BTC USD 63,321.4 Gold USD 1,807.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kebenaran rentas negeri, kelonggaran SOP diputuskan esok?

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,724
Reaction score
424
Points
91
Kebenaran rentas negeri, kelonggaran SOP diputuskan esok?
FB_IMG_1631529299197.jpg

Kebenaran rentas negeri, kelonggaran SOP diputuskan esok?
Beberapa agenda termasuk berkaitan perjalanan rentas negeri, pembukaan sektor-sektor tertentu, gelembung pelancongan dan naratif untuk memasuki fasa endemik akan dibincangkan esok.

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengadakan pertemuan dengan tiga rakan Kabinet pada Selasa bagi membincangkan penyesuaian prosedur operasi standard (SOP) serta bentuk kelonggaran dalam negara menuju ke fasa endemik.

Menurut beliau, tiga menteri yang akan ditemuinya ialah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Hishammuddin berkata, dalam pertemuan itu, beberapa agenda akan dibincangkan termasuk berkaitan perjalanan rentas negeri, pembukaan sektor-sektor tertentu, gelembung pelancongan dan naratif untuk memasuki fasa endemik.

“Pertama, kita akan lihat kepada keputusan-keputusan kelonggaran yang telah pun diumumkan kepada orang ramai dan bagaimana SOP yang sedia ada dapat dipermudahkan dan difahami.

“Ini memerlukan input daripada keempat-empat menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengkoordinasikan input daripada empat pihak ini.

“Tan Sri Annuar Musa boleh bantu untuk ceritakan dan maklumkan kepada orang ramai melalui platform sedia ada,” kata beliau dalam sidang media di Wisma Pertahanan di sini pada Isnin.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,827
Reaction score
21,821
Points
1,671
Klo bole rentas cameron tunggu ku datang la
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register