BTC USD 17,141.4 Gold USD 1,795.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kecoh Sekampung, Motor 'Auto Pilot' Macam Tesla

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,309
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,309
Reaction score
4,938
Points
296
Awards
1
05.10.2022 - Jakarta, Macam kecoh sekampung apabila orang ramai dikejutkan dengan kejadian sebuah kenderaan motosikal yang bergerak tanpa pemandu di sebuah jalan di Indonesia baru-baru ini. Motosikal jenis Honda Supra itu dilihat berlalu dengan pantas sambil disaksikan beberapa pemandu lain yang berada di lokasi kejadian dan situasi itu meninggalkan tanda tanya kepada seluruh warganet yang menyaksikan rakaman video tersebut.

Dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di laluan berkenaan, video itu kemudiannya dikongsikan di laman Instagram dan tular dalam kalangan netizen. Berdasarkan video itu, penunggang motosikal lain yang berada di lokasi berkenaan seakan tidak percaya melihatkan insiden tersebut. Rata-ratanya dilihat menoleh ke belakang untuk meninjau pergerakan motosikal terbabit sebaik kenderaan itu bergerak melepasi mereka.

Dua orang penunggang wanita juga dilihat cukup teruja dengan insiden itu apabila menoleh dan menunjuk ke arah motosikal berkenaan ketika berhenti di simpang jalan. Menerima lebih 400,000 jumlah tontonan, warganet turut meninggalkan komen berhubung video tersebut. Ftrrohman berpendapat, motosikal itu bergerak laju tanpa pemandu seperti model kereta Tesla yang canggih. "Motosikal Honda Supra seperti model Tesla, boleh bergerak sendiri dan lebih murah berbanding model yang lain,” katanya.

"Kalau dilihat daripada kaca mata, motosikal itu bergerak dengan sangat lagu tetapi selepas dilihat semula, ada kemungkinan ia dipandu oleh jin,” jelas alexander110420.
"Itu pastinya model terbaharu keluaran Honda yang masih belum dilancarkan, ayuh dapatkan segera dan boleh ditempah sekarang," tambah renmardm.




Berita asal https://majoriti.com.my/benua/2022/10/05/kecoh-sekampung-motor-039auto-pilot039-macam-tesla
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,728
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,728
Reaction score
4,441
Points
261
Awards
1
Habib punya moto tu
Khadam dia
Jin islam bawak 😂
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
1764543.jpg

Tangkap layar menunjukkan sebuah motosikal bergerak laju di sebuah jalan tanpa penunggang di Indonesia.
 

tr4falgar

Legendary Member
gem
Messages
10,359
Joined
Oct 14, 2012
Messages
10,359
Reaction score
1,328
Points
206
owner terjatuh dan throttle jem je tu 🤭
 

anbusan

Super Active Member
Messages
9,056
Joined
Jan 22, 2006
Messages
9,056
Reaction score
483
Points
91
Gojek jemput penumpang tu
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Transformers tu

 
Sponsored Post

Top
Log in Register