Kaunter MBSB (1171) aktif selepas berita penggabungan

CG Sponsors

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,750
Reaction score
20,767
Points
1,661
as at 3:28pm RM2.63 (+26sen), low 2.55, high 2.65, vol 42juta

KUALA LUMPUR: Saham Malaysia Building Society Bhd (MBSB) meningkat 9.7 peratus atau 23 sen kepada RM2.60 berikutan berita penggabungan tiga hala.

Kaunter diniagakan aktif dengan 32.97 juta saham bertukar tangan sehingga pada 12.06 tengah hari.

Mengenai penggabungan mega CIMB Group Holdings Bhd (CIMB)-RHB Capital Bhd. (RHB)-MBSB, penganalisis berpendapat pemanfaat utama ialah MBSB, dengan potensi pilihan tunai pada RM2.82 sesaham selepas ia dijadikan syarikat persendirian.

Ketiga-tiga pihak semalam mengumumkan bahawa permohonan telah dibuat kepada Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan kelulusan bagi penggabungan tiga hala melibatkan pertukaran saham antara CIMB Group dan RHB Capital, manakala MBSB dijadikan syarikat persendirian pada RM2.82 sesaham.

Pemegang saham MBSB akan mempunyai pilihan untuk menerima tunai atau saham CIMB Islamic Bank (CIB) sebagai pertimbangan.

Maybank Investment Bank Research, dalam kenyataan, berkata cadangan itu adalah positif bagi MBSB dan ia mempunyai kenaikan 19 peratus kepada harga saham semasa atau saham tidak disenaraikan dalam CIB.

Firma penyelidikan itu turut menaikkan saranannya bagi RHB kepada "beli" daripada "pegang", dan meningkatkan harga sasaran kepada RM10.45 dan melihat perjanjian itu sebagai neutral bagi CIMB.

Kenanga Research berkata, MBSB merupakan pemanfaat utama dalam perjanjian itu apabila RM2.82 nilai saksama kepada sahamnya mengatasi harga sasaran ringgit RM2.65 sebanyak 6.4 peratus dan 19 peratus melebihi harga pasaran semasa.

CIMB Islamic, RHB Islamic dan MBSB akan bergabung untuk membentuk sebuah bank Islam mega, kata Kenanga Research.

"Risiko utama pada ketika ini ialah kelulusan kawal selia, hak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengundi berhubung perjanjian itu dan penerimaan dana pelaburan yang berpangkalan di Abu Dhabi, Aabar Investments (Aabar)," kata Maybank Investment Bank Research.

Setakat pada 12.06 tengah hari, saham CIMB Group Holdings Bhd dan saham RHB Capital, masing-masing diniagakan pada RM6.725 (susut 25 sen) dan RM8.87 (naik 17 sen).

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/saham-mbsb-bertambah-baik-susulan-berita-penggabungan-penganalisis-45725?cp
 
Sponsored Post

m_radd

Active+ Member
Joined
Aug 7, 2013
Messages
2,517
Reaction score
311
Points
41
tade siapa nak komen ke....aku beli kaunter ni....sampai TP 2.82...aku blah jual....syarikat MBSB sudah lama bertapak dlm negara...akan rasa kehilangan jika MBSB bergabug dgn bank2 tu...mcm tak logik pun ada sebab aku rasa MBSB bukanlah berstatus bank sepenuhnya
 
TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,750
Reaction score
20,767
Points
1,661
tade siapa nak komen ke....aku beli kaunter ni....sampai TP 2.82...aku blah jual....syarikat MBSB sudah lama bertapak dlm negara...akan rasa kehilangan jika MBSB bergabug dgn bank2 tu...mcm tak logik pun ada sebab aku rasa MBSB bukanlah berstatus bank sepenuhnya
TP mana bro? tgk isnin ni klo dpt 2.70 ak blah jela

Attachments

m_radd

Active+ Member
Joined
Aug 7, 2013
Messages
2,517
Reaction score
311
Points
41
TP mana bro? tgk isnin ni klo dpt 2.70 ak blah jela

TARGET PRICE 2.82...itu harga terakhir rasanya lepas tu mungkin kaunter mbsb delist kot...2.70 mcm rendah sgt...beribu org q lg tue...aku tunggu declare dividen samada dpt atau tidak...kalau ada dibayar pada bulan 11...aku dah lama pegang kaunter MBSB....dekat 3tahun...byk untung kaunter ni...harap2 tak jadi gabung tapi tak mungkin....last step aku mungkin jual (lepas dpt dividen, jika ada)...dan beli kaunter [email protected] pilih CIB tu...tak phm sgt aku call tanya Remisier aku nti#:-S
 
jadi merge. let say klo nk let go, jual jgn lepas div, sebelum exdate or hari last exdate. lepas div price drop

klo 3tahun lepas harga 1.xx la.

div stock ni kecik. bape sen sgt. target price appreciation
 
lantana

Active+ Member
Joined
Jul 30, 2012
Messages
4,036
Reaction score
25
Points
30
tade siapa nak komen ke....aku beli kaunter ni....sampai TP 2.82...aku blah jual....syarikat MBSB sudah lama bertapak dlm negara...akan rasa kehilangan jika MBSB bergabug dgn bank2 tu...mcm tak logik pun ada sebab aku rasa MBSB bukanlah berstatus bank sepenuhnya
Aku pun berkongsi rasa dgn hang.Tp,apa nak buat,jerung2 tu semua tak berkongsi rasa dgn kita.Sob...sob. :(( :((
 
m_radd

Active+ Member
Joined
Aug 7, 2013
Messages
2,517
Reaction score
311
Points
41
jadi merge. let say klo nk let go, jual jgn lepas div, sebelum exdate or hari last exdate. lepas div price drop

klo 3tahun lepas harga 1.xx la.

div stock ni kecik. bape sen sgt. target price appreciation
ye betul sebelum exdate...samada ambil cash @ tukar ambil CIB tu @ beli kaunter lain...kalo drop pun sikit je tak jejas pun sebab harga pertama aku beli MBSB sangat rendah hehe tq:)
 
TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,750
Reaction score
20,767
Points
1,661
ye betul sebelum exdate...samada ambil cash @ tukar ambil CIB tu @ beli kaunter lain...kalo drop pun sikit je tak jejas pun sebab harga pertama aku beli MBSB sangat rendah hehe tq:)
tp news merge dh keluar ni mmg esok2 xkan dpt harga mcm ni lg

2.80 buang je :D
 
m_radd

Active+ Member
Joined
Aug 7, 2013
Messages
2,517
Reaction score
311
Points
41
Aku pun berkongsi rasa dgn hang.Tp,apa nak buat,jerung2 tu semua tak berkongsi rasa dgn kita.Sob...sob. :(( :((
negara akan kehilangan sebuah bank berlogo rumah biru tak lama lagi:(:)))
 
m_radd

Active+ Member
Joined
Aug 7, 2013
Messages
2,517
Reaction score
311
Points
41
tp news merge dh keluar ni mmg esok2 xkan dpt harga mcm ni lg

2.80 buang je :D
risau pulak aku karang dah SELL no turning back pulak...tunggu market open nanti lah bro#:-S
 
Sponsored Post
Top
Log in Register