Kazzponik : Di kempen beli barangan malaysia

CG Sponsors




ann86

Junior Member
Joined
Jan 4, 2009
Messages
75
Reaction score
0
Points
6
Kepada Warga Carigold,anda berpeluang bertemu kami dalam satu Kempen yang akan berlangsung
Dari 16 JANUARI - 20 JANUARI 2009, bertempat di MYDIN Mall USJ.
Berikut adalah maklumat berkenaan kempen Tersebut:



Kempen Tersebut Bermula Dari 10.00 AM - 10.00 PM

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan set Kazzponic dan menjadi pengedar bagi kami.
Kami menanti kehadiran anda di sana.

Sebarang Pertanyaan Hubungi:
013-6002842 / 017-3058353 CIK ANN:)
06-2331943 PEJABAT
EMAIL: [email protected]
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Insya Allah sampai nanti
 

ann86

Junior Member
Joined
Jan 4, 2009
Messages
75
Reaction score
0
Points
6
Beli barangan Malaysia

Oleh ZABRY MOHAMAD

PUTRAJAYA 6 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melancarkan kempen membeli barangan buatan tempatan pada 16 Januari ini dalam usaha kerajaan merangsang pertumbuhan ekonomi bagi berdepan kelembapan ekonomi global.

Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kempen meliputi seluruh negara itu akan berlangsung selama setahun bagi memastikan ia menjadi amalan berterusan rakyat pada masa depan.

Selain itu, kata beliau, kempen berkenaan juga akan memberi peluang menjana pendapatan kepada pengeluar tempatan serta menyediakan pekerjaan kepada rakyat.

''Kempen sebegini akan mengembalikan suasana di mana rakyat menumpukan untuk membeli barangan tempatan dan tidak lagi bergantung kepada pasaran eksport.

''Ia sekali gus membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara kerana meningkatnya permintaan domestik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baru kepada para pegawai dan kakitangan KPDNHEP di sini hari ini.

Shahrir bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada kempen tersebut melibatkan usaha memboikot produk Amerika Syarikat (AS) dan Israel berikutan serangan rejim Zionis ke atas Gaza sejak 27 Disember lalu.

Menurut beliau, kempen berkenaan melibatkan pelbagai kementerian kerana promosi yang dijalankan turut meliputi ekspo dan pameran yang dianjurkan kementerian masing-masing.

Beliau juga berharap kempen sedemikian akan menjadikan pengeluar tempatan lebih berusaha untuk memperkenalkan jenama bernilai pada harga rendah.


SOURCE: UTUSAN MALAYSIA, 7/01/2009

Untuk pengetahuan forumer- former sekalian, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap kualiti barangan dan perkhidmatan syarikat dalam negara sebagai usaha untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus mapan di sebalik tekanan krisis ekonomi dunia.

Kazz hidroponik turut berperanan dalam menjana perkembangan ekonomi melalui aktiviti pertanian yang berasaskan hidroponik.


BAGAIMANA SET KAZZPONIK DAPAT MEMBANTU DALAM KEMELESETAN EKONOMI?


Set Kazzponik membantu ekonomi Negara.

Kenapa kami berani mengakui bahawa produk hidroponik ini membantu ekonomi negara? Tahukah anda bidang pertanian menyumbang kira-kira 45% daripada pendapatan negara. Keadaan semasa terutamanya ekonomi dunia yang mengalami kejatuhan baru-baru ini telah membuatkan ramai mengeluh. Justeru itu berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia termasuk mengurangkan import bahan makanan dari luar negara demi mengurangkan perbelanjaan negara.

Apa pula sumbangan Kazz Hidroponik dalam bidang ini?

Sebenarnya kami membantu para petani dari segi pertanian komersil untuk mendapatkan hasil tanaman yang lebih cepat membesar dan bersih. Misalnya dengan memberi peluang kepada para petani tempatan untuk mencuba set Kazzponik ini, para petani boleh menanam tanaman komersil seperti cili, pegaga, lobak, tembikai, pisang dan sebagainya. Jadi, dengan pengenalan kepada kaedah ini kepada para petani, negara kita dapat meningkatkan hasil pengeluaran hasil tanaman dan boleh digunakan untuk dieksport ke luar negara.

Ini fakta-fakta berkenaan kepentingan bidang pertanian kepada ekonomi Malaysia yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada Kazz Hidroponik Domestik.

  1. Pertanian juga menyebabkan Malaysia menjadi pengekspot utama bagi getah dan minyak kelapa sawit dunia. Membekalkan bahan makanan seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, kopi dan sebagainya.
  2. Hampir 1/4 daripada pertukaran wang asing datangnya daripada hasil pertanian (hasil ekspot kelapa sawit, getah, lada hitam, nanas, kelapa kering).
  3. Pertanian menggalakkan perkembangan sektor industri pemprosesan hasil pertanian.
  4. Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar.

Set Kazzponik memberi peluang untuk berniaga.

Kami juga menawarkan peluang perniagaan kepada sesiapa dengan menjadi pengedar bagi Kazz Hidroponik. Dengan adanya peluang begini kami berjaya mengurangkan masalah penggangguran di samping membantu para petani mendapatkan hasil yang lebih baik dalam pertanian mereka.

Sekiranya menjadi pengedar, kami akan bekalkan anda dengan 13 set Kazzponik berserta dengan cd penanaman dan banting melalui pakej RM500.00. Banyak manfaat yang anda dapat dengan set Kazzponik ini contohnya jika anda menjual semula set Kazzponik ini, anda akan mendapat pulangan lumayan kerana pelanggan-pelanggan kami terdiri daripada seluruh masyarakat Malaysia. Kami akan namakan anda sebagai pengedar sekiranya terdapat pelanggan yang ingin membeli Set Kazzponik di kawasan berdekatan anda.

Di Malaysia sahaja peluang pekerjaan telah terbuka kepada 35% penduduk Malaysia (melebihi 2 juta orang penduduk Malaysia untuk terlibat dalam pertanian). Justeru, dengan pengenalan set Kazzponik ini dapat membantu pengusaha pertanian untuk mencuba menanam menggunakan kaedah ini.
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register