balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen dari Kelantan melahirkan rasa kecewa terhadap Bajet 2015 yang terus menerus meminggirkan negeri itu.
Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, Bajet 2015 adalah 'bajet ulangan' sepertimana bajet sebelum ini yang tidak memberi peruntukan khas kepada negeri Kelantan dek kerana faktor dendam.
"Kita ikuti perbentangan bajet yang diumumkan itu, banyak tempat disediakan kemudahan awam seperti lebuh raya termasuk Sabah dan Sarawak.
"Kita menyokong apa yang Sabah dan Sarawak perolehi tetapi paling memeranjatkan bila Kelantan tidak tersenarai langsung dalam pelaksanaan lebuh raya.
"Nampaknya Kelantan terus menjadi mangsa kerana tidak mengundi Barisan Nasional (BN), bila kita tidak pilih maka tiada peruntukan diberikan," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Tambah beliau, peruntukan yang kecil diberikan hanyalah menaik taraf landasan keretapi .
"...itu hanyalah peruntukan kecil... yang hanya melibatkan peruntukan RM150 juta iaitu membabitkan laluan Gua Musang ke Tumpat," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff menegaskan atas prinsip Persekutuan, kerajaan sepatutnya mengagihkan kekayaan negara dengan adil.
"Rakyat Kelantan turut membayar cukai termasuk GST yang akan dilaksanakan nanti.
"Tetapi cukai yang rakyat Kelantan bayar itu tidak dikembalikan untuk pembangunan serta kemudahan awam, ini satu sikap yang tidak adil," katanya.
Jelasnya lagi, sikap kerajaan yang berat sebelah ini akan mengakibatkan jurang kekayaan antara Kelantan dan Pantai Barat tidak seimbang.
Kekecewaan turut dikongsi Ahli Parlimen Kubang Kerian, Pengkalan Chepa dan Bachok yang turut menyifatkan Najib gagal berlaku adil dalam pentadbirannya serta menjadikan Kelantan sebagai dendam politik.
Dalam pada itu, mereka turut kesal apabila tidak ada seorang pun ahli-ahli parlimen BN Kelantan yang berani menegur Perdana Menteri kerana meminggirkan Kelantan.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/kecewa-bajet-2015-pinggirkan-kelantan-1.324228