BTC USD 41,823.2 Gold USD 1,775.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kebenaran Solat Di Masjid Di Umum Selepas Perkenan Agong

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
12.03.2020 - Kuala Lumpur, Tiada keperluan untuk tidak mengadakan solat Jumaat buat masa ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad.

Bagaimanapun, katanya, susulan penularan wabak Covid-19, khutbah perlu dipendekkan.

"Orang ramai disarankan mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid dan khutbah perlu dipendekkan bagi mengurangkan jemaah terdedah dengan persekitaran," kata bekas mufti itu.

Sementara it, Zulkifli turut menyarankan pihak masjid menyediakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman.

Bagaimanapun, kata Zulkifli, jika penularan wabak itu memasuki tahap tidak terkawal, ia boleh tidak diadakan.

“Dalam keadaan wabak menjadi umum, yakni merebak serta tidak terkawal, ketika itu, bolehlah solat Jumaat tidak dilakukan (di masjid).

“Tetapi diganti dengan solat Zuhur di rumah masing-masing,” katanya.

Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor pada 7 Mac lalu memberitahu Malaysiakini, solat Jumaat boleh tidak diadakan “dalam situasi yang mengancam nyawa dan keselamatan manusia”.

Sementara itu, Zulkifli berkata, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyediakan lima kertas kerja menyentuh mengenai permasalahan solat Jumaat, bersalaman, kenduri kahwin dan pengurusan mandi jenazah berkaitan Covid-19.

"Insya-Allah kita akan kemukakan dalam masa terdekat kepada Majlis Fatwa untuk diputuskan," katanya.

58f6a02752b88df9ee6818c0dfe83d73.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/514342
 
JAIS Arah Semua Program Tabligh Di Tangguhkan

13.03.2020 - Shah Alam, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengarahkan semua program dan aktiviti tabligh di masjid serta surau di seluruh negeri itu, ditangguhkan buat sementara waktu, susulan penularan Covid-19 ketika ini.

Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, arahan itu dikeluarkan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas berlakunya jangkitan daripada satu majlis keagamaan melibatkan tabligh, di Sri Petaling baru-baru ini.

“Langkah ini perlu dilakukan kerana biasanya tabligh yang hadir ke mana-mana aktiviti keagamaan adalah orang yang sama.

“Jais telah mengedarkan surat arahan penangguhan aktiviti tabligh kepada semua pengurus masjid dan pengerusi surau di Selangor sejak semalam, sebagai usaha mengelakkan penularan berkenaan yang sekarang ini dilihat agak cepat,” katanya ketika dihubungi Bernama, di Shah Alam, hari ini.

Pada masa sama beliau berkata, beberapa program anjuran JAIS melibatkan jumlah orang awam yang ramai dalam masa terdekat ini juga ditangguhkan sementara waktu, antaranya di Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan majlis hafazan sekolah di Sabak Bernam.

Bagi program lain anjuran Jais, Mohd Shahzihan berkata pihaknya akan meneliti terlebih dahulu berdasarkan nasihat yang dikeluarkan KKM, sebelum menangguhkannya.

2f9a41ed04f08e2be96c1b4f3cb3248d.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/514614

Solat Jumaat Di Wilayah Persekutuan Di Teruskan Dengan Garis Panduan

13.03.2020 - Kuala Lumpur, Solat Jumaat di Wilayah Persekutuan hari ini diteruskan dengan mematuhi garis panduan pengurusan COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perkara itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Solat Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk hari ini diteruskan dengan mematuhi garis panduan iaitu khutbah dipendekkan dan orang ramai berwuduk di rumah.

"Mereka yang ada simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit," katanya dalam satu kenyataan.

Dr Zulkifli berkata pihak masjid atau jemaah juga wajib menyediakan cecair pencuci tangan pembasmi kuman (hand sanitiser) serta penutup mulut dan hidung sebagai langkah pencegahan dan keselamatan.

