BTC USD 34,352.3 Gold USD 1,784.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kebenaran Solat Di Masjid Di Umum Selepas Perkenan Agong

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,442
Reaction score
2,845
Points
206
Solat tarawih dibenar di Pulau Pinang

WhatsApp-Image-2021-04-01-at-14.00.00-e1617259325977.jpeg


GEORGE TOWN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHAINPP) membenarkan aktiviti mengimarahkan masjid dan surau sepanjang Ramadan ini termasuk solat tarawih serta moreh.

Pengarahnya, Mohd. Zakuan Zakaria berkata, pelaksanaan semua aktiviti tersebut perlu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan garis panduan yang dikeluarkan untuk pelaksanaan aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan itu akan berkuatkuasa mulai 12 April ini.

“Solat tarawih dibenarkan dilakukan sebanyak 20 rakaat, namun bagi memastikan tempoh berkumpul tidak terlalu lama pihak masjid dan surau boleh melaksanakannya sebanyak lapan rakaat.

“Kadar bilangan jemaah adalah mengikut kapasiti masjid dan surau manakala jemaah hendaklah berusia tujuh hingga 70 tahun sahaja serta berada dalam keadaan sihat.

“Bagaimanapun, tazkirah semasa solat sunat tarawih adalah tidak dibenarkan dan imam serta bilal perlu meringkaskan bacaan zikir, selawat serta doa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya program qiamullail di masjid dan surau juga dibenarkan manakala bermalam di masjid adalah dilarang sama sekali.- K! ONLINE

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,113
Reaction score
12,946
Points
2,376
PKPP | Sabah Benarkan Aktiviti Masjid Dan Surau Sepanjang Ramadan

Kerajaan Negeri Sabah membenarkan pelaksanaan aktiviti masjid dan surau sepanjang Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan berkuat kuasa 12 April ini.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,113
Reaction score
12,946
Points
2,376
RAMADAN | Melaka Benarkan Solat Tarawih Di 213 Masjid

Majlis Agama Islam Melaka membenarkan semua 213 masjid dan lebih 800 surau di seluruh negeri itu melaksanakan Solat Sunat Tarawih mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,113
Reaction score
12,946
Points
2,376
RAMADAN | Solat Tarawih Di Masjid Dan Surau Di Perlis Dibenarkan

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) membenarkan aktiviti mengimarahkan masjid dan surau termasuk mengadakan Solat Tarawih di seluruh negeri sepanjang Ramadan ini.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
81,207
Reaction score
13,021
Points
1,906
#johorbahru Imam bertugas bagi solat tarawih hendaklah membaca surah lazim saja pada setiap rakaat.
https://www.hmetro.com.my/.../solat-tarawih-aktiviti...

Solat tarawih, aktiviti imarah masjid dan surau dibenarkan​


1617851885145.png


Johor Bahru: Pelaksanaan solat tarawih termasuk pengimarahan masjid dan surau dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan di negeri ini.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, pelaksanaan solat tarawih hendaklah diberi keutamaan kepada jemaah lelaki dewasa dan kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas, selain dilakukan sebanyak 20 rakaat diikuti dengan solat sunat witir tiga rakaat.

Katanya, imam bertugas bagi solat tarawih hendaklah membaca surah lazim saja pada setiap rakaat selepas al-Fatihah dan imam serta jemaah hendaklah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Kebenaran ini berkuat kuasa sepanjang Ramadan iaitu bermula 13 April hingga ada ketetapan lain yang ditentukan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) selepas mendapat pandangan dan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sepanjang tempoh PKPB, program tadarus al-Quran dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi satu jam selepas selesai solat witir atau waktu yang diprogramkan oleh pihak masjid mahupun surau.

"Majlis khatam al-Quran dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi satu jam tiga puluh minit, selain program kuliah dan ceramah dibenarkan dalam tempoh tidak melebihi satu jam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kuliah sebelum atau selepas tarawih tidak dibenarkan.

Katanya, majlis berbuka puasa, sahur dan moreh dalam masjid mahupun surau dibenarkan di kawasan khusus serta juadah hendaklah dibungkus, namun tidak dibenarkan secara bufet atau layan diri.

