BTC USD 88,182.2 Gold USD 3,011.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kegagalan Sistem, Vandalisme Punca Lif Rosak 8 Kali Sebulan Di PPR Pekan Kepong

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,339
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,339
Reaction score
7,306
Points
916
Awards
1
06.01.2025 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan kegagalan sistem dan vandalisme merupakan punca utama kerosakan lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong, Kuala Lumpur. DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak lapan kes kerosakan lif dilaporkan sepanjang Disember tahun lalu di tiga blok PPR yang telah berusia 25 tahun itu.\

"Kerosakan yang dilaporkan di Blok A pada 22, 23, 26 dan 29 Disember tahun lalu berpunca daripada masalah pada sistem suis brek lif, manakala tiada kerosakan dilaporkan di Blok B," katanya.

Tambahnya lagi, kerosakan lif di Blok C yang berlaku pada 2, 3, 4 dan 19 Disember adalah disebabkan masalah sistem hubungan pintu pendaratan dan butang panggilan yang dirosakkan. Jelasnya, sistem hubungan pintu telah dilaras semula bagi mengatasi masalah tersebut.
Dalam laporan artikel StarMetro bertajuk Irked by frequent lift failure at Pekan Kepong flats pada 3 Januari lalu, beberapa penduduk menyatakan kebimbangan terhadap kerosakan lif baharu yang dipasang di PPR itu. Lif-lif tersebut mula beroperasi pada pertengahan Disember tetapi dilaporkan mengalami masalah. Penduduk turut mendesak DBKL agar memantau keadaan lif dengan lebih teliti. Mereka juga melahirkan kebimbangan sama ada kontraktor mampu menyiapkan kerja penggantian lif sebelum tarikh akhir pada Mei 2024, seperti yang dijadualkan.
3103556.jpg

Proses Penggantian Lif

DBKL menjelaskan, kumpulan kedua lif baharu sedang dalam proses pemasangan dan dijangka diperiksa oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) pada penghujung Februari.

"Fasa 3 dijangka bermula awal Mac, selepas kumpulan kedua lif diserahkan kepada penduduk," maklum kenyataan itu.

DBKL turut menegaskan bahawa mereka akan mengenakan ganti rugi yang ditetapkan kepada kontraktor sekiranya gagal menepati tarikh akhir pada Mei Lif yang dipasang semasa Fasa 1 masih berada dalam tempoh tanggungan kecacatan dan sedang diperhalusi. Sebarang isu teknikal yang timbul akan ditangani segera oleh kontraktor. DBKL dalam pada itu turut menegaskan komitmen mereka untuk memantau kemajuan projek penggantian lif ini secara teliti. Mereka juga berjanji untuk memastikan kerja-kerja disiapkan mengikut piawaian dan tempoh masa ditetapkan.

"Kami komited memastikan keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan penduduk sentiasa diutamakan," katanya.

Projek penggantian lif dilihat sebagai usaha penting bagi meningkatkan kemudahan dan kualiti hidup penduduk di PPR Pekan Kepong, yang telah menghadapi pelbagai isu berkaitan kemudahan asas sejak sekian lama.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2025...-lif-rosak-8-kali-sebulan-di-ppr-pekan-kepong
 
Sponsored Post

Menangis setiap kali lif PPR rosak, ini derita kami​

Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]

S Sumadhi, 48, dan suaminya, V Muniandy (kiri) dan Mohamad Alias Umor ketika ditemui. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
S Sumadhi, 48, dan suaminya, V Muniandy (kiri) dan Mohamad Alias Umor ketika ditemui. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin

Petaling Jaya: "Apabila lif rosak, saya tidak boleh keluar rumah kerana tidak larat naik dan turun tangga dari tingkat 17. Keadaan fizikal serta masalah kesihatan dialami tambah menyukarkan saya," ujar penduduk Blok H, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, 1, S Sumadhi, 48.

S Sumadhi yang memiliki berat badan 125 kilogram (kg) berkata, dia mempunyai masalah asma yang menyebabkannya sukar untuk bergerak menuruni tangga dari unit rumahnya.

"Sejak 18 tahun saya tinggal di sini, masalah lif kerap berlaku. Masalah itu menyebabkan saya tidak boleh keluar rumah kerana tidak sanggup untuk turun dan naik tangga.

"Pernah sekali saya terpaksa turun tangga kerana perlu ke hospital disebabkan jangkitan Covid-19. Saya ambil masa lebih satu jam untuk sampai ke bawah," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Sumadhi yang juga suri rumah berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak keluar rumah setiap kali lif rosak dan terpaksa menyerahkan urusan seperti membeli barang keperluan kepada suaminya, V Muniandy, 49.

"Saya pun kasihan pada tiga anak kami berusia antara 13 hingga 16 tahun yang terpaksa menggunakan tangga apabila pergi atau pulang sekolah berikutan kerosakan lif.

"Suami yang bekerja sebagai pemandu van sekolah juga terjejas apabila kerap menggunakan tangga. Apabila sampai di rumah, anak-anak dan suami nampak kepenatan," katanya.

Seorang lagi penduduk blok H PPR berkenaan, Mohamad Alias Umor, 69, berkata, meskipun bertongkat, dia terpaksa menggunakan tangga setiap kali semua lif di blok itu mengalami kerosakan.

"Setiap hari, saya akan keluar rumah pada waktu pagi dan petang untuk menghantar isteri ke tempat kerja.
"Meskipun bertongkat kerana pernah mengalami masalah jantung tersumbat sebelum ini, namun saya masih boleh memandu.

"Apabila semua lif rosak, saya tiada pilihan lain selain menggunakan tangga dari tingkat 12 yang mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke bawah," katanya yang menetap di sana sejak 20 tahun lalu.

Sementara itu, seorang penduduk di Blok G PPR Lembah Subang 1, Jamilah Bani, 60, berkata, dia pernah berdepan situasi lebih seminggu tiada bekalan elektrik, air dan lif tidak berfungsi pada tahun lalu.

"Ketika itu, bulan Ramadan dan dekat nak raya. Saya rasa sangat kusut untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri ketika itu kerana elektrik, air dan lif tiada lebih seminggu.

"Nasib baik sehari sebelum raya semua masalah itu berjaya diselesaikan. Saya harap masalah itu tidak berlaku semula nanti (menjelang Ramadan dan Aidilfitri)," katanya.

Jamilah yang juga suri rumah berharap masalah dialami oleh penduduk di PPR berkenaan dapat diselesaikan segera kerana sudah jemu berdepan masalah sama puluhan tahun.

"Saya sudah tinggal di sini sejak 25 tahun lalu dan sepanjang tempoh itu masalah sama asyik berulang dengan tiada penyelesaian dilakukan bagi mengatasi permasalahan terbabit.

"Justeru itu, saya berharap dengan adanya peruntukan diumumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kelmarin, ia diharap dapat menyelesaikan masalah penduduk secara keseluruhannya," katanya.
- ends
#kw lif rosak, Blok G, Blok H, PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya

Keterangan gambar:
1. PENDUDUK Blok H Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, 1, S Sumadhi, 48, dan suaminya, V Muniandy, 49, ketika ditemui di rumahnya di tingkat 17 Blok H PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya, hari ini.
2. PENDUDUK Blok H PPR Lembah Subang 1, Mohamad Alias Umor, 69.
3. PENDUDUK Blok G PPR Lembah Subang 1, Jamilah Bani, 60.

 
rumah ppr & low kos hang bubuh mcm2 facility.. memang syok la mentality kelas ke3 ni
Aku pernah duduk sekejap dekat flat ......pergh....bawa naik motor guna lift....ada yg kencing dalam lift.....lift rosak...ntah mcm mcm la sesuai yg mentaliti yg dok situ
 
Aku pernah duduk sekejap dekat flat ......pergh....bawa naik motor guna lift....ada yg kencing dalam lift.....lift rosak...ntah mcm mcm la sesuai yg mentaliti yg dok situ

bau hancing tu memang kemestian da mesti punya
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register