Di George Town, Pulau Pinang semua masjid di seluruh negeri itu menunaikan solat berjemaah termasuk solat Jumaat seperti biasa sehingga satu pengisytiharan rasmi dibuat.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menjelaskan bahawa Jabatan Mufti Pulau Pinang memantau perkembangan COVID-19 dengan lebih dekat dan setakat ini tiada perancangan untuk membatalkan solat Jumaat.

“Selain itu, Pulau Pinang masih membenarkan orang Islam hadir di masjid untuk menunaikan solat berjemaah kerana keadaan (COVID-19) masih terkawal buat masa ini.

“Kami sentiasa memantau perkembangan, jika didapati penularan COVID-19 terus meningkat sehingga tidak terkawal, Jabatan Mufti Pulau Pinang akan mengisytiharkan solat berjemaah di masjid termasuk solat Jumaat dihentikan sehingga keadaan pulih seperti sedia kala," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menasihati orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan penyakit itu, Wan Salim berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah mengarahkan mereka yang menghadiri perhimpunan Jamaah Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling supaya tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat hari ini.

"Memadai mereka solat Zohor di rumah masing-masing dan jika ada simptom-simptom, mereka diminta menjalankan pemeriksaan di hospital berdekatan," katanya.
f571b9b7236f6d0a2ef6f15f00e921235e69b56112616


Berita asal https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1820935

Aktiviti Tabligh Di Masjid, Surau Selangor Tangguh Sementara

13.03.2020 - Shah Alam, Semua aktiviti tabligh di masjid dan surau di negeri ini ditangguhkan sementara susulan peningkatan kes Covid-19, kata pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Mohd Shahzihan Ahmad berkata tindakan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai usaha dan ikhtiar bagi mengawal serta mengurangkan risiko jangkitan wabak terbabit.

“Beberapa langkah lain juga perlu diambil antaranya kerap mencuci tangan dengan sabun atau bahan pencuci tangan dan menjarakkan diri dengan inidvidu yang demam atau batuk.

“Premis kediaman juga perlu sentiasa bersih dan bebas kuman, manakala individu yang mempunyai gejala demam dan batuk perlu menggunakan topeng muka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Shahzihan berkata program seperti kuliah, ceramah dan majlis pernikahan masih boleh diteruskan dengan mengambil langkah pencegahan dan kawalan.

JAIS-NEW-1024x512.jpg


FB-IMG-1584074029420.jpg

FB-IMG-1584074035896.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/03/cov...h-di-masjid-surau-selangor-tangguh-sementara/

Nasib baik bukan Penang.

Solat Jumaat diteruskan di Pulau Pinang

obj15317250_1584067904.jpg


PULAU Pinang masih membenarkan solat Jumaat dan solat berjemaah bagi orang Islam walaupun negeri ini berada dalam ancaman wabak Covid-19.

Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, keadaan itu dibenarkan berikutan keadaan masih terkawal buat masa ini.

“Namun kita akan memantau perkembangan ini sekiranya didapati penularan Covid-19 terus meningkat ke tahap yang tidak lagi terkawal, kita (Jabatan Mufti Pulau Pinang) akan mengisytiharkan solat berjemaah di masjid termasuk solat Jumaat, dihentikan sehingga keadaan pulih seperti sedia kala.

“Setakat ini kita hanya mengeluarkan arahan supaya kariah seluruh Pulau Pinang mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Terdahulu, menerusia kenyataan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Negeri Perlis (MAIPs) mengumumkan solat Jumaat di Perlis dibatalkan hari ini dan digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga mencegah penularan COVID-19.

Perkara terbabit diputuskan selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail semalam.


Alcohol-based sanitiser can be used when performing prayers — FT Mufti

March 13, 2020 01:20 am +08
_20200313011931_handsanitizer.jpg


KUALA LUMPUR (March 12): The use of alcohol-based hand sanitiser is permissible when performing prayers as it is considered a necessity and forgivable, according to the Office of the Federal Territory Mufti.

The matter was clarified through the mufti's official portal yesterday, which responded to the Muslim community's concern whether alcohol-based sanitisers were considered unclean due to their alcohol content.

According to the portal, the National Fatwa Council's Committee ruled that alcohol that is not produced through the process of making liquor is not unclean but ‘haram’ (not permissible) to be consumed, whereas alcohol from the process of making liquor is considered haram and unclean.

“It can be concluded that the hand sanitiser can be used when performing prayers and is not considered unclean.

"This is clear as the National Fatwa Council’s Committee had decided that medications and fragrances containing alcohol are a necessity and therefore (using these) is forgivable," the portal added.

Meanwhile, the mufti's office said the practice of maintaining hygiene is a major factor in reducing the risk of COVID-19 infection.

This is in line with the Ministry of Health's advice to the public to maintain personal hygiene such as washing hands with soap and water or using a disinfectant.

Sumber : the edge markets

Solat Jumaat di Perlis hari ini diganti dengan solat Zohor

Solat Jumaat di Perlis hari ini diganti dengan solat Zohor


KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan solat Jumaat di seluruh Perlis hari ini digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing.

Keputusan itu dibuat bagi menjunjung titah perintah dan perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail susulan penularan kes COVID-19 di negara ini.

“Hal ini adalah rentetan daripada perkembangan terbaru seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," menurut MAIPs dalam satu kenyataan.

“Pihak kementerian meminta agar sebarang perhimpunan berskala besar, termasuklah aktiviti agama, hendaklah dielakkan.

“Oleh yang demikian, pengurusan masjid-masjid di seluruh negeri Perlis hendaklah mengelakkan daripada melaksanakan apa-apa aktiviti perhimpunan awam berskala besar buat masa ini," tambahnya.



Kenyataan itu turut menyebut, individu Muslim dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

Sementara itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika dihubungi Astro AWANI menjelaskan, arahan solat Jumaat itu akan dinilai dari minggu ke minggu.

Pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bahawa solat Jumaat perlu diteruskan seperti biasa ketika ini walaupun negara dilanda wabak COVID-19.

Beliau bagaimanapun menasihatkan pihak masjid serta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memendekkan khutbah Jumaat bagi mengurangkan masa berkumpul.

Zulkifli menjelaskan, isu solat Jumaat ketika negara dilanda wabak COVID-19 merupakan antara lima kertas kerja yang disediakan untuk dikemukakan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Baru-baru ini Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata kerajaan termasuk Malaysia wajib mengambil langkah bersesuaian untuk mencegah penyakit berjangkit daripada tersebar dan mengancam kesihatan serta nyawa warganya.

Antaranya, beliau menyarankan supaya menghentikan buat sementara solat berjemaah di masjid dan solat Jumaat.

Sumber : astro awani

SINGAPURA: Singapura akan menutup sementara kesemua 70 masjid di republik itu mulai hari ini selama lima hari bagi kerja-kerja pembersihan dan penyahjangkitan, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Dalam kenyataan pada Khamis, MUIS juga memaklumkan tiada solat Jumaat hari ini di semua masjid.

Langkah itu diambil berikutan dua jemaah tabligh warga Singapura disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura.

Dua jemaah tersebut merupakan antara 90 warga Singapura yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur, dari 27 Feb hingga 1 Mac lalu.

MUIS berkata ia difahamkan bahawa individu yang disahkan positif COVID-19 tersebut mungkin sering berkunjung ke masjid di sini sejak pulang dari Kuala Lumpur.

Justeru, langkah diperlukan bagi mengelak masjid sebagai kluster terbesar jangkitan koronavirus tersebut, menurut kenyataan tersebut.


Menurut majlis itu, setakat jam 1 tengah hari Khamis, sebanyak empat masjid ditutup iaitu Masjid Muttaqin, Masjid Kassim, Masjid Hajjah Fatimah dan Masjid Jamae Chulia.

