zackpenang
Active+ Member
- Messages
- 4,155
- Joined
- Jan 9, 2010
- Messages
- 4,155
- Reaction score
- 1,642
- Points
- 111
NASIONAL
Ogos 13, 2024 @ 12:16pm
[email protected]
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik berjudul 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau yang sebelum ini diwartakan pada 2019.
Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos 2024, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bertarikh 6 Ogos lalu.
Berdasarkan warta itu, pembatalan Perintah Larangan itu membabitkan penerbitan komik itu dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris yang bertajuk 'Belt and Road Initiative for Win-Winism' dan bahasa Cina.
Perintah Larangan itu sebelum ini dibuat KDN kerana terdapat kandungan mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.
Ini kerana kandungan penerbitan itu antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta salah dan mengelirukan mengenai komunis serta mengandungi unsur membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis.
"Pada menjalankan kuasa yang diberikan Subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), menteri membatalkan Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 3) 2019 (P.U. (A) 288/2019) yang telah disiarkan dalam Warta pada 23Oktober 2019 yang melarang pencetakan, pengimportan,penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan yang dinyatakan dalam Jadual," berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan itu.
Pada 8 Disember 2022, media melaporkan Kerajaan Persekutuan gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan semula larangan ke atas penerbitan komik "Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama" yang dihasilkan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau.
Peguam Vince Tan Hoo Seh, yang mewakili Kuan Yau memaklumkan, hakim tidak menemui sebarang isu baharu atau persoalan yang dikemukakan kerajaan adalah berhubung kepentingan awam untuk mewajarkan usaha mengembalikan larangan itu.
Pada 23 Oktober 2019, KDN mewartakan Perintah Larangan terhadap penerbitan 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' dalam tiga versi bahasa itu melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 288/2019.
Warta Perintah Larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).
Perintah itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini dilarang secara mutlak di Malaysia.
KDN tarik balik larangan penerbitan komik ditulis bekas ahli DAP
Oleh Zanariah Abd MutalibOgos 13, 2024 @ 12:16pm