BTC USD 61,216.0 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kebenaran Solat Di Masjid Di Umum Selepas Perkenan Agong

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
COVID-19 | Masjid Akan Dibuka Selepas Kakitangan Lengkap Vaksin

Semua 600 masjid di Kelantan hanya akan dibenar dibuka semula untuk solat dan aktiviti keagamaan selepas semua 1,800 kakitangan masjid lengkap menerima vaksin COVID-19.

Ketua Pegawai Pembangunan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Mohd Azman Ghazali berkata, setakat ini 80 peratus daripada mereka sudah lengkap vaksin, manakala bakinya dijangka selesai mendapat suntikan pada akhir bulan ini.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Ketetapan terkini had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam Tempoh Pelan Pemulihan Negara.

1629350378965.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Semua masjid dan surau Jumaat di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi dengan terhad kepada 150 jemaah terawal termasuk pegawai dan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid serta petugas keselamatan dan sukarelawan, mulai esok.

1629987438125.png
 

akukuli

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2013
Messages
2,849
Reaction score
288
Points
56
smlm den tanyo grup wasap surau perumahan,

ahli2 kariah yg dh cukup 2 dos vaksin dah boleh dtg solat subuh jemaah ko?

ajk surau cakap tak boleh lagi....

heran pulak, gomen kato dh boleh poie surau masjid utk geng 2 dos vaksin.... ini tidak adil!

1628568987987.jpeg

Dah 2 dos jang?
Rentas jela pi Putrajaya leh masuk jemaah
Kek Selangor masih cara lama,
Sorg ja wakil dr setiap surau leh poi masjid
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,308
Reaction score
2,884
Points
201
Setuju ambil vaksin kerana mahu solat berjemaah di masjid

CHE Ismail (kiri) ditemani Mohd Jailani hadir ke PPV Integrasi UniSZA di Kuala Nerus, hari ini. FOTO Bernama
CHE Ismail (kiri) ditemani Mohd Jailani hadir ke PPV Integrasi UniSZA di Kuala Nerus, hari ini. FOTO Bernama

Kuala Nerus: Kerinduannya untuk kembali solat berjemaah di masjid menyebabkan warga emas berusia 101 tahun, Che Ismail Che Tahir akhirnya bersetuju untuk menerima vaksin Covid-19.

Che Ismail yang tinggal di Kampung Gong Kijang, di sini, hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ditemani cucunya, Mohd Jailani Harun, 52, dan dua cicit, hari ini.

Mohd Jailani berkata, datuknya sudah mendapat janji temu vaksin ketika fasa pertama untuk warga emas dibuka, namun belum bersedia ketika itu disebabkan kurang pendedahan mengenai kepentingan vaksin.

"Kami tidak berputus asa untuk memujuk tokki (datuk) mendapatkan vaksin demi kesihatannya. Antara kelebihan apabila lengkap dua dos vaksin ialah dapat berjemaah di masjid dan surau, jadi kami terangkan perkara itu kepada tokki.


"Akhirnya tokki setuju dan kebetulan pula saya ternampak di Facebook (FB) dua hari lalu bahawa UniSZA memberi peluang untuk individu yang belum mendapat vaksin agar datang secara 'walk in' ke sana. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan," katanya ketika ditemui, hari ini.

Che Ismail adalah penerima vaksin tertua di PPV itu hari ini dan menerima dos pertama vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech, tetapi tidak dapat ditemu bual kerana masalah pendengaran.

Sementara itu, Pengarah PPV Integrasi UniSZA, Prof Dr Nik Arif Nik Mohamed berkata, selain warga emas, keutamaan untuk 'walk in' atau tanpa janji temu diberi kepada wanita hamil, Orang Kurang Upaya (OKU) dan individu terlepas tarikh janji temu vaksin kerana kekangan tertentu.

"Sejak dibuka dua hari lalu, sambutan memang amat menggalakkan. PPV Integrasi UniSZA turut menyediakan 20 unit khemah, 400 kerusi di luar dewan dan 600 kerusi di dalam dewan bagi menampung pertambahan itu.

"Jumlah petugas di PPV ialah 250 orang untuk dua syif iaitu pagi dan petang. Ia mencukupi untuk memenuhi peningkatan penerima vaksin dan kami memastikan mereka patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan sepanjang proses vaksinasi," katanya.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
FASA 2 PPN | JAIM Benarkan 500 Jemaah Di Masjid Bermula Esok

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan kehadiran maksimum 500 jemaah di tujuh masjid kerajaan di negeri itu bermula esok selaras dengan peralihan fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuatkuasa hari ini.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, bagi masjid kariah dan institusi pula, maksimum kehadiran adalah 200 jemaah sementara 100 orang bagi kehadiran di surau.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,212
Reaction score
2,252
Points
206
syukurlah masjid surau dah ramai dtg solat jemaah....