Selain itu, semua aktiviti di masjid termasuk ceramah, kelas keagamaan, kuliah dan tadika di masjid dibatalkan selama dua minggu dari 13 Mac hingga 27 Mac.

-- BERNAMA

Artikel Terdahulu

Batal Solat Jumaat, Mass Mingguan Untuk Sekat Jangkitan - Badan Pemikir

12.03.2020 - Petaling Jaya, Sebuah badan pemikir menggesa rumah ibadat, termasuk surau, masjid, kuil dan gereja supaya tidak mengadakan perhimpunan dan majlis keagamaan besar susulan peningkatan kes Covid-19 yang dilaporkan.

Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial berkata, ini termasuklah solat Jumaat, mass dan acara keagamaan lain yang melibatkan ramai orang.

Bercakap kepada FMT, ketua pegawai eksekutif Galen Azrul Mohd Khalib berkata, insiden terbaru melibatkan kira-kira 10,000 orang yang menghadiri satu perhimpunan tabligh di sebuah masjid di Seri Petaling mendedahkan kurang kesedaran atau sikap kurang peduli berkait penularan wabak Covid-19.

“Ini sangat membimbangkan,” katanya.

Malam tadi, Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, kes jangkitan Covid-19 yang ke-131 menghadiri perhimpunan berkenaan.

Ia juga menasihatkan mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut segera menghubungi klinik kesihatan terdekat atau Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) dengan segera bagi menghalang jangkitan berikutnya.

“Berikutan gelombang kedua virus tersebut dan ancaman jangkitan lebih meluas, KKM mengesyorkan program awam dihadkan bagi menghalang penularan wabak berkenaan.”

Beliau berkata, dalam beberapa kes, kementerian mencadangkan program awam tertentu tidak diteruskan, selain melarang individu yang menunjukkan gejala jangkitan menghadirinya.

Azrul berkata, susulan lebih banyak kes dilaporkan setiap hari, jelas bahawa langkah lebih drastik perlu dilaksanakan.

“Jika gereja Katolik di Rom boleh membatalkan semua sambutan dan acara mass selama sebulan bagi melindungi pengikutnya, maka badan agama di Malaysia juga boleh melakukan perkara sama di sini.”

Beliau berkata, tempat ibadat harus memberitahu khalayak masing-masing untuk tidak mengadakan himpunan besar dan majlis keagamaan lain sehingga notis baru dikeluarkan.

“Ini akan membantu usaha Kementerian Kesihatan mengawal wabak tersebut, memastikan perhatian diberi kepada mereka yang dijangkiti dan akhirnya boleh menyelamatkan nyawa.”

FMT-MASJID-NEGARA-PRAYERS-110819-1-768x480.jpg


Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...-sekat-jangkitan-covid-19-kata-badan-pemikir/

Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Artikel Terdahulu

Batal Solat Jumaat, Mass Mingguan Untuk Sekat Jangkitan - Badan Pemikir

12.03.2020 - Petaling Jaya, Sebuah badan pemikir menggesa rumah ibadat, termasuk surau, masjid, kuil dan gereja supaya tidak mengadakan perhimpunan dan majlis keagamaan besar susulan peningkatan kes Covid-19 yang dilaporkan.

Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial berkata, ini termasuklah solat Jumaat, mass dan acara keagamaan lain yang melibatkan ramai orang.

Bercakap kepada FMT, ketua pegawai eksekutif Galen Azrul Mohd Khalib berkata, insiden terbaru melibatkan kira-kira 10,000 orang yang menghadiri satu perhimpunan tabligh di sebuah masjid di Seri Petaling mendedahkan kurang kesedaran atau sikap kurang peduli berkait penularan wabak Covid-19.

“Ini sangat membimbangkan,” katanya.

Malam tadi, Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, kes jangkitan Covid-19 yang ke-131 menghadiri perhimpunan berkenaan.

