Kedai tutup : Presiden MCA salahkan Aidil Adha

CG Sponsors




FaRid^sp

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2009
Messages
5,745
Reaction score
13
Points
65
KOTA BHARU, 18 Nov: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.

Kenyataan Chua turut dibidas oleh para pengikutnya di Twitter sehingga beliau dituduh sebagai seorang ahli politik yang bangkrap idea.

“Reportlah polis. Minta suruhanjaya diraja. Buat demo ke,” cabar seorang pengguna Twitter Noor Azam yang juga kelihatan tersinggung dengan kenyataan Chua.

Ini bukan kali pertama presiden MCA itu menonjolkan kedaifannya terhadap hal-hal berkaitan Islam.

Pada bulan Ogos yang lepas, Chua telah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Beliau turut mendakwa pertarungan keIslaman antara Umno dan PAS sebagai punca utama negara terperangkap dalam golongan negara berpendapatan sederhana untuk sedekad yang lalu.

Kenyataan Chua tersebut menerima kritikan pedas dari ahli politik kedua-dua sisi dan disebabkan itu, sebagai jalan keluar bekas menteri Kesihatan telah menyalahkan online portal Malaysiakini dan The Malaysia Insider kerana 'salah memetik' kenyataannya. - Harakahdaily

p/s : raya cina lagi banyak kedai tutup.. seminggu plak tu, apa kes ni datuk komunis ?? :mad:
 
Sponsored Post

syayzr

Active Member
Joined
Sep 7, 2009
Messages
1,654
Reaction score
79
Points
40
statement die ni btol bikin aty pns la...stended raye la..kire ok la tutup bg org rehat...dok umah masak, santai ngn family je la...

jge kaum sndiri suda la...
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
mmg cilakak punye org yg bg statement ni...kat utusan klua x ni..????
 

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,813
Reaction score
115
Points
73
dia sibuk ape, raye cina lagi byk kedai tutup. dah lah kedai pun byk cina yg punya
 

FaRid^sp

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2009
Messages
5,745
Reaction score
13
Points
65
mmg cilakak punye org yg bg statement ni...kat utusan klua x ni..????

kalau lim guan eng yg keluar statement camtu abislah masuk muka depan paper utusan..
#:-S
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,337
Reaction score
1,548
Points
201

kalau lim guan eng yg keluar statement camtu abislah masuk muka depan paper utusan..
#:-S
7hari 7 mlm kelaur tv3suku .. :)):)):)) x pa .. umno sanjung org2 mcm ni :))
 

adoila

Active Member
Joined
Feb 15, 2010
Messages
2,245
Reaction score
42
Points
30
mamat ni antara kesilapan terbesar BN...patutnya tekan dia untuk turun...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register