BTC USD 103,195 Gold USD 3,243.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedai Emas Disamun, Peniaga Rugi RM250,000

combat13

Active+ Member
Messages
4,650
Joined
Dec 18, 2007
Messages
4,650
Reaction score
155
Points
33
75cb83277cf64f446e33c7bc3c4f553167dc100bc37e8

Kredit: IPD Alor Gajah

Seorang peniaga di Pekan Kuala Sungai Baru di sini kerugian RM250,000 selepas kedai emasnya disamun seorang lelaki berpakaian serba hitam dan bersenjatakan pistol mainan hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata dalam kejadian kira-kira 2.20 petang itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada mangsa memaklumkan dia disamun melibatkan dua dulang emas dengan anggaran lebih 50 rantai tangan emas pelbagai berat.

"Mangsa yang berusia 49 tahun memberitahu ketika kejadian dia tidak sedar suspek masuk ke dalam kedai kerana sedang leka bermain telefon bimbit.

"Mangsa hanya menyedari kejadian tersebut apabila melihat suspek mengacu pistol kepadanya menyebabkan pengadu terus melarikan diri ke dalam pejabat bersama anaknya berumur 10 dan tujuh tahun," katanya dalam kenyataan.

Ashari berkata mangsa terdengar bunyi kaca dipecahkan dan selepas keadaan senyap dia keluar daripada pejabatnya dan melihat kaca pameran dipecahkan serta mendapati lebih kurang dua dulang rantai emas telah tiada.

Beliau berkata saksi awam juga memberitahu melihat seorang suspek berpakaian serba hitam masuk ke dalam kedai emas dalam keadaan mencurigakan selain mendengar bunyi kaca dipecahkan.

Suspek juga dillihat keluar daripada kedai dan melarikan diri dengan menaiki motosikal di hujung kedai.

"Kita telah mendapat bantuan daripada D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan menemui tiga cap jari serta satu pistol plastik berwarna hitam yang ditinggalkan di lantai kedai.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Alor Gajah di talian 06-5562222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register