Ia juga menasihatkan mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut segera menghubungi klinik kesihatan terdekat atau Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) dengan segera bagi menghalang jangkitan berikutnya.

“Berikutan gelombang kedua virus tersebut dan ancaman jangkitan lebih meluas, KKM mengesyorkan program awam dihadkan bagi menghalang penularan wabak berkenaan.”

Beliau berkata, dalam beberapa kes, kementerian mencadangkan program awam tertentu tidak diteruskan, selain melarang individu yang menunjukkan gejala jangkitan menghadirinya.

Azrul berkata, susulan lebih banyak kes dilaporkan setiap hari, jelas bahawa langkah lebih drastik perlu dilaksanakan.

“Jika gereja Katolik di Rom boleh membatalkan semua sambutan dan acara mass selama sebulan bagi melindungi pengikutnya, maka badan agama di Malaysia juga boleh melakukan perkara sama di sini.”

Beliau berkata, tempat ibadat harus memberitahu khalayak masing-masing untuk tidak mengadakan himpunan besar dan majlis keagamaan lain sehingga notis baru dikeluarkan.

“Ini akan membantu usaha Kementerian Kesihatan mengawal wabak tersebut, memastikan perhatian diberi kepada mereka yang dijangkiti dan akhirnya boleh menyelamatkan nyawa.”

FMT-MASJID-NEGARA-PRAYERS-110819-1-768x480.jpg


Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...-sekat-jangkitan-covid-19-kata-badan-pemikir/
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
8,285
Reaction score
1,272
Points
151
baguslah jika hang share dr sumber yg benar

jgn memandai-mandai or komen tidak berkaitan ttg agama Islam sudah

thanks
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,992
Reaction score
455
Points
91
time jumaat ni laa batuk bersahut-sahutan...biasa laa ada yg dr warga emas... org demam..
jadi pasnih sapa2 ada dok batuk2 atau selsema.. dikategorikan org sakit... lebih baik zohor di rumah.
 

Jedi

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
44,361
Reaction score
2,331
Points
201
Alhamdulillah.

Jazakallah khair SS Zulkifli Mohamad.

Memang dah lama patut pendekkan.

Bukan pasal Corvid jer.

Sejak zaman Rasulullah SAW lagi Baginda dah bersabda.
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,964
Reaction score
2,201
Points
206
Tapi mlm2 berhimpit2 joget dlm disko boleh pulak, Tak perlu pulak ditutup disko sebab covid19.
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
183
Points
23
Tapi mlm2 berhimpit2 joget dlm disko boleh pulak, Tak perlu pulak ditutup disko sebab covid19.

kaki disko gi Masjid ke ? :unsure:
xpe lah klu berlaku pernularan di disko nnt org takut nak gi disko
maka secara automatiknya disko akan ditutup
lg bagus :LOL:
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,410
Reaction score
139
Points
43
kenyataan media...
 

Attachments

  • WhatsApp Image 2020-03-12 at 2.16.19 PM.jpeg
    WhatsApp Image 2020-03-12 at 2.16.19 PM.jpeg
    79.8 KB · Views: 10

barzrosz

Active Member
Joined
Oct 14, 2014
Messages
1,533
Reaction score
749
Points
81
kaki disko gi Masjid ke ? :unsure:
xpe lah klu berlaku pernularan di disko nnt org takut nak gi disko
maka secara automatiknya disko akan ditutup
lg bagus :LOL:
pointnya kenapa nak tembak kat masjid je, kemudian nak di bandingkan dengan gereja lah plak kat luar negeri plak tu
Bila 'massa" atau mass tu termasuklah gedung gedung factory factory kilang kilang ladang ladang yg milik ismet ulam raja pun kena tengok gak lah
tapi ada bagus nya timbul issues jumaat nih, supaya org lebih faham
jumaat tak nak g n cari alasan tapi g shopping laju plak
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register