TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,137
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,137
- Reaction score
- 22,840
- Points
- 1,831
- Awards
- 1
Kelihatan beberapa pemilik gerai melihat sisa kebakaran yang membabitkan kira-kira 196 daripada 425 tapak gerai blok B Uptown Shah Alam musnah terbakar dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi tadi di sini, hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Shah Alam mengesahkan kira-kira RM19 juta kerugian dialami peniaga akibat kebakaran yang berlaku di Uptown Shah Alam, awal pagi tadi.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Amer Haizan Sahak berkata, kebakaran berlaku di Blok B Uptown melibatkan 196 dari 425 lot kedai mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran itu.
“Bomba menerima panggilan kecemasan jam 2.57 pagi dan bergegas ke tempat kejadian untuk mengawal dan memadamkan kebakaran.
“Operasi menyelamat melibatkan dua buah jentera dan kekuatan 42 anggota. Bomba tiba di lokasi jam 3.03 pagi bagi melakukan operasi menyelamat dan mengawal kebakaran,” katanya.
Katanya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.29 pagi dan tidak melibatkan kemalangan jiwa.
“Siasatan awal kami menganggarkan kerugian sebanyak RM19 juta. Bagaimanapun punca kebakaran masih belum diketahui.
“Maklumat awal yang kami dapati bahawa kebakaran berpunca daripada sebuah kedai kasut di kawasan belakang kompleks ini,” jelasnya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Uptown, Mohd Johari Nordin, ketika ditemui Sinar Harian Online berharap lokasi perniagaan itu dibuka semula secepat mungkin.
“Saya minta kerajaan negeri untuk memberi jaminan kepada peniaga untuk meneruskan kembali perniagaan mereka di kawasan ini.
“Saya harap tempat ini dibuka semula kerana Uptown adalah punca pencarian bagi peniaga Melayu,” katanya.
Bagi peniaga, Syed Mohd Faizal Syed Zamin berkata, dia mendapat berita mengenai kejadian kira-kira jam 3 pagi.
Menceritakan detik kejadian, dia yang berada di rumah ketika itu terkejut sewaktu menerima panggilan mengenai kebakaran yang memusnahkan kesemua kedainya.
“Saya adalah peniaga terawal di Uptown. Sejak hari pertama Uptown dibuka, saya berniaga di sini. Sewaktu kebakaran berlaku, saya telah pulang ke rumah.
“Sebaik menerima panggilan, saya terus ke sini untuk melihat keadaan sebenar,” katanya.
Jelasnya, Syed Mohd Faizal yang memiliki tiga kedai jam tangan memberitahu kerugian yang dihadapinya hampir RM600,000.
“Saya harap pihak yang bertanggungjawab boleh membaik pulih tempat ini dan dalam pada masa yang sama menyediakan tempat berniaga sementara buat peniaga Uptown bagi meneruskan pencarian rezeki kami,” ujarnya.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/kebakaran-uptown-peniaga-rugi-hingga-rm19-juta-1.324775
http://www.youtube.com/watch?v=br8cTVYkijg
Last edited: