BTC USD 95,070.8 Gold USD 2,900.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedutaan Nasihat Pelancong Malaysia Berhati-hati Pilih Agensi Pelancongan

Md Hanif

Fun Poster
Messages
840
Joined
Jun 13, 2023
Messages
840
Reaction score
64
Points
25
0960fd6b8b7709b2c517e731af735571674fbb990e3b4

Seoul, Korea Selatan

Kedutaan Besar Malaysia di Seoul mengingatkan rakyat Malaysia yang merancang percutian ke Korea Selatan agar berhati-hati dalam memilih agensi pelancongan bagi mengelakkan sebarang masalah semasa bercuti di negara itu.

Menerusi hantaran di Instagram (@malaysiaembassy.seoul) pada Rabu, kedutaan menasihatkan orang ramai supaya menyemak latar belakang agensi pelancongan sebelum membuat tempahan.
“Kami juga menggesa para pelancong untuk berwaspada terhadap sindiket yang menawarkan pakej pelancongan dengan harga terlalu murah,” menurut kenyataan itu.

Kedutaan turut menyarankan agar pelancong menyemak senarai agensi pelancongan berdaftar menerusi laman sesawang rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di pautan https://www.motac.gov.my/semakan/tobtab bagi membantu membuat pilihan yang lebih tepat.

“Penggunaan agensi pelancongan yang berdaftar dapat meminimumkan risiko dan memastikan perjalanan anda berjalan lancar,” menurut kedutaan.

Peringatan ini susulan laporan netizen mengenai pengalaman negatif dengan agensi pelancongan yang dikendalikan oleh personaliti media sosial di Korea Selatan.

Mereka mendakwa perkhidmatan yang diterima tidak memenuhi jangkaan, termasuk isu kelewatan dalam penyediaan tiket penerbangan dan perubahan penginapan pada saat akhir.

Kedutaan Malaysia di Korea Selatan turut menekankan kepentingan memastikan semua urusan dengan agensi pelancongan disokong oleh resit pembayaran yang lengkap serta dokumen berkaitan.

 
Sponsored Post

Cara Kenali Scammer Pelancongan - Tiket Flight Ada, Flight Tiada? | EP19​

Ep19 kali ini, RARENATION Podcast bawakan topik penting yang boleh menjadikan pendinding pendengar semua daripada ditipu/disihir/disantau iaitu dengan Cara Kenali Teknik Scammer Pelancongan!

Kapten AA & Kapten Syibli akan berkongsi tentang taktik licik scammer dalam industri pelancongan yang sering memperdaya mangsa dengan pakej murah, janji manis, dan testimoni palsu. Dari kisah pelancong yang terkandas, kehilangan wang ribuan ringgit, hingga ejen yang tiba-tiba hilang tanpa jejak!

Mereka juga akan kongsikan tips penting berdasarkan pengalaman bagaimana untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa, seperti cara mengenal tanda-tanda awal penipuan, dan langkah berjaga-jaga sebelum menempah percutian. Penat-penat kita kumpul duit nak bercuti hujungnya kena tipu. Aduh!

Nak tahu bagaimana nak elak daripada ditipu dan pastikan percutian kita selamat? Jom layan episod kali ni!

00:00 Intro
03:41 Tiket Penerbangan Palsu
14:30 Scam Penginapan
36:11 Tourist Trap

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register