Kedai Taobao Terbesar Di Malaysia Kini Dibuka Di MyTown Cheras

Recommended Brokers


Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,358
Reaction score
2,115
Points
226
Jika anda kerap membeli-belah secara atas talian, anda pastinya tahu laman Taobao, salah satu jenama dibawah Alibaba. Harini mereka telah membuka kedai fizikal terbesar di Malaysia yang bertempat di MyTown, Cheras, Kuala Lumpur.

Kedai fizikal ini membolehkan pengguna mencuba dan melihat sendiri barangan-barangan yang ditawarkan oleh Taobao. Barangan terpilih yang diinginkan boleh dibeli secara terus, atau pengguna boleh memilih barangan yang ditawarkan dan melakukan penghantaran ke rumah atau destinasi seluruh Malaysia.

Lebih dari itu, kedai fizikal ini juga mempunyai ruang demonstrasi serta ruangan untuk kanak-kanak dan juga kafe. Terdapat juga perkhidmatan tambahan seperti khidmat nasihat untuk produk, pilihan pembayaran ansuran dan bermacam lagi yang akan ditawarkan termasuklah khidmat pemasangan perabot yang dibeli dari Taobao.

Khusus sempena pembukaan Taobao Store ini, mereka juga menawarkan diskaun istimewa untuk barangan tertentu, termasuklah TV pintar 65-inci dari Xiaomi.



Sumber asal https://www.therakyatpost.com/2019/11/12/taobaos-opening-a-physical-store-in-mytown-cheras/
Sumber tambahan https://www.worldofbuzz.com/the-first-and-largest-taobao-store-in-malaysia-is-opening-in-cheras-this-29th-nov/
 
Top
Log in Register