tapi tok imam kesianlah kek kami, mentang2 dah ramai dtg solat jemaah di hentamnyo lopeh geram baco ayat panjang2 dlm solat, wirid panjang2 (bleh habis 2 rakaat solat sunat) & baco doa panjang2 (bleh habis 2 rakaat solat sunat)

den dah lah sakit lutut x leh lipat kaki lamo2 kebassssss & ngiluuuuu

mgkn imam terlalu semangat sbb nengok jemaah ramai... adehhhh
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,308
Reaction score
2,884
Points
201
Jemaah solat Jumaat: Penjelasan Masjid Putra Putrajaya

September 11, 2021

KUALA LUMPUR: Masjid Putra Putrajaya merujuk sebuah video yang tular mengenai layanan berbeza kepada jemaah yang hadir solat Jumaat pada 10 September lalu di masjid itu.

“Ingin dijelaskan bahawa pengurusan kehadiran jemaah di Masjid Putra sama ada solat fardu lima waktu atau solat Jumaat adalah mematuhi garis panduan dan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” jelas Masjid Putra dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, bagi solat Jumaat, kapasiti Jemaah di Masjid Putra telah ditetapkan seramai 300 orang.

Katanya, daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu ketibaan di masjid bagi memudahkan pihak pengurusan masjid memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan kuota yang ditetapkan.

Menurut kenyataan itu lagi, tidak dapat dinafikan, saban minggu Masjid Putra menerima kehadiran para jemaah melebihi kapasiti yang ditetapkan sejak jam 11.00 pagi untuk menunaikan solat Jumaat.

Tambahnya, apabila kapasiti jemaah telah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pinta pagar utama masjid menyebabkan jemaah yang hadir kemudiaan tidak dapat memasuki masjid. Pihak masjid memaklum dan menasihatkan para jemaah secara baik mengenai perkara tersebut.

“Bagi memelihara nama baik institusi masjid, pihak pentadbiran masjid akan berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan

“Justeru, kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan pelanggan setia kami gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang diberi,” ujarnya.

Ujar kenyataan itu, sebarang cadangan dan maklum balas bolehlah menghubungi terus pihak Masjid Putra.

“Pihak Masjid Putra memohon kemaafan atas kekhilafan yang berlaku dalam hal ini,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 11/9/2021
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
FASA ENDEMIK | Jakim Sediakan SOP Baharu Solat Jemaah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyediakan SOP baharu berkaitan solat berjemaah di masjid dan surau, untuk panduan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad berkata, cadangan itu selari dengan persiapan negara, memasuki fasa endemik COVID-19 pada hujung Oktober ini selepas 80 peratus penduduk lengkap dos vaksin COVID-19.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,370
Reaction score
15,064
Points
1,906
#KualaLumpur Menurut Idris, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan mufti-mufti, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.
https://www.hmetro.com.my/.../jakim-diarah-sediakan...

Jakim diarah sediakan ketetapan baru SOP solat jemaah di masjid, surau​


1631367760141.png

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarah untuk membuat draf ketetapan baharu berkaitan prosedur operasi standard (SOP) solat berjemaah di masjid dan surau untuk dijadikan panduan kepada semua negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, perkara itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempersiapkan negara bagi memasuki fasa endemik Covid-19 pada penghujung Oktober ini, selepas 80 peratus penduduk menerima dos lengkap vaksin Covid-19.

Menurut Idris, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan mufti-mufti, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

Ia bagi membincangkan beberapa cadangan yang boleh diambil termasuk memberi ruang kapasiti yang lebih luas untuk solat berjemaah di masjid dan surau dengan langkah-langkah keselamatan yang rapi.

"Selain itu, cadangan untuk menjadikan lebih banyak surau biasa termasuk surau-surau di pejabat sebagai tempat mendirikan solat Jumaat juga akan turut dibincangkan bersama pihak berkuasa agama negeri.

"Kerajaan memberi perhatian serius terhadap kemudahan solat berjemaah di masjid dan surau serta aktiviti berkaitannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua ketetapan yang akan dibuat kelak turut mengambil kira titah nasihat, pandangan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong serta Sultan dan Raja negeri-negeri yang bertanggungjawab mengenai urusan hal ehwal Islam di negara ini.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jaminan akan terus berusaha bersama pihak berkuasa agama negeri dalam perkara berkaitan hal ehwal agama Islam agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih teratur serta menurut lunas perundangan.

"Saya amat berharap agar masyarakat, khususnya umat Islam, memahami bahawa sebarang keputusan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan dalam setiap perkara, keselamatan rakyat adalah perkara yang paling menjadi keutamaan," katanya.
Disiarkan pada: September 11, 2021 @ 4:48pm


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register