BTC USD 52,407.6 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kebenaran Solat Di Masjid Di Umum Selepas Perkenan Agong

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,270
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,270
Reaction score
15,432
Points
1,906

Masjidil Haram, Masjid Nabawi boleh solat dengan kapasiti penuh​


1634449628705.png


JEMAAH menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan jumlah terhad di Masjidil Haram, Makkah pada 24 Mei 2020 berikutan Covid-19. FOTO AFP.

Makkah: Solat berjemaah dengan kapasiti penuh dibenarkan di Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula Ahad ini.

Demikian antara enam perkara berkaitan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 terbaharu yang diumumkan kerajaan Arab Saudi pada Jumaat.

Menerusi infografik yang dimuat naik di laman Twitter rasminya, Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi memaklumkan kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat terbuka, kecuali di beberapa tempat tertentu dan tertutup termasuk di kedua-dua masjid suci berkenaan.

"Pekerja dan pengunjung dua masjid suci tetap diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalamnya, selain wajib berdaftar menerusi aplikasi Eatmarna atau Tawakkalna," katanya.

Kementerian juga memberi kebenaran kepada sistem pengangkutan awam, restoran, panggung wayang, dewan acara dan sebagainya untuk beroperasi pada kapasiti penuh tanpa tertakluk kepada arahan penjarakan fizikal.


Bagaimanapun, hanya penerima dua dos vaksin yang dibenarkan memasuki kesemua premis berkenaan.


Kebenaran ini juga diberikan kepada golongan yang dikecualikan daripada mengambil vaksin atas faktor kesihatan dengan mereka diwajibkan memakai pelitup separuh muka.

Menurut kementerian itu lagi penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup separuh muka masih diwajibkan di tempat-tempat yang tidak dapat disahkan tahap kesihatan pengunjungnya menerusi aplikasi Tawakkalna.

Pemilik premis awam dan swasta pula wajib mengesahkan tahap vaksinasi pengunjung melalui aplikasi Tawakkalna sebelum mereka dibenarkan memasuki premis masing-masing.




Disiarkan pada: Oktober 16, 2021 @ 9:50am


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,270
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,270
Reaction score
15,432
Points
1,906

Lintas Langsung Selepas Selesai Solat Subuh Di Masjid Madinah
 

anbusan

Super Active Member
Messages
8,366
Joined
Jan 22, 2006
Messages
8,366
Reaction score
305
Points
91
Malaysia dah boleh longgar sikit, kasi rapat sejadah pun da ok tu
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
34,976
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,976
Reaction score
2,473
Points
201
Alhamdulillah
Arab Saudi pun dah tak wajibkan pakai mask lepas ni

Sebb yg masuk semua complete dos . Sebb tu malaysia tegas pada antivak sebb nak maximum kan yg complete baru malaysia leh ikut kelonggaran mcm tak wajib pakai mask.. tapi cam biasa kita slow sebb antivak merapu yg bukan2
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,270
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,270
Reaction score
15,432
Points
1,906
1634559924945.png


Muzakarah bincang SOP rapatkan saf solat jemaah Rabu ini

Diterbitkan: Oct 18, 2021 1:46 PM

Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada Rabu ini (20 Okt) akan membincangkan isu prosedur operasi standard (SOP) mengenai aktiviti masjid dan surau, termasuk cadangan merapatkan susunan saf ketika solat berjemaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata beliau telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengatur muzakarah itu bagi mendengar taklimat penilaian risiko semasa Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, ia susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung peralihan fasa dan kelonggaran SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Saya percaya suatu keputusan demi maslahah umum akan dapat dicapai dan berharap aktiviti masjid dan surau khususnya solat berjemaah seperti sediakala akan dibenarkan dengan SOP tertentu,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Idris berkata semua ahli muzakarah yang terdiri daripada mufti negeri serta ahli-ahli yang dilantik dalam kalangan pakar turut dijemput hadir dalam muzakarah itu.

Pada Jumaat lepas, Arab Saudi mengumumkan solat berjemaah dengan kapasiti penuh dibenarkan di Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula semalam.

- Bernama


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,662
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,662
Reaction score
16,562
Points
2,376
Alhamdulillah
Harap dah boleh rapatkan saf lepas ni
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,662
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,662
Reaction score
16,562
Points
2,376
PPN | Muzakarah Khas Bincang SOP Solat

Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam akan membincangkan isu SOP mengenai aktiviti masjid dan surau, termasuk cadangan merapatkan susunan saf ketika solat berjemaah, rabu ini.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register