BTC USD 28,100.4 Gold USD 1,967.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kecian zahid hamidi.

Quecha

Active Member
Messages
1,561
Joined
Nov 8, 2017
Messages
1,561
Reaction score
812
Points
81
hmmmmmmmmm

FB_IMG_1670715251339.jpg
 
Sponsored Post

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,684
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,684
Reaction score
1,306
Points
206

Zahid maafkan semua pihak yang pernah mencaci​



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersalam bersama pengunjung ketika hadir ke Majlis Ramah Mesra sempena Kerajaan Perpaduan di Jalan Bukit Kemuning Shah Alam. NSTP/Hazreen Mohamad

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersalam bersama pengunjung ketika hadir ke Majlis Ramah Mesra sempena Kerajaan Perpaduan di Jalan Bukit Kemuning Shah Alam. NSTP/Hazreen Mohamad


SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaafkan semua pihak yang pernah melontarkan pelbagai tohmahan serta cacian terhadapnya sebelum tertubuhnya Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sudah tiba masa semua pihak maju ke hadapan membangunkan negara dan memberi tumpuan kepada rakyat serta tidak lagi menoleh ke belakang.

"Saya diberitahu (Ahli Parlimen Klang), V Ganabatirau kata nak mohon maaf kepada saya sebab sebelum ini beliau tidak kenal saya dan saya tahu beliau dalam ceramah serta di media sosial banyak tulis mengenai saya, UMNO, Barisan Nasional (BN) dan beliau memberitahu persepsi itu dahulu sebab beliau tidak mengenali saya.

"Jadi sekarang tiada lagi persepsi negatif yang menunjukkan kami dalam UMNO, BN tidak seburuk yang dikatakan.

"Sudah cukup-cukuplah kita berbeza pendapat. Secara peribadi saya memaafkan mana-mana individu atau tokoh atau parti atau organisasi yang tersilap. Kita maafkan sepenuhnya tetapi pesanan saya ialah jangan buat lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Tengah Hari sempena penubuhan Kerajaan Perpaduan di Jalan Bukit Kemuning di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ganabatirau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning.

Ahmad Zahid berkata, fokus utama beliau adalah rakyat untuk memastikan mereka mampu meneruskan kelangsungan hidup.

"Sebab itu negara kita ini dirahmati kerana kita berkongsi pemikiran yang sama, bukan sahaja dari segi politik malah atas semangat kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.

"Jadi saya menyeru kepada diri sendiri, lain-lain parti bahawa pilihan raya sudah berlalu dan rakyat sudah beri mandat serta (penubuhan kerajaan sudah) mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Kita mesti maju ke hadapan, ketepikan kisah lalu kerana apa yang penting ialah perkhidmatan kita kepada rakyat pelbagai kaum," katanya.




 
Sponsored Post

Top
Log in Register