BTC USD 61,047.2 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kebenaran Solat Di Masjid Di Umum Selepas Perkenan Agong

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,308
Reaction score
2,884
Points
201
Ramai tak sempat solat Jumaat, kuota perlu ditambah

September 17, 2021

Sebilangan orang ramai berada di hadapan pintu masuk Masjid Negara Kuala Lumpur untuk menunaikan solat Jumaat pada hari ini.
Oleh KAIROL ZULHAIDI dan YUSMAN AWANG

KUALA LUMPUR: Orang ramai berharap agar kerajaan dapat menambahkan lagi kuota untuk umat Islam menunaikan solat Jumaat di masjid bagi golongan yang sudah lengkap divaksinasi, memandangkan masih ramai yang tidak berkesempatan untuk turut serta terutama bagi mereka yang bekerja di pejabat.


Hasil tinjauan HarakahDaily di Masjid Negara Kuala Lumpur, di sini hari ini mendapati, rata-rata orang ramai memberikan pendapat dan saranan terhadap kerajaan berhubung dengan penambahan kuota bilangan jemaah bagi solat Jumaat dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Advertisement

Berkuat kuasa pada hari ini, bilangan jemaah bagi solat Jumaat yang dibenarkan telah ditambah kepada 500 orang bagi masjid di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berada di kawasan dalam Fasa Dua PPN.

Namun begitu, masih ramai yang kecewa kerana tidak dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara pada hari ini disebabkan kuota 500 orang tersebut telahpun dipenuhi seawal pukul 12 tengah hari lagi.

Menurut seorang pesara, Ahmad Selamat Ahmad, 54, dia sangat gembira kerana kerajaan telah menambahkan kuota jemaah bagi solat Jumaat berkuat kuasa hari ini.

“Saya enjoy dan berasa gembira. Ini (penambahan kuota solat Jumaat) sangat bagus untuk umat Islam. Saya sangat bersyukur kepada Allah. Ini peluang terbaik untuk umat Islam kembali menunaikan solat Jumaat di masjid. Sebab dah lama ada dalam kalangan kita yang tak berpeluang untuk solat Jumaat di masjid,” katanya.


Ahmad Selamat.
Menurutnya, jemaah yang berpeluang menunaikan solat Jumaat di masjid bagaimanapun perlu mematuhi kesemua prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan termasuk tiada simpton jangkitan Covid-19, lengkap dua dos vaksin, memakai pelitup muka, amalkan penjarakan sosial dan masing-masing membawa sejadah sendiri.

“Ini sangat penting untuk memastikan tidak berlaku kes jangkitan baharu Covid-19 di masjid berpunca daripada solat Jumaat. Agar kuota bilangan jemaah boleh ditambah secara beransur-ansur pada masa hadapan supaya lebih ramai umat Islam kembali berpeluang menunaikan solat Jumaat di masjid,” ujarnya.

Sementara menurut eksekutif operasi, Raimi Rodi, 34, kuota 500 orang untuk jemaah solat Jumaat itu sebenarnya masih belum mencukupi terutama bagi masjid yang besar seperti Masjid Negara.

“Kena kaji semula kuota jemaah solat Jumaat mengikut kapasiti masjid. Sebagai contohnya, bagi masjid yang besar seperti Masjid Negara ini, kalau perlu kuota perlu ditambah pada masa hadapan, mungkin 200 hingga 300 orang.

“Kalau masjid yang kecil berbanding Masjid Negara, kalau perlu, boleh dikurangkan kuota 500 orang tersebut, bergantung kepada kapasiti masjid,” ujarnya kepada HarakahDaily.


Raimi Rodi.
Apa yang penting, dia mencadangkan agar setiap minggu harus ada wakil masjid atau pihak berkuasa membuat pemantauan dan penilaian di masjid, khususnya ketika solat Jumaat.

“Kalau perlu tambah, tambahlah sebab bila hanya diberi kebenaran kepada 500 orang, kita kena datang ke masjid seawal jam 11 pagi. Kalau orang bekerja di pejabat, memang tak sempatlah sebab biasanya golongan ini hanya dibenarkan keluar pejabat untuk solat Jumaat pada jam 12.30 tengah hari dan ada yang tak sempat makan.

“Kaji semula bagaimana caranya agar tempoh jemaah berkumpul dalam masjid untuk solat Jumaat dipendekkan. Bagi saya, kalau dah masuk ke masjid untuk solat Jumaat pada jam 11 pagi sementara mahu tunggu masuk waktu solat pada jam 1 tengah hari, kalau tiada sebarang aktiviti ia tak bagi motivasi untuk orang ramai kembali datang menunaikan solat Jumaat pada masa hadapan. Lainlah kalau dalam tempoh menunggu masuk waktu solat Jumaat itu diisi dengan aktiviti seperti kuliah agama dan sebagainya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Raimi turut mengesyorkan agar peniaga makanan dan minuman Islam dibenarkan berniaga di bahagian dalam masjid.