"Bagi majlis tertentu seperti jamuan berhidang dibenarkan untuk bilangan 50 jemaah saja di ruang yang ditetapkan.

"Kegiatan masak-memasak dalam kawasan masjid dan surau adalah tidak dibenarkan, namun program agihan bubur lambuk dalam kawasan masjid serta surau dibenarkan.

"Majlis qiamulail di masjid mahupun surau adalah dibenarkan untuk tempoh dua jam sebelum masuk waktu subuh, namun jemaah tidak dibenarkan tidur bermalam dalam premis itu," katanya.


Disiarkan pada: April 8, 2021 @ 10:53am
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,113
Reaction score
12,946
Points
2,376
RAMADAN | Masjid Dan Surau Kembali Diimarahkan

Ramadan disambut dengan suasana yang ceria tahun ini berikutan beberapa kelonggaran yang dibenarkan kerajaan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

#vivoX60Series #PhotographyRedefined

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,113
Reaction score
12,946
Points
2,376
SOLAT TARAWIH | Masjid & Surau Kembali Diimarahkan

Kebenaran tarawih berjemaah di masjid dan surau turut disambut dengan kesyukuran dan dilaksana dengan pematuhan SOP yang tinggi di seluruh negara.

Tinjauan mendapati pihak masjid dan ahli kariah, mengikut peraturan dan giliran untuk mengimarahkan masjid dan surau.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,129
Reaction score
308
Points
51

Kluster tarawih: Kerajaan Kedah tarik balik kebenaran jika tidak patuh SOP

Kluster tarawih: Kerajaan Kedah tarik balik kebenaran jika tidak patuh SOP


ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah akan menarik balik kebenaran menunaikan solat tarawih di masjid dan surau di seluruh negeri sekiranya kes jangkitan COVID-19 meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Datuk Najmi Ahmad berkata, kenaikan kes COVID-19 adalah disebabkan kelalaian diri sendiri yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, memandangkan tahun ini umat Islam diberi ruang dan peluang menunaikan solat tarawih di masjid, seharusnya tanggungjawab itu dipikul bersama bagi memastikan tidak berlaku penyebaran COVID-19 semasa beribadah.

Ini, jelas beliau, berdasarkan pengalaman ketika pelaksanaan solat Jumaat di mana SOP ketika keluar dari masjid sering kali diabaikan apabila ramai jemaah keluar serentak tanpa menjaga jarak.

Terdapat juga, katanya, mereka yang tidak memakai pelitup muka dengan betul ketika berada di masjid yang mempunyai ramai jemaah.

Keadaan ini, menurut Najmi, boleh menyebabkan penyebaran jangkitan.

Katanya, garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan pelaksanaan solat jemaah di masjid penting dipatuhi bagi memastikan tiada kluster solat tarawih muncul.

"Pejabat agama juga ada keluarkan peraturan, yang ada kaitan dengan zon di kawasan tertentu. Kalau zon hijau, ikutlah arahan di zon hijau. Begitu juga di zon kuning.

"Di zon merah, kita tak benarkan (solat tarawih berjemaah di masjid) sepertimana peraturan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

Sebagai penambahbaikan, katanya, pihak masjid perlu menambah bilangan petugas yang menjaga jemaah ketika solat tarawih.
Jemaah juga perlu memainkan peranan dan tanggungjawab mematuhi SOP yang ditetapkan pihak masjid, tambahnya.

Sekiranya terjadi perkara tidak diingini, kata Najmi, ia akan memberi persepsi buruk daripada masyarakat berbilang kaum, menyebabkan nilai yang ada pada Islam dipandang rendah hanya kerana perbuatan segelintir pihak.

"Kalau ikut kapasiti masjid, selagi dalam lingkungan yang dalam takrifan atau definisi yang dibenarkan, kita tiada masalah.

"Maknanya, kena tengok apa definisi kita mengenai keluasan masjid. Jika ruang yang luas dan sebagainya, selagi pergerakan jemaah tidak menimbulkan apa-apa dari segi larangan, kita benarkan."


== astro awani
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register