BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kediaman untuk pasangan muda

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



KUALA LUMPUR 15 April - Rumah Transit 1Malaysia di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil di sini, yang dikhaskan untuk pasangan muda baru berkahwin mula didiami oleh kumpulan pertama pada awal bulan ini.

Penyelia Bangunan Rumah Transit 1Malaysia, Mohd. Amirul Abdullah berkata, bagi peringkat pertama, hanya satu blok yang dibuka kepada pemohon yang berjaya manakala satu blok lagi dijangka beroperasi pada awal bulan depan.

“Sebanyak 32 pasangan telah memasuki rumah masing-masing manakala beberapa pasangan lain dalam proses membersihkan rumah dan mengambil kunci daripada pihak pengurusan.

“Mereka yang berjaya telah dimaklumkan oleh Jabatan Perumahan Negara melalui penghantaran surat kelulusan permohonan sejak sebulan yang lalu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Cadangan menyediakan rumah transit seluas 650 kaki persegi itu dibangkitkan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 dalam usaha membantu pasangan muda yang baru berkahwin menduduki rumah lebih selesa dan mengurangkan beban hidup mereka.

Di bawah konsep tersebut, penghuni akan dikenakan sewa sebanyak RM250 sebulan dan hanya dibenarkan tinggal bagi tempoh dua tahun.

Bagi tujuan itu, dua buah blok PPR Pinggiran Bukit Jalil dinaik taraf dengan melibatkan 632 unit yang ditawarkan kepada pasangan yang baru berkahwin.

Bagi mengatasi masalah pengangkutan awam, RapidKL juga menyediakan perkhidmatan bas yang menghubungkan kawasan perumahan itu dengan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil laluan Ampang yang beroperasi dengan kekerapan setiap 30 minit.

Sementara itu, salah seorang penghuni rumah berkenaan, Rosli Abdul Aziz, 41, melahirkan rasa terima kasih dan teruja dengan bantuan serta kemudahan yang disediakan kerajaan kepada pasangan muda yang baru memasuki alam rumah tangga.

“Selepas berkahwin, saya dan isteri, Nawwar Syazni Roslan, 27, tinggal bersama ibu bapa kerana belum mampu untuk membeli atau menyewa rumah yang semakin mahal di ibu negara.

“Dengan adanya kemudahan ini, kami boleh mendiami rumah ini buat sementara waktu sekali gus meringankan beban perbelanjaan sebelum mencari rumah lain dalam masa dua tahun,” ujarnya.
 
Back
Top
Log in Register