BTC USD 26,668.5 Gold USD 1,962.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KDN Akan Muktamadkan Sempadan Baharu Malaysia-Indonesia

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,846
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,846
Reaction score
28,305
Points
2,836
Awards
2

KDN akan muktamadkan sempadan baharu Malaysia-Indonesia​

18 Februari 2023 05:48pm

2097970.jpg


Saifuddin - Foto Bernama


TUMPAT - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang terlibat dalam memuktamadkan pintu masuk baharu antara Malaysia dan Indonesia susulan pembangunan Nusantara, ibu negara baharu negara itu di Kalimantan Timur.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sempadan baharu antara perkara dibincangkan Malaysia dan Indonesia menerusi Perjanjian Lintas Batas (CBA).

"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sudah selesai berada di Indonesia, kita akan ada sempadan baharu dengan Nusantara.

"KDN sekarang ikut terlibat dalam memuktamadkan CBA yang kami harap akan dapat dimuktamadkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor, di sini pada Sabtu.

Pada sesi lawatan tersebut, beliau turut mengambil peluang melihat kawalan keselamatan di sepanjang Sungai Golok, yang bersempadan dengan Thailand.

Saifuddin Nasution berkata, terdapat tiga komponen akan dimuktamadkan dalam mengenal pasti pintu masuk baharu itu.

"Ada tiga komponen iaitu mengenal pasti titik ke titik pintu masuk di sebelah kita (Malaysia) dan sebelah Indonesia, berapa luas kawasan yang akan kita liputi melalui perjanjian itu dan kategori penduduk (berhampiran pintu masuk).

"Dari segi perundingan mengikut jadual, kalau nanti tentatifnya berlaku lawatan rasmi Presiden Indonesia Jokowi (Joko Widodo) ke Malaysia pada tahun ini antara komponen penting adalah menandatangani perjanjian tersebut," katanya. - Bernama


 

Malaysia-Indonesia tandatangani CBA tahun ini​

08 Mac 2023 12:04pm

2119238.jpg


Saifuddin - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Perjanjian Lintas Batas (CBA) di antara Malaysia dan Indonesia akan ditandatangani tahun ini susulan pembangunan ibu kota baharu Nusantara di Kalimantan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, kedua-dua negara kini sedang dalam proses menyemak beberapa perkara khususnya berkaitan ancaman keselamatan.

"Pertama, mesti libatkan kerjasama dua negara (dan) dalam kes ini (melibatkan) Malaysia dan Indonesia. Sekarang kita dalam fasa pembikinan (untuk) memuktamadkan perjanjian CBA.

"Dari segi carta perbatuan ‘milestone', kita jangka akan ditandatangani apabila Presiden Indonesia, Jokowi (Joko Widodo) melawat Malaysia tahun ini," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Rabu..

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu) yang bertanya langkah proaktif untuk meningkatkan tahap keselamatan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dan kawasan sekitar terutama membabitkan aset penting dua negara.

Dalam pada itu Saifuddin memaklumkan, sekurang-kurangnya tiga perkara sedang dalam proses semakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu senarai pintu masuk, akses kawasan bagi rakyat kedua-dua negara serta elemen perundangan.

"Benar apabila kita buka pintu keluar masuk sempadan, ia terkait isu keselamatan, penyeludupan manusia, penyeludupan dadah, penyeludupan senjata dan ancaman keselamatan yang lain.

“Sekarang sedang dimuktamadkan dalam CBA (adalah) senarai pintu masuk sedia ada, yang diwartakan dan kemungkinan pintu masuk baharu yang mesti dipersetujui (kedua-dua negara).

“Kedua, kita juga telah bersetuju antara kedua-dua negara untuk memuktamadkan kawasan akses bagi rakyat, sebab apabila pintu masuk dibuka, aliran keluar masuk rakyat dua negara ini akan berlaku. Di situ nanti (ada) potensi berlaku, kalau tidak berhati-hati ada unsur pelanggaran atau ancaman,” katanya.

Selain itu katanya, KDN juga sedang melakukan semakan terhadap elemen perundangan khususnya bagi menjamin keselamatan negara secara menyeluruh.



Sponsored Post

ViperX

Super Active Member
gem
Messages
7,013
Joined
Oct 10, 2016
Messages
7,013
Reaction score
1,436
Points
151
eleh sempadan pun tak ada dinding ... tu pun nak kecoh.. aku tengok ramai je indon masuk keluar sarawak tu... siap ada dua kerakyatan lagi...
kt sabah sarawak, pintu masuk yg sah pun x brapa nak berapa utilize dan x canggih. apatah lagi pintu masuk yang tidak sah.
 

ViperX

Super Active Member
gem
Messages
7,013
Joined
Oct 10, 2016
Messages
7,013
Reaction score
1,436
Points
151
lepas ni ramailah orang indon claim negeri sarawak... sabah tu... lepas dapat ic dtg kl.. padahal ada dua ic... hahaha
klau org indonesia pegi sarawak, dia pening sbb susah nk ckp slang kt sana. kompom org srawak cpt detect. tpi klau orang indonesia dtg sabah, org sabah sendiri pun susah nk tau dia tu lokal atau tak.

source : trust me.
 

ayiem676

Super Active Member
gem
Messages
5,679
Joined
May 12, 2011
Messages
5,679
Reaction score
738
Points
126
klau org indonesia pegi sarawak, dia pening sbb susah nk ckp slang kt sana. kompom org srawak cpt detect. tpi klau orang indonesia dtg sabah, org sabah sendiri pun susah nk tau dia tu lokal atau tak.

source : trust me.
x pening lah...sebab kebanyakkan orang yang duduk kat indonesia tu suku dia sama je kat sarawak... ada batak.. cakap sarawak mungkin tak paham.. cakap melayu je atau cakap iban atau batak.. dayak

kalau kat sabah.. banyak pilipin punya pelarian... dapat ic zaman mahathir.. pastu ajak geng geng pilipin stay malaysia.. geng tausug.. atau suluk
 
Sponsored Post

Top
Log in Register