BTC USD 81,919.0 Gold USD 2,634.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kecoh lembu korban mengamuk

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
ws_03.1.jpg

Lembu untuk ibadah korban yang mengamuk jatuh ke dalam parit bersebelahan SJKC Pei Hwa, Kota Tinggi, Johor, semalam.​

KOTA TINGGI 29 Nov. - Majlis ibadah korban di Taman Kota Emas di sini hari ini kecoh apabila seekor lembu yang hendak dikorbankan tiba-tiba naik minyak lalu melepaskan diri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, lembu itu meluru ke arah pusat bandar hingga menyebabkan penduduk bertungkus lumus mengejar, mengepung dan menangkapnya semula kira-kira dua jam kemudian.

Seorang penduduk yang ditugaskan sebagai penyembelih, Zakariya Nasar, 55, berkata, keadaan itu berlaku selepas empat daripada 10 ekor lembu telah berjaya disembelih.

Menurutnya, apabila tiba giliran lembu itu, tiba-tiba haiwan berkenaan kelihatan marah walaupun lehernya telah diikat menggunakan tali panjang.

"Lembu itu menerjah keluar dari kandang kurungan besi khas walaupun penduduk cuba menarik tali itu tetapi gagal.

"Lembu itu meluru ke arah pusat bandar yang terletak hampir dua kilometer dari taman perumahan itu menghala Pekan Rabu di sini dan disaksikan oleh orang ramai yang sedang minum di beberapa kedai kopi di Jalan Tambatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zakariya berkata, beberapa petugas Majlis Daerah Kota Tinggi kemudian cuba mengesan haiwan itu yang dipercayai melarikan diri dengan melalui laluan bersebelahan Bangunan Arked Mara sebelum memasuki sebuah belukar berhampiran Taman Kuso di sini.

Wartawan Utusan Malaysia yang berada di lokasi kejadian mendapati, suasana bertambah gamat apabila orang ramai di pekan itu turut ingin membantu dengan mengepung kawasan belukar yang bersempadan dengan Taman Kota Jaya dan Jalan Abdul Aziz, di sini.

Namun selepas sejam belukar itu dikepung, tiba-tiba orang ramai yang berada di pinggir belukar itu bertempiaran lari gara-gara cuba disondol oleh lembu itu yang meluru keluar lalu berlari ke arah Taman Kuso.

Selepas berjaya meloloskan diri, haiwan itu berlari ke arah Medan Selera Mesra Alam bersebelahan Jambatan Kota Tinggi sebelum berpatah balik ke kaki lima bangunan di Jalan Ibrahim sebelum menghala semula ke arah Jalan Sungai Kemang, Kampung Kelantan.

Zakariya yang turut serta dalam operasi menangkap lembu itu berkata, haiwan itu bertindak agresif meluru masuk ke pagar utama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa dan menakutkan sekumpulan 40 pelajar yang sedang mengikuti kelas Taekwando.

Selepas dihambat oleh 20 orang di lokasi itu, lembu itu terus berlari mengelilingi premis sekolah itu sambil dikejar oleh orang ramai yang cuba menangkap tali pengikat lembu itu.

"Sekali lagi lembu itu bertindak liar meluru dan cuba menanduk ke arah sekumpulan pemuda yang bertempiaran berlari menyelamatkan diri berselindung di sebalik beberapa tiang konkrit struktur dewan terbuka sekolah itu," jelasnya.

Lebih melucukan, para pelajar seni pertahankan diri itu terpaksa melompat naik ke atas pentas di dewan terbuka itu sebagai langkah keselamatan.

Pada tahap ini, haiwan itu berjaya lolos keluar dari premis sekolah sebelah kiri itu tetapi malangnya terjatuh ke dalam parit yang dipenuhi air lalu terperangkap di dalamnya.

Petugas-petugas majlis korban itu kemudian mengambil kesempatan tersebut dengan mencapai tali lembu itu dan bertindak menambatnya ke pagar keselamatan tepi parit itu supaya haiwan itu tidak terlepas semula.

"Lembu itu kemudian ditarik naik ke tanah lapang bersebelahan parit itu lalu disembelih," kata Zakariya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register