BTC USD 61,253.3 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kebenaran Solat Di Masjid Di Umum Selepas Perkenan Agong

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

JAKIM sediakan SOP baharu solat jemaah

Oleh Samadi Ahmad- September 11, 2021 @ 4:44pm
[email protected]

bskskkdsd_1631352065.jpg


Orang ramai tidak dibenarkan masuk di Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru untuk solat Jumaat. - Foto NSTP/AMIRUDIN SAHIB


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) baharu berkaitan solat berjemaah di masjid dan surau, untuk panduan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, cadangan itu selari dengan persiapan negara memasuki fasa endemik COVID-19 pada penghujung Oktober ini, selepas 80 peratus penduduk menerima dos lengkap pelalian COVID-19.

Idris berkata, beliau akan berbincang dengan mufti, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), bagi memperinci cadangan, termasuk memberi ruang lebih luas untuk solat berjemaah di masjid dan surau dengan langkah keselamatan yang rapi.

"Selain itu, cadangan untuk menjadikan lebih banyak surau biasa, termasuk surau di pejabat sebagai tempat mendirikan solat Jumaat, juga akan turut dibincangkan bersama pihak berkuasa agama negeri.

"Kerajaan memberi perhatian serius terhadap kemudahan solat berjemaah di masjid dan surau serta aktiviti berkaitannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

dvfdkvndskjnv_1631352072.jpg


Jemaah menunaikan solat Jumaat di luar pagar di Surau Al-Falah, Taman Cempaka, Ampang. - Foto NSTP/EFFENDY RASHID

Beliau berkata, ketetapan yang akan dibuat kelak turut mengambil kira titah nasihat, pandangan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahserta Sultan dan Raja negeri-negeri yang bertanggungjawab mengenai urusan hal ehwal Islam di negara ini.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jaminan akan terus berusaha bersama pihak berkuasa agama negeri dalam perkara berkaitan hal ehwal agama Islam, agar dapat dilaksanakan dengan lebih teratur serta menurut lunas perundangan.

"Saya amat berharap agar masyarakat khususnya umat Islam memahami sebarang keputusan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan dalam setiap perkara, keselamatan rakyat perkara yang paling menjadi keutamaan," katanya.

Idris berkata, kerajaan memberi perhatian serius terhadap kemudahan solat berjemaah di masjid dan surau serta aktiviti berkaitan.

Katanya, inisejajar dengan sebahagian daripada lima inisiatif yang dirancang oleh jabatan itu seperti Pemantapan Mental, Jasmani dan Rohani serta Pemantapan Institusi Masjid dan Surau.


 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,212
Reaction score
2,253
Points
206
Nk solat pun skg mcm ado kasta n darjat n pangkat. Syukur lah surau tompek den ni ajk blh tolak ansur bg izin sapo2 ajo dtg solat, x kisah dh vaksin atau blum atau takdo vaksin, sila berjemaah ikut sop...
 

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
8,318
Reaction score
296
Points
91
berat tanggungjawab tu and nak jawab esok tu.

at least ada la pahala usaha dtg tu hehe.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Kelantan Benar Solat Jumaat Kapasiti 40 Jemaah Mulai Esok

17.09.2021 - Kuala Lumpur, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mengumumkan kebenaran menunaikan solat Jumaat dan solat jemaah lima waktu dengan kapasiti jemaah 40 orang di masjid, surau dan musolla negeri itu, di bawah Pelan Pemulihan Negara Fasa 2. Yang Dipertua Maik Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz memaklumkan kebenaran itu berkuat kuasa esok (17 September), setelah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Kebenaran itu tertakluk kepada kakitangan dan jemaah yang terpilih sahaja, selain beberapa syarat termasuk hanya mereka yang telah menerima dos lengkap suntikan vaksin akan dibenarkan hadir bersolat berjemaah. Ini bermakna jemaah perlu melepasi hari ke-14 daripada tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin dua dos (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac) atau melepasi hari ke-28 daripada tarikh suntikan vaksin satu dos (Johnson & Johnson dan CanSino). Ia juga tertakluk pada prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan.

“Pelaksanaan solat fardu lima waktu di masjid negeri, bandar, jajahan, mukim, surau dan musolla seluruh negeri Kelantan adalah dibenarkan dengan 40 jemaah yang terdiri daripada kakitangan masjid dan jemaah terpilih sahaja. Pihak Maik amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini. SOP sebagaimana di atas hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid/ surau/ musolla. Tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP ini,” kata Tengku Mohamad Rizam dalam satu kenyataan hari ini.

