BTC USD 33,839.1 Gold USD 1,782.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kebenaran Solat Di Masjid Di Umum Selepas Perkenan Agong

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,113
Reaction score
12,946
Points
2,376
PKP DI KELANTAN | MAIK Keluar SOP Ketat Di Masjid Dan Surau

Solat Jumaat dan tarawih hanya dibenarkan di masjid serta surau di tujuh daerah di Kelantan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini sehingga 29 April depan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

#vivoX60Series #PhotographyRedefined

 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,442
Reaction score
2,845
Points
206

Masjid mukim, surau, musala di seluruh Kelantan diarah tutup

61618921727_SOPSOLAT.jpg


KOTA BHARU: Seluruh masjid mukim, surau dan musala di Kelantan diarah tutup untuk semua aktiviti termasuk solat Jumaat, fardu, solat sunat tarawih dan aktiviti-aktiviti lain bermula esok sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata bagaimanapun pelaksanaan solat Jumaat, fardu dan solat sunat tarawih di masjid negeri, bandar dan jajahan adalah dibenarkan.

"Pelaksanaan itu dibenarkan dengan 50 peratus kehadiran jemaah daripada kapasiti masjid selepas penjarakan fizikal di dalam saf sebanyak dua meter.

"Manakala aktiviti-aktiviti lain termasuk tazkirah, tadarus Al-Quran, iktikaf dan lain-lain adalah tidak dibenarkan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, masjid yang dibenarkan adalah Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Masjid Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan, Masjid Sultan Muhammad II,Telipot, Masjid Sultan Mansor, Kampung Sireh dan Masjid D'Raja Long Yunus, Langgar.

Selain itu, Masjid Bandar As-Salam, Pengkalan Chepa, Masjid Ismaili Jajahan Tumpat, Masjid Mahmoodi (Jajahan Bachok), Masjid Ibrahimi (Jajahan Pasir Puteh), Masjid Sultan Yahya Petra (Jajahan Machang) dan Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, (Jajahan Kuala Krai).

Turut dibenarkan dibuka ialah Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra (Jajahan Gua Musang), Masjid Sultan Muhammad I (Jajahan Jeli), Masjid Sultan Muhammad III (Jajahan Pasir Mas), Masjid Ismail Petra (Jajahan Tanah Merah) dan Masjid Bandar An-Nur Guchil, Kuala Krai.

Tengku Mohamad Rizam berkata MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang gagal patuhi prosedur operasi standard ditetapkan.

-- BERNAMA

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,113
Reaction score
12,946
Points
2,376
COVID-19 | Hanya 17 Masjid Di Kelantan Dibenar Beroperasi

Susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di Kelantan, solat Jumaat, fardu dan solat sunat tarawih hanya dibenarkan di 17 masjid bandar dan jajahan di negeri itu berkuat kuasa hari ini.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,113
Reaction score
12,946
Points
2,376
SOP RAYA | Takbir Raya Dibenarkan Dengan Kebenaran Kerajaan Negeri

Takbir raya di masjid atau surau adalah dibenarkan di semua kawasan kecuali yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dan mengikut ketetapan kerajaan negeri.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,113
Reaction score
12,946
Points
2,376
PKP | Ketetapan Baharu Bilangan Jemaah Di Masjid, Surau Di Selangor

Jawatankuasa Tetap Agama Islam Selangor mengeluarkan ketetapan baharu bilangan jemaah solat fardu lima waktu, solat Jumaat dan solat sunat tarawih di semua masjid dan surau di enam daerah yang dikenakan PKP.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,751
Reaction score
4,000
Points
236
Solat Tarawih, Aidilfitri di W.Persekutuan dibenarkan - JAWI

07.05.2021 - Kuala Lumpur, Solat sunat tarawih dan Aidilfitri di seluruh Wilayah Persekutuan yang kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan berdasarkan kapasiti masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata kebenaran yang hanya dilaksanakan di kawasan kariah masing-masing itu turut membenarkan ibadah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan. Mohd Ajib berkata ketetapan baharu yang diumumkan Jawi itu diputuskan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras pengumuman terkini kerajaan berhubung perkembangan PKP.