“Benarkan dua atau tiga peniaga makanan dan minuman beroperasi di bahagian dalam pekarangan masjid. Sebab saya tengok golongan peniaga Islam yang beroperasi di luar masjid memang tidak akan sempat untuk turut serta menunaikan solat Jumaat sebab kuota 500 itu sangat cepat dipenuhi sedangkan mereka masih melayan pelanggan ketika itu.

“Satu lagi saya syorkan agar wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ditugaskan supaya bersiap sedia di kawasan dalam masjid bagi memantau jemaah solat Jumaat. Tak boleh lepas tangan sepenuhnya kepada ahli jawatankuasa masjid sahaja, sebab mereka bukan dari bidang kesihatan,” katanya.

Seorang kerani, Ahmad Tajuddin Harun, 53, pula melahirkan kekecewaan kerana tidak sempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara pada hari ini.


Ahmad Tajuddin.
“Saya hadir ke masjid ini (Masjid Negara) tepat pada pukul 12 tengah hari, namun terlalu awal masjid ditutup kepada orang ramai kerana telah melebihi kapasiti 500 orang bilangan jemaah.

“Saya sarankan kepada kerajaan agar menambahkan bilangan kuota jemaah di masjid. Tambahan pula, Masjid Negara mempunyai ruang yang besar untuk para jemaah bersembahyang kerana majoriti yang datang ke masjid sudah lengkap dua dos vaksin dan ramai yang bekerja di pejabat seperti saya tidak boleh datang seawal 11 pagi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat,” katanya.

Terdahulu, kerajaan bersetuju untuk menambah kuota bilangan jemaah solat Jumaat kepada 500 orang dalam Fasa Dua PPN mengikut kesesuaian masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Tuan Haji Idris Ahmad, keputusan itu dibuat tanpa mengabaikan SOP yang ditetapkan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – HARAKAHDAILY 17/9/2021
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Pulau Pinang Benar Jemaah Lengkap Vaksinasi Solat Ikut Kapasiti Masjid, Surau

18.09.2021 - Georgetown, Jemaah yang telah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk mendirikan solat fardu dan Jumaat mengikut kapasiti ruang sesebuah masjid atau surau di negeri ini, mulai esok. Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Datuk Mohd Zakuan Zakaria berkata jemaah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

"Namun bagi mereka yang baharu sahaja mendapat satu dos vaksin, jemaah dibenarkan untuk hadir menunaikan solat di masjid dan surau seperti SOP terdahulu iaitu hanya 150 orang untuk masjid negeri, 100 orang di masjid kariah dan 50 orang di surau. Selain itu, pihak masjid atau surau juga perlu menyediakan ruang khas untuk mereka yang bermusafir dan pemandu e-hailing menunaikan solat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bagi khutbah Jumaat, khatib jemputan tidak dibenarkan dan hanya boleh menggunakan teks JHEAIPP. Mohd Zakuan berkata semua majlis ilmu haruslah diadakan secara dalam talian sahaja manakala bacaan Yassin dan tahlil secara fizikal dibenarkan pada malam Jumaat. Katanya pada masa ini, majlis rasmi, akad nikah atau majlis sosial masih tidak dibenarkan di masjid atau surau di negeri ini.

"Bagi pengurusan jenazah bukan kematian COVID-19, seramai 30 orang dibenarkan untuk solat jenazah dan urusan pengebumian. Ziarah kubur juga dibenarkan," katanya.

Beliau berkata pihak masjid dan surau perlu membentuk Jawatankuasa Pemantau untuk memastikan SOP yang dikeluarkan itu dipatuhi dan mengambil tindakan segera dengan melakukan sanitasi jika terdapat kes COVID-19.

"Semua SOP itu terpakai pada warganegara dan pemastautin tetap berusia 17 hingga 70 tahun, manakala bagi mereka berusia 71 tahun ke atas yang sihat boleh melaksanakan solat di masjid atau surau tapi tidak digalakkan," katanya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2004385
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Wujud SOP mesra jemaah imarah masjid, surau

Oleh Dr Mohd Shahid Mohd Noh- September 17, 2021 @ 11:01am
[email protected]

komentar_1631847643.jpg


Foto Hiasan


PERALIHAN Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) khususnya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, memperlihatkan banyak sektor ekonomi dan bukan ekonomi dibuka atau dilonggarkan. Justeru, masjid dan surau memerlukan prosedur operasi standard (SOP) baharu lebih mesra jemaah selepas sekian lama tidak diimarahkan.

Dengan melihat kelonggaran rentas daerah dan aktiviti kekeluargaan semakin 'bebas,' tiba masanya pihak berkuasa melonggarkan SOP di masjid dan surau sekurang-kurangnya solat Jumaat. Peningkatan jumlah jemaah tentu boleh dibuat mengambil kira premis seperti pawagam sudah dibenarkan beroperasi semula.

Sebelum ini, bilangan jemaah diizinkan ke masjid dihadkan antara 30 hingga 100 jemaah berbeza mengikut jenis dan saiz surau serta masjid. Jumlah terbabit perlu dinilai semula atau ditingkatkan sekurang-kurangnya separuh kapasiti masjid selepas dirujuk pakar berkaitan.

