BTC USD 77,083.6 Gold USD 2,687.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keadilan Buat ‘Kopi’ - Aktivis Hak Binatang Mahu Heret MDB Ke Mahkamah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,748
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
62,748
Reaction score
6,956
Points
916
Awards
1
15.10.2024 - Majlis Daerah Besut (MDB) Terengganu, yang mempertahankan kes menembak anjing liar yang dikenali sebagai Kopi pada 6 Okt lalu, akan diheret ke mahkamah berhubung kejadian itu. Peguam hak binatang, Rajesh Nagarajan berkata gabungan kumpulan hak haiwan, yang mahu anggota terbabit didakwa, akan memfailkan saman dengan Mahkamah Tinggi Terengganu minggu depan.

334c7ca43398f6e0b2e2080adcbac2d0.jpg


“Kita mahu semua anggota terbabit didakwa mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015. Kami menuntut polis bertindak terhadap mereka. Kami tidak akan terima laporan polis kami ditandakan sebagai tiada tindakan lanjut. Hentikan membunuh anjing terbiar,” katanya kepada media.

Terdahulu, kira-kira 100 orang berkumpul sebagai bersolidariti dengan “Kopi” di balai polis Sentul di Kuala Lumpur, lokasi laporan mengenai pembunuhan anjing itu difailkan. Bercakap kepada Malaysiakini, Rajesh berkata antara yang hadir adalah aktivis sosial Lee Lam Thye, penyanyi Caprice dan seorang peguam yang dikenali di media sosial sebagai “Abe Jay”. Katanya, laporan itu difailkan oleh ahli perniagaan S Shashi Kumar.

50f300c2cd5a3be18235e87a4d724674.jpg


"Majlis Daerah Besut telah mengakui (pembunuhan) itu dan mempertahankan tindakan tersebut. Mereka yang terlibat mesti didakwa,” katanya.

Rajesh menambah adalah dipercayai bahawa majlis daerah lain juga mengambil tindakan yang sama terhadap haiwan liar tetapi setakat ini mereka tidak mempunyai bukti. Sebelum ini, Yang Dipertua MDB Mohd Sukeri Ibrahim berkata bahawa tembakan ke atas Kopi yang mencetuskan kekecohan di media sosial, adalah mengikut prosedur operasi standard. Dia juga menafikan dakwaan bahawa anjing tersebut dibiarkan oleh petugas setelah mati ditembak dan mendakwa bahawa usaha petugas untuk mengambil bangkai anjing tersebut telah dihalang oleh individu tertentu.

4d4e98fe282bc23d8aed030be80a7861.jpg


Susulan itu, tujuh NGO dari Sarawak dan Sabah tampil menggesa agar moratorium kaedah “membunuh” untuk mengawal populasi anjing liar digantikan dengan pendekatan lebih berperikemanusiaan yang konsisten dengan prinsip yang etika.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/722705
 
Sponsored Post

cuba tanya persatuan tu kalau nak suh depa tangkap anjing liar berapa ringgit 1 ekor dia tangkap.. hihi
(ada cerita disebalik cerita)

lepas tu tanya dah tangkap depa pi buat apa? lepas balik ka?

tu yg payah klu kaum yg rasa asal usul diri dari evolusi darwin asal usul dari beruk (haiwan)

😂 😂
 
Silap la.

Ko nak bunuh diam2 dah la.

Senyap2

Semua benda nak rakam bongok la.
dah darah daging tu .. semua nak rekod .. jakun jumpa semakfon teruk dari orang asli .. cuba bunuh harimau yang terkam aritu 🤭

rekod anak bini seks tu .. i nak tengok juga ..🤭
 
tembak pelali .. bawak jauh2 , ni tembak pakai peluru hidup dah "trigger happy" macam polis Amerika yang penakut suka tembak anjing peliharaan .. dah selebriti join tuntut bela, kalo kalah mahkamah muka si PBT tu nak letak mana? 🤭

kalo aku dapat penembak tu mesti kena lanyak habis sampai nyawa je tinggal ..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register