BTC USD 28,052.6 Gold USD 1,940.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedah berhutang RM2.09 billion di bawah BN

kuhik

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Kedah berhutang RM2.09 billion di bawah BN

Mohd Sabri Said
Tue | Oct 21, 08 | 9:49:06 am MYT


TASEK GELUGOR, 21 Okt (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah sedang bertungkus lumus membayar hutang peninggalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebanyak RM2.09 billion kata Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Ustaz Hasan Abdul Razak.

Menurutnya, sekarang ini hutang Kerajaan Kedah telah menurun dan tinggal RM509 juta dalam masa tujuh bulan memerintah dan beliau pasti ia boleh diselesaikan tidak lama lagi.

"Kerajaan BN dulu tinggalkan hutang kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah RM2.09 billion tetapi atas dasar kebijaksanaan Menteri Besar dan exconya kini hutang Kedah tinggal RM509 juta sahaja," jelasnya ketika ditanya selepas menyampaikan ceramah sempena jamuan Aidilfitri PAS Kawasan Tasek Gelugor di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Simpang Empat kelmarin.

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak terpaksa memikul bebanan hutang yang terlalu banyak sehingga kadang-kadang tidak sempat untuk melaksanakan tugas turun padang secara agresif ke-11 daerah seluruh Kedah, katanya.

Rakyat latanya, kena faham kedudukan kerajaan sekarang ekoran peninggalan BN umpama rumah yang usang dan kosong di mana kerajaan baru kena membeli semua peralatan rumah sebagai penyeri termasuk mengecatnya semula agar kelihatan cantik dan indah.

"Inilah tugas kami sekarang dan Insya-Allah selepas ini kita boleh bergerak sebagaimana biasa setelah hutang dapat dikurangkan," terangnya yang juga bekas Yang Dipertua PAS Kulim Bandar Baru.

Antara pendekatan yang sedang dibuat untuk membantu melangsaikan hutang itu kerajaan memperkenalkan projek pertanian yang dilaksanakan sendiri oleh anak syarikat Kerajaan Negeri contohnya di Sik.

Di sini sebuah koperasi di bawah Syarikat Kumpulan Ladang berjaya memberi imbuhan kepada keseluruhan ahlinya seramai 580 orang sebanyak RM4,800 seorang menjelang Aidilfitri lalu, katanya.

Katanya, pemberian itu berdasarkan keuntungan syarikat RM3.4 juta di mana dua pertiga diberikan kepada ahli manakala satu pertiga diserahkan kepada koperasi semula.

"Syarikat Kumpulan Ladang di Sik nyata menjadai contoh terbaik dalam usaha kerajaan melaksanakan pendekatan mendapatkan wang tambahan untuk tujuan melangsaikan hutang.

"Selain kerajaan memperolehi dana ahli koperasi itu juga terkejut apabila mereka mendapat imbuhan besar yang tidak pernah diterima semasa di bawah Kerajaan BN," kata beliau seterusnya.

Selain itu katanya, ada satu lagi usaha yang sedang dalam proses penjualan kepada Kerajaan Persekutuan bagi membayar balik hutang melibatkan RM1.5 billion.

Katanya, Kerajaan Kedah sudah tiada pilihan sehingga terpaksa mencari jalan walaupun menjual aset Kedah kepada Kerajaan Persekutuan semata-mata tidak mahu membebankan rakyat.

Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu juga menjemput Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kasim untuk memberikan penerangan khusus perkembangan di parlimen dan perjalanan Ketua Umum Parti Keadilan (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya.



p/s : Alhamdulillah...syabas kerajaan Pakatan Rakyat Kedah...teringat UMNO tinggalkan banyak hutang kat Kelantan dulu..PAS jugak yang bayar sehingga ke hari ni...agaknya semua negeri di bawah BN ni memang berhutang banyak...
 
Sponsored Post

tEnuKLang

Super Active Member
Messages
5,656
Joined
Nov 6, 2007
Messages
5,656
Reaction score
3
Points
65
ini la akibatnya bila pemimpin yg diangkat xtau mengurus ekonomi..
yg mnanggung kerajaan yg baru plak tu..
org lain gali lobang,org lain plak kene kambuskan..
pastu tuduh yg tukang kambus tu yg gali lobang...
busuk punya olang...

hak yg kata busuk nih yg bkan jenis depa ja..

contohnya, manusia bila p kat timbunan tahi, dia akan kata busuk. tapi kalau lah tahi tuh blh berjalan2, dia p kat tahi laen, mesti dia kata tak busuk pon...

rasuah bg umno = politik wang = mainan politik je
putar belit fakta bg umno = penjelasan sebenar kepada rakyat
pembangunan = buat bangunan n bg poket kroni berisi dgn duit milik rakyat

p/s: kalau nak bersihkan tong tahi, kna bersihkan dari luar tong. jgn p terjun masuk tong tuh, nnt takdapat detect la busuk tahi tuh sbb dah jd sbhgn dari ia
 

DEKAN

Fun Poster
Messages
628
Joined
Oct 16, 2008
Messages
628
Reaction score
0
Points
10
kedah berhutang rm2.09 billion di bawah bn

mohd sabri said
tue | oct 21, 08 | 9:49:06 am myt


tasek gelugor, 21 okt (hrkh) - kerajaan negeri kedah sedang bertungkus lumus membayar hutang peninggalan kerajaan barisan nasional (bn) sebanyak rm2.09 billion kata pegawai khas menteri besar kedah, ustaz hasan abdul razak.

