Kecoh lembu 'bangkit' semula

CG Sponsors




sarawak_lineup

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2008
Messages
5,217
Reaction score
107
Points
88


KOTA TINGGI - Seekor lembu dari 22 ekor yang menjadi korban 'bangkit' semula menimbulkan kekecohan pada majlis korban UMNO Bahagian Tenggara di Kampung Lukut di sini kelmarin.

Ini kerana sebaik sahaja disembelih, lembu berkenaan merengus dan tiba-tiba bangun semula menyebabkan orang ramai di kawasan berkenaan melarikan diri.

Bagaimanapun selepas lima minit, lembu itu berdiri, ia akhirnya rebah semula.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kejadian itu jarang berlaku kerana kedua-dua urat besar di leher lembu berkenaan sudah putus ketika kejadian.

Katanya, biar pun lembu itu berupaya berdiri dan bertahan tidak sampai lima minit namun kejadian itu dianggap pelik.

"Ini kerana biasanya lembu yang disembelih terus rebah dan ia memudahkan petugas melapah dan seterusnya membahagikan daging korban," katanya ketika ditemui kelmarin.

Terdahulu, seawal pukul 8 pagi juga di Kampung Lukut, orang ramai gempar apabila seekor lagi lembu korban lain secara tiba-tiba menerjah keluar dari kandang ketika petugas membawa keluar seekor lembu untuk disembelih.

Keadaan itu menjadi agak kelam kabut ekoran lembu yang terlepas itu berlari menuju kearah orang ramai yang hadir bagi menyaksikan majlis penyembelihan lembu korban.
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Ajal Maut di Tangan Tuhan
 

mj12

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
11,812
Reaction score
0
Points
110
tiada yg MUSTAHIL bg DIA....
 

kambing gurun

Active+ Member
Joined
Mar 23, 2008
Messages
3,252
Reaction score
1
Points
25
Kalo berdiri 5 minit xheran lagik..
Aku kongsi skit...
Lokasi: Kedai ayam depan Shell, Batu Belah, Klang
Tahun: 1997
Lps sembelih berbakul2 ayam.. Ada seekor ayam dah disembelih, kepala terkulai, berdiri.. Akhirnya,ayam tu hidup utk 2 hari lps disembelih... :eek::eek:
 

felix

Active+ Member
Joined
Mar 9, 2006
Messages
3,170
Reaction score
7
Points
25
gile ahh ayam tuh..mesti ada hajat dia belun kesampaian tuh...pasal lembu tuh..dia lupe dia dh ne sembelih kot tu y bangun jap.rupanyer dah sembelih tu y dia rebah lik huhuhu..hehehhe
 

Kimie

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
6,744
Reaction score
112
Points
73
Kalo berdiri 5 minit xheran lagik..
Aku kongsi skit...
Lokasi: Kedai ayam depan Shell, Batu Belah, Klang
Tahun: 1997
Lps sembelih berbakul2 ayam.. Ada seekor ayam dah disembelih, kepala terkulai, berdiri.. Akhirnya,ayam tu hidup utk 2 hari lps disembelih... :eek::eek:
haha.. teringat dulu tolong bapak aku sembelih ayam..
leher dah berdarah2 dah..

tapi ayam tu elok je hidup lagi..

yang paling best, dier siap panjat pokok port dier slalu lepak, sambil kepala dah hampir2 nak jatuh....

2jam pastu dier mati.. #:-S
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
erm.

x pernah tgk lg lembu punye kes.

ayam ade lar.

kepale da terkulai tp still bole lari. :)):))
 

sni2020

Fun Poster
Joined
Jun 30, 2008
Messages
600
Reaction score
1
Points
15
ayam ngan lembu yang tahan hidup lepas semeblih ada semangat nak hidup yg tinggi.... Kuasa Tuhan
 

endingman86

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2008
Messages
11,492
Reaction score
61
Points
120
ade salah care sembelih ke?ke memang tahap imunisasi haiwan tue...hehehe
 
Sponsored Post
Top
Log in Register