BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedai online makin popular

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg



PASARAN beli-belah dalam talian di Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan pesat dalam tempoh beberapa tahun akan datang, menurut penyedia platform membeli-belah dalam talian Rakuten Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rakuten Masaya Ueno berkata, laporan Euromonitor menjangkakan nilai pasaran online di Malaysia meningkat daripada RM842 juta pada 2011 kepada RM1.72 bilion menjelang 2017.

Beliau berkata, prospek pasaran itu turut positif dengan Asia dijangka mendahului pertumbuhan e-dagang di peringkat global dengan jangkaan peningkatan 27.5 peratus, mencecah AS$323.1 bilion (RM1.064 trilion), menurut kajian Goldman Sachs.

"Rakuten Malaysia yakin dengan prospek pasaran pada 2014 kerana ada peningkatan dalam pertumbuhan dan penggunaan e-dagang, pembayaran dalam talian dan perniagaan kandungan digital dalam pasaran Malaysia," katanya dalam satu kenyataan berhubung unjuran industri itu bagi tahun depan.

Menurut beliau, Rakuten Malaysia yang memasuki pasaran negara ini pada November tahun lalu menerima sokongan hebat daripada rakan dagang, penjual dan pelanggan.
"Pada masa ini, terdapat 40,000 produk dipasarkan melalui Rakuten Online Shopping daripada 130 syarikat peruncitan.

"Pemerhatian kami dalam 12 bulan lalu menunjukkan pembelian e-dagang dan sikap pelanggan telah berubah dan menjadi semakin sofistikated," katanya.

Beliau berkata, pertumbuhan pesat sektor itu dijangka berterusan tahun depan dan tahun-tahun seterusnya, berdasarkan tiga trend utama iaitu jangkaan pengguna yang semakin meningkat, pembelian melalui pelbagai saluran dan penggunaan sepenuhnya khidmat data untuk menjangka sikap pengguna oleh syarikat peruncitan.
 
baru ni dgr rakuten
 
bagus online,santau lambat sikit nak mai,jin setan dia x reti.leceh sikit,cari makan produk lebih kurang orang pakat dok jual.celaka banyak,barang dapat macam t*ik,indah dari kenyataan..
 
bos ak cina..dia mmg jutawan r..dia pun ckp mende sama..dlm 10tahun dr skrg, kedai biasa akan struggle utk hdp..online akan mendominasi..kedai yg tggl hanyalah kdai yg experience psl produk
 
mmg byk dh biz online s'kg..bgs la dpt gak menyumbang ekonomi negara..:eek:
 
aku baru wusha2 rakuten ni.. ni murah lg pada lelong.com.my ka:-?.. bleh d percayai x :-?...
 
first time dengar rakuten..:-?
 
Back
Top
Log in Register