BTC USD 95,261.9 Gold USD 2,897.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KDNK Kelantan RM27.6 bilion, meningkat 2.6 peratus

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,586
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,586
Reaction score
6,733
Points
881
Awards
1
KDNK Kelantan RM27.6 bilion, meningkat 2.6 peratus

AZMI YUSOFNovember 17, 2024

Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud

KOTA BHARU: Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kelantan mencatatkan peningkatan sebanyak 2.6 peratus kepada RM27.6 bilion pada 2023, berbanding RM26.9 bilion pada tahun sebelumnya.

- -
Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, peningkatan itu dipengaruhi oleh pertumbuhan 3.8 peratus dalam sektor perkhidmatan yang menyumbang sebanyak RM19.8 bilion.


Beliau berkata, sektor pertanian pula menguncup 0.5 peratus disebabkan kemerosotan subsektor perhutanan dan pembalakan.

“Sektor pembuatan juga menyusut 2.6 peratus disebabkan oleh kemerosotan dalam produk elektrik, elektronik dan optikal serta produk kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan, manakala sektor pembinaan berkembang 6.7 peratus, sebahagian besarnya disokong aktiviti pembinaan pertukangan khas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bersama Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Sehubungan itu, Mohd Nassuruddin berkata, Kelantan menyasarkan pertumbuhan KDNK sebanyak RM50 bilion dalam tempoh 10 tahun yang memerlukan penumpuan khusus kepada sektor pembuatan dan industri pelancongan. – HARAKAHDAILY 17/11/2024
 
Back
Top
Log in Register