12 awal tahun hadapan.

"Bagaimanapun, memandangkan usaha melandaikan COVID-19 mengambil masa enam bulan semasa gelombang pertama, kami menjangkakan gelombang ketiga ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dalam tempoh yang sama dan akan melambatkan pemulihan hingga ke suku pertama 2021," kata institut itu.

Meskipun mengambil kira prospek dunia disebabkan pandemik COVID-19 bagi pertumbuhan, perdagangan dan pelaburan, risiko negatif utama terhadap unjuran itu masih kekal lonjakan pandemik yang berlaku sekarang, kata MIER.

Menurutnya, faktor-faktor yang menyumbang kepada proses mitigasi akan membabitkan langkah baharu untuk membendung pandemik dan langkah-langkah rangsangan kerajaan termasuk perbelanjaan awam dan insentif baharu dan pelaburan dalam sektor swasta.

"Kerajaan mesti memastikan peralihan daripada ekonomi dipacu penggunaan dan hutang kepada transformasi diterajui pelaburan dan teknologi," kata MIER.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register