Menurutnya, sekarang ini hutang kerajaan kedah telah menurun dan tinggal rm509 juta dalam masa tujuh bulan memerintah dan beliau pasti ia boleh diselesaikan tidak lama lagi.

"kerajaan bn dulu tinggalkan hutang kepada kerajaan pakatan rakyat di kedah rm2.09 billion tetapi atas dasar kebijaksanaan menteri besar dan exconya kini hutang kedah tinggal rm509 juta sahaja," jelasnya ketika ditanya selepas menyampaikan ceramah sempena jamuan aidilfitri pas kawasan tasek gelugor di dewan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (jkkk) simpang empat kelmarin.

Menteri besar kedah, dato' seri azizan razak terpaksa memikul bebanan hutang yang terlalu banyak sehingga kadang-kadang tidak sempat untuk melaksanakan tugas turun padang secara agresif ke-11 daerah seluruh kedah, katanya.

Rakyat latanya, kena faham kedudukan kerajaan sekarang ekoran peninggalan bn umpama rumah yang usang dan kosong di mana kerajaan baru kena membeli semua peralatan rumah sebagai penyeri termasuk mengecatnya semula agar kelihatan cantik dan indah.

"inilah tugas kami sekarang dan insya-allah selepas ini kita boleh bergerak sebagaimana biasa setelah hutang dapat dikurangkan," terangnya yang juga bekas yang dipertua pas kulim bandar baru.

Antara pendekatan yang sedang dibuat untuk membantu melangsaikan hutang itu kerajaan memperkenalkan projek pertanian yang dilaksanakan sendiri oleh anak syarikat kerajaan negeri contohnya di sik.

Di sini sebuah koperasi di bawah syarikat kumpulan ladang berjaya memberi imbuhan kepada keseluruhan ahlinya seramai 580 orang sebanyak rm4,800 seorang menjelang aidilfitri lalu, katanya.

Katanya, pemberian itu berdasarkan keuntungan syarikat rm3.4 juta di mana dua pertiga diberikan kepada ahli manakala satu pertiga diserahkan kepada koperasi semula.

"syarikat kumpulan ladang di sik nyata menjadai contoh terbaik dalam usaha kerajaan melaksanakan pendekatan mendapatkan wang tambahan untuk tujuan melangsaikan hutang.

"selain kerajaan memperolehi dana ahli koperasi itu juga terkejut apabila mereka mendapat imbuhan besar yang tidak pernah diterima semasa di bawah kerajaan bn," kata beliau seterusnya.

Selain itu katanya, ada satu lagi usaha yang sedang dalam proses penjualan kepada kerajaan persekutuan bagi membayar balik hutang melibatkan rm1.5 billion.

Katanya, kerajaan kedah sudah tiada pilihan sehingga terpaksa mencari jalan walaupun menjual aset kedah kepada kerajaan persekutuan semata-mata tidak mahu membebankan rakyat.

Program anjuran pas kawasan tasek gelugor itu juga menjemput ahli parlimen kuala kedah, ahmad kasim untuk memberikan penerangan khusus perkembangan di parlimen dan perjalanan ketua umum parti keadilan (keadilan), dato' seri anwar ibrahim ke putrajaya.



p/s : Alhamdulillah...syabas kerajaan pakatan rakyat kedah...teringat umno tinggalkan banyak hutang kat kelantan dulu..pas jugak yang bayar sehingga ke hari ni...agaknya semua negeri di bawah bn ni memang berhutang banyak...

biar papa asal bergaya... Biar papa asal kedana...:d
 

DDos

Legendary Member
gem
Messages
14,111
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,111
Reaction score
690
Points
166
umno duk canang bawak pembangunan, padahal yg depa bawak mai adalah bangunan.
buat bangunan duit masuk kat poket kroni.
pastu tinggal utang kat rakyat.

syabas umno. syabas dgn pembangunan n bangunan anda..!

p/s: org2 umno nih kna p skola blk supaya leh bezakan antara bangunan n pembangunan

yg ni maksud "mendalam" ni :)):)):))
 

Emie

Legendary Member
gem
Messages
11,955
Joined
Jul 19, 2007
Messages
11,955
Reaction score
71
Points
120
ini la akibatnya bila pemimpin yg diangkat xtau mengurus ekonomi..
yg mnanggung kerajaan yg baru plak tu..
org lain gali lobang,org lain plak kene kambuskan..
pastu tuduh yg tukang kambus tu yg gali lobang...
busuk punya olang...

kalau PR tak berjaya rampas kedah,
mana kita tahu semua ni..semua sorok jer..
tgk muka YB amno pn nampak rileks ajer..
keje perabiskan duit rakyat tahulah..
mcm kelantan dulu pn,bila dah rampas br
tahu betapa teruknya hutang2 yg mereka tinggal..

pernah dlm satu majlis daerah dlm akaun
tinggal berapa ringgit ajer masa pas amik 1990..
duit lain entah buat joli aper ntah..
 
Sponsored Post

Top
Log in Register