BTC USD 61,967.8 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keanggotaan AUKUS diperluas bagi kekang China

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,216
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,216
Reaction score
985
Points
121

Keanggotaan AUKUS diperluas bagi kekang China​

April 7, 2024 @ 7:50am

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden; Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, selepas salah satu mesyuarat AUKUS. - Foto REUTERS
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden; Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, selepas salah satu mesyuarat AUKUS. - Foto REUTERS


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia akan mula berbincang untuk membawa ahli baharu menyertai perjanjian keselamatan AUKUS iaitu pakatan tiga hala di Indo pasifik membabitkan tiga negara berkenaan.

Sehubungan itu, Washington menggesa pembabitan Jepun dalam pakatan itu bagi mengekang China dalam memperluaskan pengaruhnya, lapor Financial Times (FT) semalam.

Memetik beberapa sumber, FT melaporkan, Menteri Pertahanan AUKUS dijangka mengumumkan perbincangan mengenai 'tonggak kedua' perjanjian itu yang bermula esok.

Usaha itu membabitkan ahli untuk bersama membangunkan pengkomputeran kuantum, teknologi bawah laut, hipersonik, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi siber.

Katanya, mereka tidak mempertimbangkan untuk memperluaskan tonggak utama yang direka untuk menghantar kapal selam berkuasa nuklear kepada Australia.

AUKUS yang diumumkan tiga negara pada 2023 adalah sebahagian daripada usaha menentang peningkatan kuasa China di rantau Indo-Pasifik.

China menyifatkan perjanjian AUKUS berbahaya dan memberi peringatan ia boleh merangsang perlumbaan senjata serantau.

Timbalan Setiausaha Negara AS, Kurt Campbell, pada Rabu lalu berkata, projek kapal selam AUKUS dapat 'mengingatkan' China supaya berwaspada dalam tindakannya terhadap Taiwan, yang didakwa Beijing sebagai sebahagian daripada China.

Presiden AS, Joe Biden, berusaha meningkatkan kerjasama dengan sekutu di Asia, termasuk Jepun dan Filipina, ketika lonjakan pengukuhan ketenteraan China dan pengaruh wilayahnya yang semakin berkembang.

Biden akan menjadi hos kepada Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, di Washington pada Rabu dan kemudian mengadakan pertemuan tiga hala yang turut membabitkan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr, sehari selepas itu. - REUTERS

 
Back
Top
Log in Register