Kedah lulus rizab tanah tapak kuil Hindu

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,272
Reaction score
4,422
Points
601

ALOR SETAR - Kerajaan negeri meluluskan permohonan rizab tanah oleh Pertubuhan Pengurusan Sri Muniswarar Alayam untuk tapak kuil Hindu di kawasan Ladang Henrietta, Bandar Padang Serai di Kulim.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya memberi kelulusan untuk pembinaan tapak kuil berkenaan disebabkan ia mematuhi prosedur undang-undang ditetapkan dan sah.

Menurutnya, kelulusan tapak rumah ibadat bukan Islam berkenaan turut membuktikan kerajaan negeri bersikap adil, bertimbang rasa dan mengambil berat kepada semua kaum.

"Jadi, hentikan tuduhan kononnya kami bersikap rasis, tidak bertimbang rasa ataupun tidak boleh dibawa berbincang apabila kita meluluskan pembinaan tapak kuil di kawasan ladang yang mengikut prosedur.

"Pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) akan memperhalusi permohonan dari segala sudut undang-undang, yang mana jikalau ikut syarat memang tidak patut ditolak," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini pada Selasa.

Katanya, susulan itu, mana-mana pembinaan rumah ibadat membelakangkan proses undang-undang tidak harus dibantah apabila proses undang-undang dilaksanakan pada bila masanya.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya mendapati ada pihak yang berkemungkinan tidak suka dengan kelulusan permohonan rumah ibadat berkenaan.

"Bagaimanapun, saya ingin menjelaskan permohonan tapak kuil telah melalui proses dikehendaki dan mereka terlibat pastinya tahu kuil itu telah memiliki tapak yang tersedia," katanya.

Beliau berharap mana-mana pihak tidak terus mempolitikkan isu rumah ibadat bukan Islam di Kedah.

Sebelum ini, isu perobohan kuil Hindu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kedah mengundang kecaman dan rasa tidak puas hati beberapa pihak yang mendakwa ia menyinggung perasaan penganut agama itu.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/118709/EDISI/Kedah-lulus-rizab-tanah-tapak-kuil-Hindu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

miecs

Super Active Member
Joined
Nov 12, 2009
Messages
5,486
Reaction score
355
Points
86
KENA CENTRALIZED KUIL HINDU NI

jika tak dimana2 je boleh nmpk kuil
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,491
Reaction score
2,008
Points
201
Biar la
Hindu pun nak semayang jugak

tak semayang nanti jd pengganas
 

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,559
Reaction score
902
Points
171
wah..Kedah dah checkmate geng2 kuil haram.

maknanya kuil haram kena ikut peraturan jika tak nak diroboh.
dan kerajaan dah buktikan kalau ikut peraturan-lulus..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register