Hakikatnya, pematuhan SOP dan disiplin jemaah di masjid dan surau lebih setahun, banyak membantu mengekang penularan wabak, terutama di institusi penting agama itu.

Pada masa sama, SOP ini dilaksanakan dan terbukti berkesan sebelum kempen vaksinasi dijalankan lagi. Oleh itu, disarankan masjid dikekalkan sebagai tempat umum yang boleh dihadiri tanpa syarat sudah mengambil vaksin penuh.

Tanpa menafikan ikhtiar dituntut dalam Islam, kehadiran jemaah tidak mengambil vaksin sebenarnya tidak mengundang bahaya dalam bentuk pasti kepada jemaah lain. Kaedah fiqh jelas menyatakan pertimbangan maslahat atau mudarat itu hendaklah berdasarkan sesuatu pasti, bukan sangkaan lemah, mahupun persepsi.

Dalam hal ini, SOP sudah berperanan mengurangkan risiko itu menerusi pemeriksaan suhu, penjarakan fizikal dan penggunaan sejadah sendiri. Oleh itu, vaksinisasi antara usaha tambahan dalam mengawal risiko jangkitan, tetapi bukan satu kewajipan.

Penilaian SOP juga perlu dibuat dalam konteks penganjuran kuliah ilmu dan majlis akad nikah serta walimah. Ini amat penting bagi menghidupkan kembali tempat ahli kariah mencari ketenangan dan kekuatan rohani, selain secara tidak langsung mengukuhkan kembali ekonomi masjid bagi merancang aktiviti pada masa hadapan.

Hakikatnya, pelaksanaan SOP pada peringkat awalnya dilihat sesuatu 'luar kebiasaan' terutama bagi institusi masjid yang selama ini tidak pernah ditutup, mahupun dihadkan bilangannya. Apatah lagi disebabkan ada kalanya SOP berubah-ubah mengikut pindaan pihak berkuasa, kecelaruan maklumat berlaku apabila tidak dikemas kini.

Oleh itu, ahli jawatankuasa (AJK) dan pengurusan boleh diumpamakan sebagai barisan hadapan untuk memastikan SOP dipatuhi. Diakui, dalam melaksanakan amanah itu, kadangkala berlaku salah faham dan isu teknikal mengundang konflik antara mereka dengan jemaah.

Situasi ini menagih kebijaksanaan AJK mengawal dan memastikan diselesaikan dengan baik seperti menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak.

Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,368
Reaction score
15,063
Points
1,906
#BHnasional Selain solat jemaah dan Jumaat, aktiviti turut dibenarkan adalah solat jenazah, kuliah agama, ceramah, akad nikah dan jamuan makan dengan cara mengedar makanan siap dibungkus
https://bit.ly/39miCV7

Perlis buka sepenuhnya masjid Rabu ini​

September 19, 2021 @ 11:31am

1632023211293.png


KANGAR: Perlis membenarkan semua masjid dibuka sepenuhnya mulai Rabu ini dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) diperketat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, hanya anak kariah yang melengkapkan vaksin COVID-19 akan dibenarkan hadir ke masjid.

"Maksud vaksin lengkap adalah selepas 14 hari dari tarikh menerima suntikan dos kedua bagi vaksin jenis Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac.
"Bagi vaksin jenis Johnson & Johnson dan Cansino adalah selepas hari ke-28 dari tarikh suntikan dos kedua," titah baginda menerusi kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), malam tadi.




Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, sebagai langkah kawalan dan penyelarasan, surau atau tempat solat umum lain masih ditutup melainkan mendapat kebenaran khas MAIPs atau Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

Baginda bertitah, individu yang terbabit aktiviti rentas sempadan tidak dibenarkan hadir ke masjid dalam tempoh dua minggu dari tarikh terakhir melakukan aktiviti itu dan semua jemaah perlu mematuhi SOP keselamatan dan kesihatan ditetapkan.

"Selain solat fardu dan solat Jumaat, aktiviti lain dibenarkan adalah solat jenazah, kuliah agama, ceramah, akad nikah dan jamuan makan dengan cara mengedar makanan siap dibungkus," titah baginda. – BERNAMA

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
SOLAT BERJEMAAH | Masjid Di Perlis Dibuka Sepenuhnya Pada Rabu

Perlis membenarkan semua masjid dibuka sepenuhnya bermula solat Subuh pada Rabu ini iaitu 22 September dengan pelaksanaan SOP diperketat.

 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,212
Reaction score
2,252
Points
206
poie langkawi tanpa had sekatan, poie masjid ada had sekatan

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
FASA 2 PPN | Tetapan Baharu Had Jemaah Solat Jumaat Di Selangor

Selangor membenarkan sehingga 1,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam manakala 500 jemaah bagi masjid lain dalam tempoh fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perkara itu terkandung dalam satu surat edaran dalaman yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,601
Reaction score
979
Points
121
FASA 2 PPN | Tetapan Baharu Had Jemaah Solat Jumaat Di Selangor

Selangor membenarkan sehingga 1,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam manakala 500 jemaah bagi masjid lain dalam tempoh fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perkara itu terkandung dalam satu surat edaran dalaman yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Alhamdulillah
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register