“Aktiviti qiamullail dibenarkan 100 orang sahaja mulai jam 5 pagi dengan penjarakan fizikal 1.5 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikut adalah antara ketetapan baharu berhubung ibadah solat dan aktiviti keagamaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan:
  • Kawasan PKP (Kuala Lumpur)
  • Tadarus al-Quran dan Majlis Khatam al-Quran secara bersemuka dibenarkan dengan kapasiti separuh dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.
  • Takbir Hari Raya pada malam 1 Syawal dibenarkan dengan peserta tidak melebihi 20 orang dalam kalangan ahli jawatankuasa dan pegawai masjid hingga 10 malam.
  • Jamuan selepas solat sunat Aidilfitri, Majlis Jamuan Hari Raya dan aktiviti ziarah kubur adalah tidak dibenarkan.
  • Kuliah dan tazkirah secara bersemuka dibenarkan dengan kapasiti separuh dewan solat utama dengan penjarakan 1.5 meter.
Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1959918
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,751
Reaction score
4,000
Points
236
JHEAIPP Benarkan Solat Tarawih, Aidilfitri Di Kawasan PKP, PKPB

10.05.2021 - Kuala Lumpur, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membenarkan masjid dan surau di beberapa daerah dan mukim yang dikenakan Perintah Kawalan Peregerakan (PKP) serta PKP Bersyarat, mengadakan solat sunat tarawih dan Aidilfitri serta solat Jumaat.

Bagaimanapun kata Pengarah JHEAIPP Mohd Zakuan Zakaria, jumlah jemaah adalah tertakluk kepada kapasiti masjid dan surau.

"Bagi solat sunat Aidilfitri, imam hendaklah membaca surah atau ayat yang pendek ketika solat serta meringkaskan doa dengan kadar tempoh keseluruhan solat termasuk takbir, solat, khutbah dan doa adalah kira-kira 45 minit.

"Imam dan khatib jemputan tidak dibenarkan untuk memimpin solat dan menyampaikan khutbah Hari Raya, hanya imam yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri P ulau Pinang (MAINPP) sahaja dan khutbah Hari Raya hendaklah diringkaskan dan hanya menggunakan teks khutbah yang disediakan oleh JHEAIPP," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zakuan berkata selain itu, takbir raya menggunakan pembesar suara luar adalah dibenarkan bermula solat maghrib malam terakhir Ramadan namun amalan takbir dari rumah ke rumah tidak dibenarkan.

Katanya jamuan selepas solat sunat hari raya dan penganjuran sebarang majlis rumah terbuka juga tidak dibenarkan namun, sekiranya masjid atau surau hendak menyediakan jamuan makanan, boleh diedarkan secara berbungkus sahaja.

Pihak masjid dan surau juga perlu menyediakan ruang solat musafir khusus yang bertanda di kawasan balai lintang atau di ruang tertentu untuk kemudahan pekerja e-hailing seperti Food Panda, Grab Food dan lain-lain di kawasan PKP.

"Mereka yang dikategorikan sebagai musafir perlu membawa sendiri sejadah bersaiz besar dan telekung. Penggunaan ruang solat musafir hanya dibuka selama satu jam selepas masuk waktu solat fardu," katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/574053
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
27,708
Reaction score
2,050
Points
206
surau perumahan den masih boleh jemaah mcm biaso, cumo skg bilo azan isyak ajk trus tutup pagar x kasi org masuk utk elak overcrowded

jadi sapo dtg lps azan tepakso blk rumah

den dah kena hari 1st pkp dtg lmbt lps azan isyak tengok2 xleh masuk surau huhuhu
 

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
8,048
Reaction score
215
Points
83
surau perumahan den masih boleh jemaah mcm biaso, cumo skg bilo azan isyak ajk trus tutup pagar x kasi org masuk utk elak overcrowded

jadi sapo dtg lps azan tepakso blk rumah

den dah kena hari 1st pkp dtg lmbt lps azan isyak tengok2 xleh masuk surau huhuhu
tempat aku 50 org je, dtg nak dekat azan mmg balik rumah la haha. memang nak kene dtg awal2 at least 20 min sbb org2 tua mmg lg awal d org muda so depa da cop siap2
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register