BTC USD 41,940.3 Gold USD 1,774.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kebenaran Solat Di Masjid Di Umum Selepas Perkenan Agong

Sponsored Post

rasyid.ahmad

Fun Poster
Joined
Feb 15, 2017
Messages
309
Reaction score
118
Points
23
negeri2 yg letakkan syarat jemaah yg hadir mesti lengkap 2 dos, maknanya solat dah rapat balik saf atau masih jarak?
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Terengganu Benar Solat Jumaat, Fardu Ikut Keluasan Masjid, Surau

08.07.2021 - Kuala Terengganu, Solat Jumaat di semua masjid di negeri ini dibenarkan mengikut keluasan masjid, berkuat kuasa esok. Selain itu, solat fardu, solat jenazah dan solat sunat Aidiladha juga turut dibenarkan berdasarkan keluasan masjid serta surau. Kebenaran pelaksanaan solat di masjid dan surau itu diperkenankan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, susulan perluasan aktiviti keagamaan dalam tempoh fasa dua, Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, kehadiran jemaah hanya dibenarkan kepada ahli qariah yang bermastautin dan warganegara kecuali mendapat kebenaran Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri. Katanya, kehadiran jemaah untuk menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid dan surau dihadkan hanya kepada jemaah lelaki.

"Jawatankuasa masjid dan surau diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. Sultan Mizan juga menitahkan semua imam masjid membaca Qunut Nazilah ketika melaksanakan solat Jumaat selain meminta semua masjid dan surau mengadakan solat sunat hajat setiap kali selepas solat Jumaat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, semua imam dikehendaki membaca teks doa Qunut Nazilah dalam solat Jumaat dan berdoa memohon dijauhi dari wabak penyakit yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Osman berkata, semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan solat hajat dan bacaan surah Yassin setiap malam selepas solat Maghrib secara berjemaah.

"Aktiviti lain di masjid dan surau adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran daripada MAIDAM. Masjid dan surau yang dikenakan arahan penutupan mengikut Seksyen 18, (1), (d), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak dibenarkan melaksanakan aktiviti sepanjang tempoh penutupan," katanya.

Osman berkata, Sultan Mizan menyeru rakyat terutama muslimin dan muslimat untuk bersama bermunajat, berzikir dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/...solat-jumaat-fardu-ikut-keluasan-masjid-surau
 

Kelulut madu

Fun Poster
Joined
May 1, 2018
Messages
932
Reaction score
153
Points
33
Alhamdulillah hampir smua masjid surau mula d buka
Dh ramai bole solat, x mcm dlu ada had 12 org shj
Cuma jemaah je yg x ramai menghadiri solat d surau masjid
Xpa pelan2 kayuh
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,318
Reaction score
15,000
Points
2,376
SOLAT JEMAAH | Bilangan Jemaah Solat Jumaat, Fardu Di Wilayah Persekutuan Ditambah

Mulai esok, jumlah jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan Solat Jumaat dan solat sunat Aildiladha di masjid dan surau jumaat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara akan ditambah mengikut katEgeri masjid dan surau .

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat perkenan yang Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,318
Reaction score
15,000
Points
2,376
FB_IMG_1625763573165.jpg

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat ketetapan baharu berhubung had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat Aidiladha di masjid serta surau dalam Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berkuat kuasa esok.

Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail berkata untuk kawasan dilaksanakan Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), bilangan jemaah solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 300 orang dan 100 orang bagi solat fardu, manakala di lapan masjid pusat zon dibenarkan 100 orang untuk solat Jumaat serta solat sunat Aidiladha dan 50 orang bagi solat fardu.

"Untuk Masjid Kariah dan surau Jumaat, jemaah bagi solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha yang dibenarkan adalah 50 orang, sementara solat fardu 30 orang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita penuh layari Bernama.com

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,318
Reaction score
15,000
Points
2,376
FB_IMG_1625763793563.jpg

🕌Had terkini jemaah solat di Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan

-Infografik-

#MenangBersama #LindungDiriLindungSemua
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,318
Reaction score
15,000
Points
2,376
FASA 2 PPN | Tiada Lagi Had Bilangan Jemaah Masjid & Surau Di Terengganu

Tiada lagi penetapan had bilangan jemaah untuk semua masjid dan surau di seluruh Terengganu.

Keputusan itu dimaklumkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan bilangan jemaah mestilah mengikut keluasan masjid dan surau serta mematuhi semua SOP yang ditetapkan kerajaan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register