BTC USD 57,099.8 Gold USD 1,779.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kawalan harga barangan sempena Krismas bermula Rabu ini

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan penetapan harga bagi 13 barang kawalan di bawah skim kawalan harga musim perayaan Krismas selama lima hari berkuatkuasa Rabu depan.

Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga terkawal ini akan dilaksanakan di 138 kawasan dan daerah di seluruh Malaysia dan lesen untuk penjualan barang-barang terhad ini boleh didapati secara percuma di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Antara 3,588 harga barangan kawalan ialah ayam, ayam belanda import, daging lembu tempatan, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, telur ayam, tomato dan cili benggala hijau.

"Semua peniaga barangan terkawal perlu menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu yang boleh diperoleh dari SSM semasa mendapatkan lesen untuk menjual barangan tersebut. ," katanya.

Bagi peniaga yang menjual harga melebihi harga maksimum, tidak meletakkan dan mempamer tanda harga khas merah jambu, mereka akan dikenakan penalti secara serta merta di bawah Seksyen 22 Akta Kawalan Harga 1946.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register