BTC USD 63,586.9 Gold USD 2,324.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Android Kedudukan Bar Carian Aplikasi Google Android Sekali Lagi Di Ubah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,377
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,377
Reaction score
6,493
Points
916
Awards
1
Semasa pelancaran telefon pintar Google Pixel 2 pada 2017, pelancar Pixel untuk peranti itu mempunyai kebolehan untuk menukar lokasi bar carian aplikasi Google ke bahagian bawah yang bertujuan untuk mengurangkan pergerakan jari dan tangan pengguna. Empat tahun kemudian, Google mula melakukan perkara yang sama dengan mengemas kini aplikasinya untuk berbuat sedemikian seiring dengan mengumpul pandangan daripada pengguna terpilih.

Berdasarkan pemerhatian, perubahan itu dikatakan mengganggu kerana bar carian akan hilang apabila pengguna tatal ke bawah untuk lihat bahan yang disyorkan dan perlu tatal ke atas semula untuk keluarkan bar carian. Oleh yang demikian, Google mengambil keputusan untuk tidak memperkenalkan perubahan ini kepada pengguna.
Mod "Light"
Screenshot-2023-11-29-093036.jpg


Mod "Dark"
Screenshot-2023-11-29-093115.jpg

Namun kini, pembaharuan ini dijangka akan terlaksana untuk kemas kini aplikasi Google versi 14.48 dengan peningkatan daripada pemerhatian ujian A/B. Selain daripada itu, Google juga akan mengubah nama butang "Discover" kepada "Home" untuk menjadikannya bersifat umum bagi pengguna. Begitu juga dengan senarai pilihan menu di bahagian "Settings" untuk aplikasi Google, kuantitinya akan dikurangkan daripada 11 pilihan kepada 8 pilihan. Pembaharuan ini hanya melibatkan bahagian "Privacy & Safety" dan "Other Settings" malah telahpun dilancarkan bagi kegunaan beberapa pengguna terpilih.
Paparan "Settings" lama
old-set-G.png


Paparan "Settings" baru
new-set-G.png

Sumber asal 9to5google
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register