'Kebun kelapa sawit jadi bilik darjah'

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,367
Reaction score
4,423
Points
601
20J-asli_1611137963.jpg

Sebahagian murid sekolah anak kaum asli di Kemidak, Bekok mengikuti pembelajaran secara dalam talian di kebun sawit demi mendapatkan capaian internet. - NSTP/Ahmad Ismail

SEGAMAT: Capaian internet lemah yang menjadi masalah utama dalam kalangan pelajar di pedalaman, turut menjejaskan golongan sama di perkampungan kaum Asli di daerah ini.


Di Kampung Kaum Asli di Kemidak, Bekok dekat sini, sekumpulan pelajar dari beberapa sekolah berserta beberapa mahasiswa, mengikuti pembelajaran secara dalam talian di kebun sawit.

Suri rumah, Murni Muda, 39, berkata pelbagai langkah diambil bagi memastikan dua anaknya, Eqbal Daniel Edy Putera, 12, dan Eqzarra Sariesya, 7, murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bekok mengikuti kelas secara dalam talian.

Mengakui talian internet menjadi cabaran utama, beliau nekad membawa anaknya ke kawasan kebun sawit milik penduduk kira-kira 15 kilometer (km) dari rumah seawal jam 7.30 pagi tadi.

"Pemilik kebun memberi kebenaran pelajar menumpang di pondok miliknya untuk sesi pembelajaran.

"Sejak pengajian dalam talian dilaksanakan beberapa bulan lalu, ramai pelajar termasuk mahasiswa menjadikan kebun sawit ini sebagai lokasi belajar dari pagi hingga tengah hari ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Murni berkata, seramai 15 pelajar termasuk mahasiswa berada di lokasi itu hari ini bagi mengikuti sesi pembelajaran masing-masing, malah turut membawa tikar dan bekal makanan sebagai persediaan.

Katanya, selain murid SJKC Bekok, ada juga pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekok dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kudung menumpang belajar di kawasan sama.

"Walaupun ramai yang belajar di kebun sawit ini, masing-masing tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Kami harap pihak berkenaan dapat memberi pertimbangan untuk menaik taraf capaian internet di kampung kerana ia sudah menjadi keperluan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, Nasir Mohamed Yunus, menerima makluman berhubung kesukaran dihadapi pelajar dan tindakan sewajarnya sudah diambil menerusi pengurusan sekolah terbabit.

"Paling utama ialah pematuhan SOP seperti penjarakan fizikal dalam kalangan mereka sepanjang belajar," katanya.

 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,239
Reaction score
2,622
Points
206
dalam hutan simpan pun boleh tanam sawit ye.
baru tahu.
 

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,560
Reaction score
902
Points
171
belajar sambil berkelah..siok ja
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,375
Reaction score
12,246
Points
2,376
Sponsored Post
Top
Log in Register