Antara syarat digariskan Maik ialah wajib memakai pelitup muka; memastikan pengudaraan yang baik dengan membuka semua pintu, tingkap dan kipas manakala penggunaan penyaman udara tidak digalakkan. Masa aktiviti juga disingkatkan untuk aktiviti wajib saja iaitu sejam sebelum solat Jumaat dan 30 minit bagi solat fardu; penandaan jarak sekurang-kurangnya 2 meter; jemaah dikehendaki membawa sejadah sendiri bersaiz besar; dan pergerakan selepas solat mesti dipastikan tidak bersesak-sesak.

Tiada perkumpulan dibenarkan selepas selesai aktiviti di masjid, manakala semua aktiviti lain seperti kuliah, tadarus dan lain-lain adalah tidak dibenarkan. Sebelum ini Maik hanya membenarkan empat jemaah yang terdiri daripada kakitangan masjid dan surau dibenarkan menunaikan solat fardu sepanjang tempoh PKP penuh bermula 1 Jun lalu.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/591674
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
FB_IMG_1631858811490.jpg

🕌 Had jemaah di masjid & surau Wilayah Persekutuan (Berkuatkuasa 17 Sept 2021)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
Seramai 40 jemaah dibenarkan bagi solat fardu Jumaat di seluruh masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim dan had bilangan jemaah yang sama turut dibenarkan bagi pelaksanaan solat fardu lima waktu di masjid negeri, bandar, jajahan, mukim, surau dan musala.

 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,973
Reaction score
909
Points
121
Ramai gila sembahyang kat masjid hari ni.
Dah ramai ambik second dose, ajk masjid pun dah tak tengok kad vaksin lagi dah.
Semua datang masuk masjid macam biasa lepas tulis nama.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

JAKIM sudah muktamad SOP solat berjemaah di masjid, surau

Oleh Amir Mamat- September 16, 2021 @ 3:47pm
[email protected]

idris_1631778433.jpg


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad, menyampaikan kit makanan pada program penyerahan Food Bank Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan kotak makanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Masjid Al-Wahhab Permatang Duyong, hari ini


MELAKA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah menyiapkan draf Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan solat berjemaah di masjid dan surau, untuk dijadikan panduan kepada semua negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad, berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang diadakan semalam.

Bagaimanapun, katanya, prosedur pelaksanaan termasuk kuota jemaah tertakluk kepada kuasa badan agama negeri, manakala JAKIM hanya berperanan sebagai penyelaras dan penanda aras dalam menyediakan draf ketetapan.

"Semua mufti negeri akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa agama negeri masing-masing sebelum SOP baharu negeri diumumkan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempersiapkan negara bagi memasuki fasa endemik COVID-19.

"Hal berkaitan agama ini tanggungjawab negeri. Kadang kala masyarakat marah mengapa masjid tak boleh datang ramai sedangkan ini (keputusan) bukan tugas kita (Kerajaan Persekutuan), kita tak boleh campur urusan agama (negeri), kita kena hormat.

"JAKIM hanya bertindak sebagai penyelaras sahaja, kita beri pandangan dan itu sahaja yang kita boleh lakukan," katanya.

Beliau memberitahu demikian selepas merasmikan program penyerahan Food Bank Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan kotak makanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)di Masjid Al-Wahhab Permatang Duyong di sini, hari ini.

Hadir sama, Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan Penasihat Agama Ketua Menteri, Datuk Kamarudin Sidek.

Sementara itu, mengulas perkembangan segelintir guru agama yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19, Idris berkata, golongan berkenaan sewajarnya memberi kerjasama dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian pandemik terbabit.

Katanya, nyawa anak murid dan pelajar tidak boleh 'digadaikan' selain perlu mengambil kira keputusan pengambilan vaksin bukan sahaja berlandaskan pandangan ulama tempatan sahaja, tetapi juga cendikiawan agama dari negara Islam seluruh dunia.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
SOLAT BERJEMAAH | Jemaah Lengkap 2 Dos Vaksin Dibenar Ke Masjid

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang membenarkan jemaah yang lengkap vaksinasi mendirikan solat berjemaah di masjid dan surau mulai hari ini.

Pulau Pinang start subuh tadi..

IMG-20210917-WA0019.jpg
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register