BTC USD 60,248.1 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedah berhak tuntut semula Pulau Pinang

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUALA LUMPUR 10 Dis.- Perjanjian memajak Pulau Pinang antara Sultan Kedah dan British yang dilakukan pada 1786 dan 1800 tidak pernah menyebut bahawa ia tidak boleh dimansuhkan atau akan tamat pada tempoh tertentu.

Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican berkata, oleh kerana itu, tidak mustahil sekiranya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah jika ia membuat tuntutan pada masa sekarang kerana ia berhak berbuat demikian.

"Tidak ada peruntukan dalam perjanjian itu yang menyebut ia tidak boleh dimansuhkan. Jadi itu adalah perkara yang perlu diberi penekanan dalam isu ini jika Kedah mahu menuntut semula Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof sebelum ini yang mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.

Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

Ahmad Murad berkata, cadangan persatuan sejarah itu tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana ia jelas merupakan peruntukan yang ada di dalamnya.

Beliau berkata, Pulau Pinang boleh dijadikan sebagai satu daerah atau diubah kepada wilayah khas di Kedah sekiranya ia dikembalikan kepada negeri jelapang padi itu.

Katanya, selama ini rakyat Malaysia hanya menganggap sejarah kewujudan Pulau Pinang berlaku bermula pada 1786 iaitu apabila British mula sampai ke negeri itu.

"Namun sebenarnya sejarah Pulau Pinang dan orang Melayu di negeri itu sebelum tarikh itu telah terpadam. Sekiranya Kedah mengambil semula Pulau Pinang, ia sama sekali akan mengubah sejarah negeri itu," katanya.

Beliau berkata, kajian dan penulisan berhubung sejarah awal Pulau Pinang juga terlalu kurang pada masa kini menyebabkan pengetahuan mengenai kewujudan dan fakta sebenar tidak diketahui ramai.

Mengenai implikasi sekiranya Kedah berjaya mendapatkan semula Pulau Pinang, Ahmad Murad berkata, keadaan di negeri itu terutama orang Melayu berkemungkinan akan menjadi lebih baik dari segi ekonomi dan politik.
 
Sponsored Post

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
aku sokong Pulau Pinang kembali ke pangkuan Kedah..:D
 

-RIZUAN-

CG Top Poster Club
Joined
Mar 5, 2008
Messages
20,958
Reaction score
639
Points
161
tuntut jgn tk tuntut...biar terbeliak sikit bijik mata tok pek-tok pek yg berat sebelah kat sana
 

miecs

Super Active Member
Joined
Nov 12, 2009
Messages
5,487
Reaction score
355
Points
86
100% aku setuju pulau pinang dikembalikan ke kedah, baru lah x dimonopoli oleh pihak tu je.
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
tuntut jgn tk tuntut...biar terbeliak sikit bijik mata tok pek-tok pek yg berat sebelah kat sana

confirm ada yang kata sejarah tuh salah nanti..malahan perjanjian pajakan tuh dah tak sah sebab british dah lama blah.maklum la..yang dok perintah pulau pinang skang kebanyakannya loyar :)):))..

ps: apa kata LKS,LGE dengan kapal singh?
 

-RIZUAN-

CG Top Poster Club
Joined
Mar 5, 2008
Messages
20,958
Reaction score
639
Points
161
silap2 dh standby tambak tanah buat satu lg pulau kat sana...mesti tok pek dh goyang kot..

tp kalau berlandaskan politik semasa dh tentu 2-2 dalam gang yg sama..ntah ler yop
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register