KDNK Johor melebihi kadar pertumbuhan nasional

Recommended Brokers


kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,806
Reaction score
1,305
Points
206

JOHOR BAHRU - Johor merupakan salah satu daripada enam negeri di negara ini yang telah merekodkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) melebihi kadar pertumbuhan nasional iaitu 4.7 peratus pada tahun lalu.

Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, Johor mencatatkan sejumlah 5.6 kadar pertumbuhan KDNK pada 2018.

"Daripada jumlah tersebut, lebih daripada 1/3 atau sebanyak 37 peratus adalah adalah hasil sumbangan sektor perindustrian.

"Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan juga dilihat sebagai memanfaatkan pelbagai pihak di dalam negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Seminar “Green Energy For Industry Players di Hotel Renaissance, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Eksekutif, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda), Datuk Ismail Ibrahim.

Aminolhuda berkata, sektor perindustrian merupakan antara penyumbang yang besar dalam ekonomi negeri ini.

"Bagaimanapun, antara isu-isu utama yang sering dihadapi industri ini adalah berkaitan aspek kecekapan tenaga dalam operasi mereka.

"Maka, seminar pada hari ini adalah sangat relevan untuk kita sama-sama melihat dan mempelajari bagaimana pelaksanaan agenda dan inisiatif hijau melalui penggunaan teknologi akan dapat memperbaiki dan meningkatkan kecekapan tenaga di peringkat pengoperasian harian.

"Tidak dinafikan untuk menjadi cekap tenaga dan menggabungkan pembaharuan ke dalam operasi industri akan menjadi satu cabaran, namun ianya boleh direalisasikan bersama kerana kerajaan sentiasa menyokong sepenuhnya inisiatif seperti ini," katanya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri berhasrat untuk melaksanakan pebagai inisiatif dan program yang dapat mempromosikan dan menggalakkan pengunaan teknologi dalam merealisasikan matlamat pencapaian bandar rendah karbon.

"Kita juga akan memperhebatkan aktiviti kesedaran rakyat mengenai perlunya menghijaukan persekitaran, penggunaan teknologi hijau dan mengamalkan budaya hidup yang mesra alam sebagai sebuah komuniti rendah karbon," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/41066/EDISI/Johor/KDNK-Johor-melebihi-kadar-pertumbuhan-nasional
 
Top
Log in Register